TELAH lebih setahun INVOKE Malaysia ditubuhkan oleh Rafizi Ramli. Dan kini dengan penuh bangga beliau sedang meraikan ulang tahun pertama.
Tahniah Rafizi dan selamat hari ulang tahun INVOKE.
Terdapat banyak persoalan dilontarkan mengenai dana RM2.7 juta yang diterima dan dibelanjakan oleh INVOKE. Persoalan ini juga turut dibangkitkan oleh pemimpin dan ahli-ahli PKR.
Di mana mereka pernah mengatakan bahawa Rafizi telah mengutip dana jutaan ringgit.
Walaupun Rafizi dilihat seolah-olah telah menjawab persoalan yang dibangkitkan, namun pada hakikatnya beliau masih tidak menjawab secara terang.
Pada masa yang sama beliau cuba mengalihkan isu ke sana sini. Antaranya persoalan yang belum terjawab adalah:
1. Butiran lengkap mengenai derma orang ramai sebanyak RM857 ribu. Siapa yang menderma? Waktu bila? Di mana?
2. Butiran kutipan langganan perkhidmatan sukarelawan sebanyak RM1.063 juta. Siapakah sukarelawan ini, berapa ramai yang melanggan perkhidmatan ini?
3. Bukti bahawa beliau telah melaburkan duit ASB dan Tabung Haji nya kedalam INVOKE sebagai modal. Tidak pernah ditunjukkan sebarang bukti pengeluaran dan kemasukan wang.
4. Sewa pejabat INVOKE berbelas buah di seluruh negara. Benarkah itu? Bukankah pejabat-pejabat INVOKE banyak beroperasi di pejabat cabang Parti Keadilan Rakyat?
5. Bayaran gaji 80 orang kakitangan sepenuh masa INVOKE (purata gaji mereka adalah RM1100 sebulan). Apakah bukti mereka ini menerima gaji dari Invoke seperti pendaftaran/pemotongan EPF dan Socso? Tidak pernah pun ditunjukkan oleh Rafizi sebagaimana selama ini beliau sering mengaku beliau seorang yang telus
Apa yang kelakar, Rafizi selalu membangkitkan soal pekerja yang dibayar gaji rendah dan terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Tetapi Rafizi sendiri membayar gaji yang rendah kepada pekerja Invoke. Lebih malang jika antara mereka ada graduan universiti tetapi dibayar gaji pekerja buruh.
Sebenarnya, banyak lagi persoalan yang saya akan bangkitkan. Tetapi saya beri peluang kepada Rafizi untuk jawab dengan terang dan jelas dahulu mengenai lima perkara di atas. Saya menjangkakan Rafizi akan mengeluarkan jawapan bersifat ‘politik’ untuk mengalihkan isu.
Saya mencabar Rafizi untuk tidak berbuat demikian dan berikan jawapan yang jelas. Sesuai dengan ‘ketelusan’ yang beliau laung-laungkan selama ini.
* Datuk Rizal Mansor ialah Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Rizal Mansor
Wed Sep 20 2017
Walaupun Rafizi dilihat seolah-olah telah menjawab persoalan yang dibangkitkan, namun pada hakikatnya beliau masih tidak menjawab secara terang. - Gambar fail
Dua geran bantu mula, kembang projek pertanian dilancar
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini melancarkan Geran “Start-Up” dan “Scale-Up” bagi membantu golongan muda dalam sektor pertanian dan agromakanan mengurangkan kos permulaan serta mengembangkan projek pertanian.
Prospek meningkat bukti pelabur percaya kebolehan negara
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata, pelaburan yang diluluskan berjumlah hampir RM84 bilion untuk suku pertama 2024 mencerminkan kepercayaan pelabur terhadap Malaysia.
RON97, diesel turun lagi
Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 6 sen manakala diesel turun sebanyak 6 sen seliter bagi tempoh 19 hingga 25 September 2024.
Ini menurunkan harga kedua-dua minyak itu masing-masing kepada RM3.19 dan RM2.95 seliter.
Ini menurunkan harga kedua-dua minyak itu masing-masing kepada RM3.19 dan RM2.95 seliter.
