KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) mencadangkan agar Mahkamah Khas berhubung Antirasuah diwujudkan di negara ini.
Pengerusinya, Tan Sri Rais Yatim berkata, penubuhan institusi itu perlu membabitkan hakim yang mempunyai kepakaran dalam jenayah rasuah dan tidak boleh ditukar ganti sewenang-wenangnya.
Jelasnya, pengwujudan ini secara khusus daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan.
"Ia akan memberi suasana, kepakaran, ketetapan dan kejituan mahkamah khusus mengenai rasuah. Ini berkait langsung dengan kedudukan Malaysia pada hari ini yang semakin menurun, misalnya kita berada di tahap 62 di peringkat global dan justeru ia perlu diambil kira.
"JKMR sudah mengemukakan syor yang menjadi antara cabaran besar dan mendapat perhatian kerajaan, selain kita akan bawa balik isu ini di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan dan memberi rundingan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menghubungi badan kehakiman," katanya kepada pemberita di Parlimen, di sini, hari ini.
Terdahulu, Rais menyerahkan Buku Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah (JKMR) tahun 2020 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis.
Penyerahan buku laporan tersebut selaras dengan Seksyen 14 (5) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan JKMR perlu menyediakan dan menyerahkan laporan tahunan mengenai penunaian fungsi Jawatankuasa Khas kepada Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Rais menambah, turut disyorkan dalam laporan berkenaan adalah ketidakseragaman tindakan dalam menguatkuasakan penggunaan pakaian warna oren kepada tertuduh jenayah rasuah.
"Sesetengah dikenakan baju lokap SPRM warna oren, manakala yang lain dibenarkan berpakaian segak dan bertali leher.
"Kami mengersyorkan pemerhatian Artikel 8 dalam Perlembagaan diambil kira, kalau dikenakan kaedah, wajarlah kaedah itu diikut.
"Jika tidak, wajar kita tidak mewujudkkannya. Ini akan memberikan tanda mercu yang tinggi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia," ujarnya lagi.
Turut dibangkitkan ialah agar prosedur dan jaminan penyimpanan barang kes oleh SPRM diurus tadbir dan disimpan oleh Bank Negara dan mewujudka undang-undang dana politik supaya konsep dan amalan antirasuah serta keadilan bagi penerima dan pemberi dana adalah jelas.
Astro Awani
Thu Aug 04 2022

Pengerusi JKMR, Tan Sri Rais Yatim berkata, penubuhan Mahkamah Khas berhubung Antirasuah perlu membabitkan hakim yang mempunyai kepakaran dalam jenayah rasuah, dan tidak boleh ditukar ganti sewenang-wenangnya. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rais Yatim syor wujudkan mahkamah khas antirasuah
Institusi itu perlu membabitkan hakim yang mempunyai kepakaran dalam jenayah rasuah dan tidak boleh ditukar ganti sewenang-wenangnya.