KANGAR: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selamat menjalani pembedahan kaki kiri di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.
Menurut kenyataan Istana Arau hari ini Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan dan prosedur itu selesai tanpa sebarang masalah.
"Tuanku Raja dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid menzahirkan ucapan berbanyak terima kasih kepada seluruh rakyat jelata dan semua kaum kerabat serta sahabat handai yang tidak putus-putus mendoakan kehadrat Allah SWT agar dikurniakan keselamatan, kesejahteraan dan kesembuhan segera buat Tuanku Syed Sirajuddin," menurut kenyataan itu.
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada barisan pakar serta seluruh warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan HTF.
Kenyataan itu memaklumkan Tuanku Syed Sirajuddin akan menjalani proses rawatan pemulihan sepenuhnya di Wad Diraja HTF.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024

Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan dan prosedur itu selesai tanpa sebarang masalah. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis
Baginda bertitah al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.

Rang Undang-Undang Mufti dirujuk ke Majlis Raja-Raja minggu depan - PM
Perdana Menteri berkata perincian berkaitan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) mungkin akan dirujuk kepada Majlis Raja-Raja minggu depan.

Peniaga ketam dipenjara enam bulan, denda RM15,000 kerana hina raja
Tertuduh juga boleh dikenakan penjara tambahan dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Raja Perlis selamat jalani pembedahan kaki kiri
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selamat menjalani pembedahan kaki kiri di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar semalam.

Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.

Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.

Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.

Anwar, Wan Azizah ziarah Raja Perlis di Hospital Putrajaya
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang kini sedang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya.

Raja Perlis selamat jalani pembedahan kaki - Istana Arau
Tuanku Syed Sirajuddin berada dalam keadaan stabil sepanjang tempoh pembedahan yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu.

Raja Perlis terima menghadap Perdana Menteri
Berangkat sama, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.