Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Rahimah Mahammad hari ini mengangkat sumpah sebagai senator untuk penggal kedua bagi tempoh tiga tahun.
Rahimah, 64, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S.A. Vigneswaran di Dewan Negara di sini.
Beliau yang juga Pengerusi Kelab Wanita Penyayang dan Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Dalam ucapan aluannya, Vigneswaran berharap pelantikan bagi penggal kedua itu memberi peluang kepada Rahimah untuk melibatkan diri secara aktif dalam perbahasan Dewan Negara.
"Pelantikan semula Senator Rahimah sebagai ahli Dewan Negara adalah satu pengiktirafan daripada kerajaan bagi menghargai khidmat bakti serta sumbangan pada penggal lalu, dan saya mengharapkan ia diteruskan dan diterjemahkan melalui penglibatan dalam perbahasan Rang Undang-Undang dalam Dewan Negara ini," katanya.
Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negara bermula hari ini dan akan berakhir pada 27 April. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2017

Rahimah, 64, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S.A. Vigneswaran di Dewan Negara di sini.

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.

Penyelesaian jangka panjang kawal inflasi kos perubatan sedang ditangani segera - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia sedang bekerjasama untuk menyegerakan pelaksanaan penyelesaian jangka panjang bagi mengawal inflasi kos perubatan dengan berkesan.

Tiga projek bernilai RM182.5 juta untuk atasi hakisan pantai di Terengganu - Fadillah
Kerajaan luluskan tiga projek bernilai RM182.5 juta di bawah RMK12 sebagai langkah mengatasi masalah hakisan di sepanjang pesisir pantai Terengganu.

Dua Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

KKM laksana pelbagai usaha capai matlamat masyarakat bebas rokok
Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan usaha mencapai matlamat masyarakat bebas rokok melalui pelbagai pendekatan dan program.

Kerajaan komited tingkat kualiti kurikulum prasekolah 2026
Kerajaan komited dalam memastikan kurikulum prasekolah yang dihasilkan berkualiti, relevan dan setanding dengan kurikulum negara lain.

Arang batu kekal sumber utama penjanaan elektrik negara kerana kos rendah - Akmal Nasrullah
Kerajaan masih mengekalkan arang batu sebagai sumber utama penjanaan elektrik negara kerana kos penghasilannya yang lebih murah.

Topik AI perlu diintegrasi dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah hingga tinggi
Kerajaan perlu mengintegrasikan topik kecerdasan buatan (AI) dan sains data ke dalam kurikulum pendidikan di peringkat rendah sehingga pendidikan tinggi.