Malaysia teliti penggunaan nuklear sebagai tenaga alternatif
Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk melihat nuclear sebagai salah satu alternatif bagi membolehkan negara berada di landasan yang tepat untuk menuju ke arah dekarbonisasi.
Menteri Sumber dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia perlu mencari tenaga alternatif memandangkan 80 peratus sumber tenaga elektrik datang daripada arang batu dan gas asli, dan kerajaan telah pun memutuskan tiada loji arang batu yang baharu
Menteri Sumber dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Malaysia perlu mencari tenaga alternatif memandangkan 80 peratus sumber tenaga elektrik datang daripada arang batu dan gas asli, dan kerajaan telah pun memutuskan tiada loji arang batu yang baharu
Malaysia, Tajikistan perkukuh hubungan dua hala - Ahmad Zahid
Malaysia dan Tajikistan akan terus memperkukuh hubungan dua hala terutama dalam sektor ekonomi, pendidikan serta kebudayaan.
Angkatan bersenjata Singapura hantar bantuan kemanusiaan ke negara terjejas Taufan Yagi
Bantuan itu merangkumi selimut, kit kebersihan, penapis air, bekas air mudah alih serta pek makanan.
Kelindan lori maut dihempap gulungan tembaga
Seorang kelindan lori maut selepas dihempap gulungan tembaga seberat dua tan di Kemaman.
Kejadian berlaku apabila lori kargo yang dinaikinya terbalik selepas melanggar sebuah lori rosak di lorong kecemasan.
Kejadian berlaku apabila lori kargo yang dinaikinya terbalik selepas melanggar sebuah lori rosak di lorong kecemasan.
Pengerusi sebuah pusat pengajian agama dituduh amang seksual remaja
Seorang pengerusi sebuah pusat pengajian agama swasta dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajarnya dalam tiga kejadian berbeza.
Tertuduh, Mohd Hafidz Eshak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
Tertuduh, Mohd Hafidz Eshak, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
SPRM jumpa wang tunai hampir RM800,000 dalam bilik tidur pegawai imigresen
SPRM mendedahkan hampir RM800,000 wang tunai dijumpai di bilik tidur dua pegawai imigresen yang terlibat dalam sindiket "counter setting".
Jumlah mangsa di Kedah meningkat
Mangsa banjir di Kedah terus mencatatkan peningkatan apabila 2,194 mangsa daripada 388 keluarga ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
Astro kolaborasi bersama MAB, komited cipta kandungan lebih inklusif
Datuk George Thomas berkata, inisiatif ini untuk mencipta lebih kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar lebih prihatin.
Akibat penyiaran haram, syarikat rangkaian restoran nasi kandar bayar pampasan RM221,000 kepada Astro
Thaqwa telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro bagi tujuan tersebut.
EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25
Rasai keterujaan setiap perlawanan di Astro, sooka dan NJOI, bersama juara tiga kali EPL, Lee Sharpe, sebagai pakar pengulas di Astro.
UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’
Aspek utama kerjasama itu adalah berkisarkan kepada memperkasakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.
Angah terpaksa undur diri daripada Sinar FM atas faktor kesihatan
Pengurus Jenama Sinar, Raja Nadia Salwana Raja Hisham berkata, keputusan itu terpaksa diambil atas faktor kesihatan yang disahkan oleh doktor, selepas menjalani beberapa sesi rawatan.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
Astro raih gelaran Allianz Media Badminton 2024 kali kedua
Astro memenangi kejohanan Allianz Media Badminton mereka yang kedua dengan menewaskan juara bertahan dan pemenang dua kali New Straits Times Press (NSTP) 2-1.
Musim bola, layan ‘ori’, baru puas hati!
Astro BizOne Watch Party diteruskan, meraikan premis makan minum yang menggunakan perkhidmatan Astro untuk menyiarkan kandungan secara sah, dalam usaha menyebarkan mesej Layan Ori, Jangan Curi!
Artis, pendakwah bersatu tunjuk sokongan melalui Malaysia4Palestine
Nabil Ahmad mengharapkan agar berlaku gencatan senjata di Palestin kerana tidak mampu melihat kesengsaraan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat-rakyat di negara itu.