KUANTAN:Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini, menamatkan operasi selepas kesemua 168 pesakit warga asing yang ditempatkan di pusat berkenaan, sembuh dan dibenarkan pulang hari ini.
Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata mereka yang terdiri daripada 158 pesakit Kluster Jalan Genting dibenarkan pulang mulai 2 petang dengan menaiki bas yang disediakan kerajaan negeri.
Sementara, bakinya pesakit di bawah Kluster Kuala, yang melibatkan kawasan di pusat bandar Kuantan, dibenarkan pulang kira-kira 5 petang.
"Pesakit Kluster Jalan Genting dihantar ke Genting Highlands dan akan dijemput oleh majikan mereka yang difahamkan sudah menyediakan tempat tinggal sementara memandangkan tempat tinggal mereka masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Mohd Zairasyahli Shah berkata dengan penutupan itu, pihak bomba akan melakukan proses sanitasi terhadap keseluruhan Sukpa malam ini, manakala pihaknya akan bermesyuarat esok, berhubung penggunaan stadium tersebut selepas ini.
Beliau berkata walaupun ditamatkan operasi, Sukpa akan terus diwartakan sebagai PKRC bagi warga asing dan akan kembali beroperasi jika terdapat keperluan berbuat demikian pada masa akan datang.
Sukpa diaktifkan sebagai PKRC pada 10 Dis lalu bagi menempatkan pesakit COVID-19 warga asing berisiko rendah dan tidak memerlukan rawatan khusus ekoran peningkatan kes positif melibatkan golongan tersebut daripada Kluster Jalan Genting di Bentong.
Ia bertujuan untuk tidak mengganggu rawatan dan perkhidmatan hospital kerajaan di Pahang, selain kedudukannya tidak terlalu jauh dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) memudahkan pergerakan jika terdapat kes memerlukan rawatan khusus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 20 2020

Walaupun ditamatkan operasi, Sukpa akan terus diwartakan sebagai PKRC bagi warga asing. -Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.