KUALA LUMPUR: Pelaksanaan peraturan baharu bagi penyedia perkhidmatan pemeriksaan kenderaan (VISP) di Malaysia ditambah dengan teknologi canggih, menjanjikan penambahbaikan signifikan terhadap keselamatan kenderaan dan kualiti perkhidmatan di samping menangani kebimbangan pengguna.
Pengarah Institut Pengangkutan Malaysia (MiTRANS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Wan Mazlina Wan Mohamed berkata selain itu, pengguna juga boleh mendapat manfaat daripada masa menunggu yang lebih singkat.
Bulan lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata Puspakom tidak lagi menjadi satu-satunya VISP untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 Sept, 2024.
Beliau berkata Kabinet telah memutuskan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan dibuka kepada semua pihak yang berkelayakan, dan VISP baharu mesti memenuhi ambang kewangan modal berbayar RM10 juta dan modal kerja RM5 juta, memastikan hanya penyedia yang stabil dari segi kewangan memasuki pasaran.
Wan Mazlina berkata syarat kewangan yang ketat itu menandakan kemudahan pemeriksaan akan dilengkapi dengan alat diagnostik terkini dan teknologi canggih.
“Melalui penyepaduan teknologi dan menerima guna automasi, kita mempunyai peluang untuk mengurangkan masa menunggu dengan ketara di samping meningkatkan kecekapan dan ketepatan pemeriksaan kenderaan.
“Pelaburan strategik ini memperkasakan VISP untuk melancarkan proses pemeriksaan dan meminimumkan kesilapan manusia, sekali gus meningkatkan kepuasan dan kepercayaan orang awam,” katanya.
Beliau berkata pelaburan sedemikian juga akan mempertingkatkan kebolehpercayaan dan konsistensi pemeriksaan, menjajarkan piawaian keselamatan kenderaan Malaysia dengan penanda aras antarabangsa seperti ISO 17020 dan ISO 17025.
Langkah menambah lokasi VISP boleh mengurangkan tempoh pengguna menunggu dengan ketara sekali gus menangani isu mendesak yang dihadapi mereka yang ingin membuat pemeriksaan kenderaan, katanya.
“Walau bagaimanapun, syarat modal yang tinggi mungkin mengehadkan bilangan pihak yang ingin menjadi VISP khususnya di kawasan luar bandar dengan permintaan rendah, berpotensi mengekang persaingan.
“Walaupun matlamatnya untuk mengagihkan perkhidmatan dan menambah baik akses merentas lokasi bandar dan luar bandar, pelaburan modal tinggi yang diperlukan boleh menghalang kemasukan peserta baharu, dan ini secara tidak sengaja menumpukan perkhidmatan di kawasan bandar yang lebih menguntungkan,” katanya.
Di sebalik cabaran ini, Wan Mazlina yakin persaingan dalam kalangan VISP yang layak akan membawa kepada harga yang lebih kompetitif.
Beliau juga menekankan kepentingan mengekalkan standard kualiti, keselamatan dan integriti perkhidmatan yang tinggi, yang penting untuk kepuasan pengguna.
Tindakan itu juga boleh mempercepat pulangan pelaburan untuk VISP, mengimbangi kos permulaan yang tinggi dari semasa ke semasa.
“Pada masa sama, VISP baharu mesti mematuhi program jaminan kualiti yang ketat dan keperluan kawal selia.
“Audit berkala, proses yang telus dan latihan kakitangan yang berterusan penting untuk mengekalkan standard tinggi yang diharapkan oleh orang ramai dan pihak berkepentingan yang berkaitan,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
![Peraturan baharu VISP boleh beri manfaat kepada orang ramai, kata pakar Peraturan baharu VISP boleh beri manfaat kepada orang ramai, kata pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713667412_TBpusapakom.jpg)
Langkah menambah lokasi VISP boleh mengurangkan tempoh pengguna menunggu, sekali gus menangani isu mendesak yang dihadapi mereka yang ingin membuat pemeriksaan kenderaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
![Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341803_FahmiFadzil.jpg)
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.
![Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720340181_Meninggaldunia.jpg)
Meninggal dunia selepas 10 jam sampaikan sumbangan
Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA Kelantan, Rosdi Mohamed meninggal dunia selepas 10 jam menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar.
![HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717485168_tbStevenSim.jpg)
HRD Corp: Kesuma telah laksana pembaharuan tingkat tadbir urus sebelum audit selesai - Sim
Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan tadbir urus di seluruh kementerian biarpun sebelum audit selesai termasuk di HRD Corp.
Hamas tepis dakwaan jadikan sekolah UNRWA sebagai markas
Pejuang Hamas menafikan menjadikan sekolah milik Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai pusat operasi mereka.
Ketua CIA dilapor ke Doha minggu hadapan
Ketua Agensi Risikan Pusat, Amerika Syarikat (CIA) William Burns dilaporkan akan ke Doha, Qatar minggu hadapan bagi menghadiri rundingan gencatan senjata di antara negara pengantara dalam misi menamatkan kekejaman rejim Israel ke atas Gaza.
![Tiga bulan bawa bas tanpa lesen Tiga bulan bawa bas tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720341019_BawaBasTiadaLese.jpg)
Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.
Taufan Beryl kategori satu dijangka membadai Texas
Bencana yang disebabkan Taufan Beryl tidak terhenti di negara kepulauan Carribean. Ia selepas hujan lebat turut melanda beberapa bahagian di Texas, Amerika Syarikat dan taufan kategori satu yang dijangka membawa ribut tropika akan melanda kawasan tersebut pada Isnin.
Perancis adakan pusingan kedua pengundian hari ini
Tinjauan pendapat meramalkan parti berhaluan kanan, National Rally (RN), bakal memperoleh undi terbanyak tetapi berkemungkinan tidak mencapai majoriti.
![Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red? Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720339988_Dira.jpg)
Adira beri bayangan mahu rujuk dengan Datuk Red?
Dalam video itu, ibu empat anak itu turut meluahkan rasa malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan umat Islam supaya mengambil iktibar sifat sabar dan gigih Nabi Muhammad SAW ketika memperkenalkan sesuatu perkara baharu dengan memikirkan pendekatan strategik agar ia dapat disampaikan secara teran, jelas dan berkesan supaya dapat difahami serta diterima.
![Peraturan baharu VISP boleh beri manfaat kepada orang ramai, kata pakar Peraturan baharu VISP boleh beri manfaat kepada orang ramai, kata pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713667412_TBpusapakom.jpg)
Peraturan baharu VISP boleh beri manfaat kepada orang ramai, kata pakar
Selain itu, pengguna juga boleh mendapat manfaat daripada masa menunggu yang lebih singkat.