Pasukan forensik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan memulakan tugas di Hospital Bhayangkara, Surabaya hari ini, untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam usaha mengenal pasti mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.
Pasukan terdiri daripada lapan orang itu, akan diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Forensik, SAC T. Narenasegaran.
Beliau berkata pasukan itu pernah mengendalikan pengecaman mangsa bencana sebelum ini.
“Mereka di dalam pasukan yang ada hari ini pernah terlibat sejak 10 tahun lalu pada tsunami di Acheh, ACP Husin salah seorang terlibat ada bersama, serangan di Lahad Datu dan terbaru insiden MH17,” katanya.
Sebelum itu, beliau bersama pasukan itu diberikan taklimat ringkas dan melawat bilik forensik di Hospital Bhayangkara pada Selasa petang untuk melihat lebih dekat proses pengecaman dijalankan.
PDRM dijemput pasukan Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) bagi membantu mereka menjalankan proses pengecaman dan bedah siasat mangsa nahas tersebut.
Astro Awani
Wed Jan 07 2015
Pasukan forensik PDRM mulakan tugas di Hospital Bhayangkara, Surabaya hari ini, untuk membantu mengenalpasti mayat mangsa nahas pesawat AirAsia QZ8501
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Kumpulan pemisah Ukraine serah saki baki serpihan pesawat MH17
Menurut pejabat pendakwaraya, lebih 500 bahagian serpihan yang ditemui di kawasan Grabavo dan Rassypnoye telah diserahkan sejak beberapa minggu lalu.
Pengalaman MH17 mantapkan unit DVI PDRM
Kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 17 Julai tahun lalu membuka lembaran baharu bagi pasukan penyiasat Malaysia khususnya untuk unit Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).
QZ8501: Lima mayat dikenal pasti menerusi DNA barang peribadi
Sehingga Sabtu, 46 mayat telah dikenal pasti manakala enam lagi masih sedang diproses.
QZ8501: Pasukan forensik PDRM mula tugas bantu kenal pasti mayat hari ini
Pasukan forensik PDRM akan memulakan tugas di Hospital Bhayangkara, Surabaya hari ini, untuk membantu mengenal pasti jasad mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.
Indonesia terima tawaran Singapura hantar pasukan DVI
Indonesia menerima tawaran Singapura bagi penghantaran pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) pada Jumaat (2 Jan).
Najib sampaikan sijil penghargaan kepada anggota pasukan DVI Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan sijil penghargaan kepada 19 rakyat Malaysia yang membantu mengenal pasti mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Belanda.
70 keranda mayat mangsa MH17 telah melalui proses forensik dan pengecaman - Dr Subra
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata daripada 227 keranda, yang diterbangkan dari Kharkiv, Ukraine, sehingga semalam 70 keranda telah dibuka.