Sebuah premis yang diisytihar sebagai pusat snuker tetapi didapati penuh dengan mesin slot perjudian simulator di dalamnya diserbu polis dalam satu operasi tengah malam tadi.

Tidak menghairankan, premis yang terletak di tengah bandar Rawang itu sentiasa dipenuhi pengunjung, baik warga tempatan mahupun warga asing.

Dalam operasi pasukan Bahagian Pencegahan Perjudian D7 IPK Selangor itu, seramai 39 warga asing diberkas, termasuk seorang penjaga premis.

Pada masa sama, 10 mesin judi simulator, 30 slot mesin judi, 12 keping chip, resit dan wang tunai RM5,000 turut dirampas.



Operasi diketuai DSP Norhizam Bahaman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B (A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 55B, Seksyen 39B dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen.

Kesemua yang ditahan berusia antara 19 hingga 50 tahun dan dibawa ke IPD Gombak untuk tindakan lanjut.