Serangan berterusan oleh anggota parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli terhadap kos projek MRT yang dikatakannya akan membebankan rakyat, mendedahkan pemikiran jangka pendek Rafizi dan Pakatan.
Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional membidas Rafizi kerana tidak memperdulikan manfaat projek itu kepada orang ramai.
"Apa yang dia tidak sebutkan ialah kos TIDAK melaksanakan projek MRT dan pelbagai penambahbaikan terhadap projek pengangkutan awam sejak beberapa tahun kebelakangan ini akan lebih besar," kata pasukan itu dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Pasukan itu mendedahkan bahawa laporan Pemantauan Ekonomi mengenai projek pengangkutan awam di Malaysia oleh Bank Dunia 2015 antara lain menyatakan bahawa pengguna menghabiskan antara 270 dan 500 juta jam dalam kesesakan di Greater KL pada 2014.
Pasukan itu berkata mengikut laporan, kereta menggunakan 1.2 bilion liter bahan api dalam kesesakan lalu lintas; dan berdasarkan harga semasa, ini bermakna RM2.52 bilion wang rakyat dibelanjakan setiap tahun.
"Masa dan bahan api yang terbuang bagi setiap orang di Greater KL mencecah sekurang-kurangnya RM3,100 setiap tahun, lebih daripada gaji purata bulanan (RM2,795); dan jumlah kos trafik di Greater KL dianggarkan 1.1 peratus hingga 2.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2014.
"Pada 2016, ini bermakna kerugian kepada Malaysia setiap tahun ialah sebanyak RM13 bilion hingga RM26 bilion," kata mereka.
Pasukan itu berkata walaupun pelaburan bagi pengangkutan awam membabitkan kos yang tinggi, kerajaan akan secara tidak langsung memperoleh kembali pelaburan dalam jangka panjang melalui cukai ke atas produktiviti yang bertambah baik, peningkatan nilai hartanah serta peningkatan aktiviti ekonomi di kawasan-kawasan yang diliputi oleh pengangkutan awam.
Selain itu, kerajaan juga akan mendapat penjimatan yang lebih besar daripada kos persekitaran dan penjagaan kesihatan yang berkurangan.
"Kecekapan projek pengangkutan awam seperti MRT adalah pelaburan yang sejak beberapa dekad lalu akan mengembalikan manfaat kewangan kepada rakyat Malaysia melalui penjimatan masa, mengurangkan kos pengangkutan dan pemilikan kereta. Rakyat Malaysia juga mendapat manfaat daripada kesejahteraan dan pengurangan tekanan.
"Kami terkejut bahawa Rafizi tidak berpandangan jauh dan mempunyai pemikiran tidak strategik dan terus menjadikannya sebagai isu dan mengabaikan sama sekali bahawa manfaatnya kepada kerajaan dan rakyat adalah jauh mengatasi kos - terutama sejak terbukti bahawa kos projek MRT di Malaysia tidak terlebih harga."
Pasukan itu berkata, kerajaan telah mendapat pujian kerana melaksanakan penambahbaikan pengangkutan awam begitu besar mengikut masa dan bajet sejak 2010.
"Hanya ahli politik yang mementingkan diri sendiri dan mempunyai pemikiran jangka pendek tidak dapat melihat gambaran sebenar - dan lebih teruk lagi, terus berbohong secara melampau-lampau dan menipu untuk melakukan serangan ini," kata pasukan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2017
Kecekapan projek pengangkutan awam seperti MRT adalah pelaburan yang sejak beberapa dekad lalu akan mengembalikan manfaat kewangan kepada rakyat Malaysia melalui penjimatan masa. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ
Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.