KOTA BHARU: Pengguna jalan raya di negeri Kelantan yang mempunyai video mengenai kesalahan penunggang motosikal boleh terus berkongsi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan segera.
Pengarah JPJ negeri Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, jabatan itu akan mengambil pendekatan lebih agresif terhadap penunggang motosikal berikutan kekerapan kemalangan maut membabitkan golongan itu.
Menurutnya, jabatan itu kini semakin bertegas membendung kesalahan di jalan raya termasuk aktiviti perlumbaan haram membabitkan golongan remaja.
"Kalau boleh rakam, silakan hantar kepada kami dan risikan akan terus dilakukan.
"Jika kesalahan itu melibatkan remaja bawah umur, ibu bapa selaku pemilik kenderaan akan dipanggil dan boleh dikenakan tindakan," katanya ketika sidang akhbar Ops Lejang (Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa) pada Rabu
Beliau memberitahu JPJ terpaksa menekankan kepada remaja ini kerana mereka masih berdegil walaupun sudah mendapat pendedahan mengenai undang-undang jalan raya ketika mengambil lesen motosikal.
"Kita sudah lama bersabar dan melaksanakan advokasi melalui Unit Keselamatan Jalan Raya melalui kempen umum, pendidikan di sekolah dan pameran namun mereka lebih berminat mencabar undang-undang.
"Kita mewajibkan kelas sebelum mereka mengambil lesen kenderaan supaya tahu peraturan jalan raya dan kaedah memandu dalam keadaan selamat," katanya.
Jelasnya lagi, pemegang kenderaan itu sebenarnya sudah terdidik dengan peraturan jalan raya tetapi berdegil untuk patuh pada peraturan.
Beliau turut menasihatkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak yang memiliki motosikal serta mengenali rakan mereka bagi mengelak terlibat dengan aktiviti lumba haram.
JPJ kelantan akan sentiasa mengadakan risikan dan tindakan penguatkuasaan dari masa ke masa membabitkan seluruh kawasan yang dikenal pasti bagi mengekang aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Dalam pada itu Mohd Misuari turut memaklumkan akan melaksanakan operasi sempena Hari Raya Aidiladha di tujuh hot spot di sekitar Kota Bharu.
"Operasi ini akan memfokuskan kepada penunggang motosikal dan mat rempit yang mungkin akan mengambil peluang sempena cuti perayaan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 12 2024

Mohd Misuari (tengah) melihat motosikal yang diubah suai dalam Ops Lejang (Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa) pada Rabu. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.

Anggota TDM terlanggar penunggang motosikal ketika pendaratan payung terjun
Menerusi kenyataan Markas Tentera Darat pada Isnin, perubahan arah angin sebelum pendaratan atau final approach menyebabkan anggota terbabas dari zon pendaratan ditetapkan.

Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menganggap laluan kecemasan sebagai lorong eksklusif.

Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Penunggang motosikal maut leher terkena kabel telekomunikasi
Seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya terkena kabel telekomunikasi yang jatuh selepas ditarik palang kren.

SUV terbabit kemalangan maut di Jeram disahkan dipandu pegawai kanan polis
Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai melanggar seorang penunggang motosikal sehingga maut di Jeram, Kuala Selangor Selasa lepas, disahkan pegawai kanan polis.

Pelajar Tingkatan Satu maut dalam kemalangan motosikal
Kemalangan kira-kira pukul 7.10 malam itu menyebabkan mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada anggota badan.

Operasi Khas Motosikal: JPJ keluarkan lebih 130,000 notis kesalahan sejak November
Antara kesalahan tertinggi ialah tiada lesen memandu (38,754 kesalahan), cukai jalan tamat tempoh (28,897) dan tiada perlindungan insurans (26,095).

Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.