Rakyat di negara ini diminta berfikiran terbuka dan tidak terpengaruh dengan hasutan untuk menyertai perhimpunan Bersih 5 yang dirancang diadakan pada Sabtu, serentak dengan Hari Sukan Negara.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata tindakan kumpulan itu lebih kepada menghasut serta boleh menjejaskan keamanan negara.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menarik perhatian apabila berkata walaupun menggunakan nama 'Bersih' tetapi kumpulan itu tidak mempunyai jiwa yang bersih kerana secara sengaja mahu menjejaskan sambutan Hari Sukan Negara.
"Tindakan mereka (Bersih 5) itu bertujuan merosakkan program yang kerajaan buat untuk kepentingan rakyat yang menyertai Hari Sukan Negara di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Santai Mesra di Batu Kurau dekat sini pada Jumaat.
Pada majlis itu, Hamzah turut menganjurkan program tuisyen kepada 240 pelajar membabitkan lapan sekolah dalam Parlimen Larut yang akan menghadapi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Hamzah yang juga Anggota Parlimen Larut berkata program yang bermula sejak Mei lalu dan berakhir hari ini, bertujuan meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan dengan dibimbing oleh guru pakar dalam bidang masing-masing.
"Kita memberi tumpuan tiga mata pelajaran iaitu Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi SPM manakala Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains bagi PT3," katanya.
Bernama
Fri Oct 07 2016
Tindakan mereka (Bersih 5) itu bertujuan merosakkan program yang kerajaan buat untuk kepentingan rakyat yang menyertai Hari Sukan Negara di seluruh negara, kata Hamzah. - Gambar fail
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Undang-undang perlesenan platform media sosial buka ruang penyalahgunaan kuasa
Keputusan menguatkuasakan lesen perkhidmatan media sosial dan pesanan internet dilihat akan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.
BERSIH yakin Bersatu akan bawa keputusan Speaker Dewan Rakyat ke mahkamah
BERSIH yakin Bersatu akan membawa keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat ke mahkamah bagi melihat tafsiran perundangan ke atas keputusannya.
Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.
Himpunan #KamiMahuAir: Bersih seru kerajaan tegakkan keadilan untuk guru, pelajar yang ditahan
Kesembilan individu terbabit ditahan agak jauh daripada tapak perhimpunan ketika sedang beredar.
Kongres Bersih: Kerajaan dituntut segerakan reformasi institusi, hapus Akta Hasutan
Bersih sekali menggesa kerajaan mempercepatkan reformasi institusi termasuk memisahkan peranan Peguam Negara dan pendakya raya serta pelantikan Pengerusi SPR melalui Parlimen.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Kerajaan Perpaduan terbuka kepada rekomendasi, saranan Bersih - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan terbuka kepada sebarang rekomendasi atau saranan daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
AMK sambut baik usaha agenda reformasi
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyambut baik usaha konstruktif berkaitan agenda reformasi selaras dengan idealisme dan perjuangan parti.