KUALA LUMPUR: Beberapa pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom) di Selangor dan Pahang ditutup sementara mulai hari ini sehingga dimaklumkan kelak berikutan banjir yang melanda dua negeri itu.
Puspakom dalam kenyataan malam tadi memaklumkan cawangan Puspakom Selangor yang terlibat adalah di Shah Alam, Glenmarie dan Padang Jawa.
Puspakom Pahang pula melibatkan cawangan Pekan dan Raub.
"Bagi pelanggan yang telah membuat janji temu pemeriksaan di cawangan tersebut, bayaran janji temu akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari dan pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika ada menerimanya," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, pelanggan yang telah membuat janji temu namun tidak dapat hadir pemeriksaan akibat terjejas dengan banjir boleh memohon pemulangan bayar balik dengan menghantar e-mel ke dp.ebooking@puspakom.com.my.
"Sebagai alternatif, pelanggan yang terjejas akibat penutupan ini boleh hadir ke cawangan berdekatan secara jumpa terus dengan membawa slip janji temu cawangan yang terlibat dengan penutupan sebagai bukti janji temu. Pengoperasian semula cawangan-cawangan ini akan dimaklumkan kelak," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mengikuti Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasi Puspakom dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021
![Puspakom tutup pusat pemeriksaan di Selangor, Pahang Puspakom tutup pusat pemeriksaan di Selangor, Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639957535_Banjirkilatshaha.jpg)
Keadaan jalan utama ke Seksyen 25, Shah Alam yang dinaiki air ekoran banjir kilat yang berlaku sejak Jumaat lalu. - Foto BERNAMA
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Peraturan baharu VISP boleh beri manfaat kepada orang ramai, kata pakar Peraturan baharu VISP boleh beri manfaat kepada orang ramai, kata pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713667412_TBpusapakom.jpg)
Peraturan baharu VISP boleh beri manfaat kepada orang ramai, kata pakar
Selain itu, pengguna juga boleh mendapat manfaat daripada masa menunggu yang lebih singkat.
![Garis panduan permohonan pemeriksaan berkala kenderaan bermotor boleh diakses mulai 15 April Garis panduan permohonan pemeriksaan berkala kenderaan bermotor boleh diakses mulai 15 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710413465_TBanthonylokejp.jpg)
Garis panduan permohonan pemeriksaan berkala kenderaan bermotor boleh diakses mulai 15 April
Garis panduan itu mengandungi antara lain syarat perkhidmatan, prosedur pemeriksaan, peralatan pemeriksaan, dan syarat pengoperasian pusat pemeriksaan.
![Pemandu bas, lori perlu lampir slip pemeriksaan brek sebelum mulakan perjalanan - JPJ Perlis Pemandu bas, lori perlu lampir slip pemeriksaan brek sebelum mulakan perjalanan - JPJ Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707385423_TBJPJjpg.jpg)
Pemandu bas, lori perlu lampir slip pemeriksaan brek sebelum mulakan perjalanan - JPJ Perlis
JPJ Perlis melihat kegagalan teknikal yang sering diabaikan oleh pengguna kenderaan berat tidak seharusnya dipandang ringan.
![Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000 Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704263726_TBpukuljpjjpg.jpg)
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.
![Langgar guru: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom pemandu mabuk Langgar guru: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom pemandu mabuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702693645_KemalanganMaut.jpg)
Langgar guru: Polis tunggu laporan kimia, Puspakom pemandu mabuk
Suspek telah dibebaskan dengan jaminan sebaik sahaja tempoh reman selama tiga hari berakhir pada Isnin.
![Mahmood Razak CEO baharu Puspakom Mahmood Razak CEO baharu Puspakom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696244761_MahmoodRazakBahman.jpg)
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
![Puspakom perkenal program PAR, elak pelanggan tertipu manipulasi harga orang tengah Puspakom perkenal program PAR, elak pelanggan tertipu manipulasi harga orang tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686887215_PUSPAKOM.jpg)
Puspakom perkenal program PAR, elak pelanggan tertipu manipulasi harga orang tengah
Ada segolongan orang tengah yang memanipulasi, mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi dan memberi maklumat palsu kepada pelanggan.
![Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan sukarela percuma sempena Aidilfitri Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan sukarela percuma sempena Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681021680_PUSPAKOMGeneric.jpg)
Puspakom tawar pemeriksaan kenderaan sukarela percuma sempena Aidilfitri
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian bermula esok.
![Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650104558_DatukNadzimJohan.jpg)
Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM
Keputusan kerajaan untuk menamatkan monopoli Puspakom bermula tahun hadapan, merupakan langkah wajar bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan.
![Kerajaan kaji semula monopoli untuk sediakan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat - PM Kerajaan kaji semula monopoli untuk sediakan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679674200_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan kaji semula monopoli untuk sediakan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat - PM
Kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negara pada masa ini sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos yang berpatutan.