Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk mengkaji semula kesesuaian rekabentuk lapangan terbang utama negara bagi meningkatkan aspek keselamatan di kawasan berkenaan.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan, rekabentuk Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menekankan konsep terbuka dilihat menyukarkan langkah untuk membenarkan hanya penumpang berada di dalam terminal di semua lapangan terbang utama negara.
"Kalau kita tengok klia2, kedai-kedainya dekat dengan pelepasan atau ketibaan. Keluar sahaja, ada pasar raya, itu tempat orang awam. Kita mahu tengok rekabentuknya.
"Saya tidak kata (rekabentuk lapangan terbang) kita adalah salah. Namun, buat masa ini, (cadangan itu) sukar untuk dilaksanakan," katanya.
Bercakap pada satu sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Serbaguna Malaysia (KSM) hari ini, Liow menegaskan, MAHB telah diarahkan untuk mengkaji sehabisnya bagaimana untuk meningkatkan keselamatan di KLIA dan klia2.
Bagaimanapun, beliau mengakui cadangan mengasingkan penumpang dengan bukan penumpang di terminal adalah satu langkah yang baik dan sudah dilakukan banyak lapangan terbang di negara lain.
"Cadangan itu memang bernas, sebab kita boleh kesan mana satu penumpang. Kita boleh kepung kawasan itu dan kesan mereka. Ia adalah langkah biasa dilakukan beberapa lapangan terbang lain.
"Namun (ia sukar dilakukan sekarang) sebab kita mempunyai open airport," kata Liow, yang juga Presiden MCA, di Wisma MCA di sini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata, kerajaan sedang menimbangkan cadangan untuk membenarkan hanya penumpang berada di dalam terminal di semua lapangan terbang utama di Malaysia bagi meningkatkan tahap keselamatan.
Menurut beliau, Kabinet pada mesyuaratnya Rabu lepas telah mencadangkan hanya penumpang sahaja dibenarkan berada di kaunter masuk manakala penghantar-penghantar perlu berada di luar bangunan atau ditempatkan di tempat tertentu.
Pada masa sama, Liow berkata, dengan adanya kajian ke atas kesesuaian rekabentuk lapangan terbang utama negara itu, masalah ancaman keganasan dan pengeboman mampu dielakkan.
"Kita akan kaji kerana cadangan itu adalah baik. Ia membolehkan kita tahu siapa mereka. Kalau ada apa-apa berlaku di lapangan terbang, dengan cepat kita boleh kesan siapa yang lakukan pengeboman.
"Kalau tidak, sesiapa sahaja boleh masuk dan mengebom, dan kita tidak tahu siapa, kerana mereka bukan penumpang," tambahnya.
Ditanya kemungkinan berlaku pengubahsuaian besar-besaran ke atas rekabentuk lapangan terbang utama negara, ini jawapan beliau: "Saya tidak boleh komen itu, kerana saya telah arahkan MAHB untuk buat kajian."
Beliau bagaimanapun, mengalu-alukan orang ramai termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk
untuk mengemukakan cadangan bagi memastikan tahap keselamatan di lapangan terbang negara.
Buat masa ini, katanya, langkah keselamatan yang diambil di lapangan terbang adalah berkesan, termasuk melalui kamera litar tertutup (CCTV).
Rahimah Abdullah
Sat Jul 16 2016

LIOW: Cadangan itu memang bernas, sebab kita boleh kesan mana satu penumpang. Kita boleh kepung kawasan itu dan kesan mereka. Ia adalah langkah biasa dilakukan beberapa lapangan terbang lain. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Putrajaya arah MAHB kaji semula rekabentuk KLIA, klia2 demi keselamatan
Datuk Seri Liow Tiong Lai menjelaskan, rekabentuk KLIA yang menekankan konsep terbuka dilihat menyukarkan langkah untuk membenarkan hanya penumpang ber