IPOH: Polis mengesahkan kematian anggota tentera yang ditemui maut di Hutan Simpan Belum dekat Gerik, Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib, 33, berpunca daripada kecederaan kepala dipercayai akibat terjatuh.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pengesahan itu dibuat selepas proses bedah siasat dijalankan pada mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.
“Hasil bedah siasat yang telah dijalankan oleh pihak hospital mengesahkan mayat tersebut merupakan milik koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib, dan punca kematian adalah disebabkan kecederaan kepala yang konsisten dengan jatuh.
“Jenazah kemudian telah diserahkan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Polis Perak merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: Mayat anggota tentera hilang di Hutan Simpan Belum sejak Jumaat ditemui
Pada Rabu, media melaporkan mayat seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum telah ditemukan pada 10.15 pagi.
Sebelum itu, polis telah menerima laporan kehilangan melibatkan seorang anggota tentera dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang pada 12.50 tengah malam, Ahad.
Hasil siasatan awal polis mendapati kejadian kehilangan berlaku semasa mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan pada jam 5 petang, Jumaat lalu.
Amirrul Rabbani
Thu Apr 13 2023

Hasil bedah siasat yang telah dijalankan oleh pihak hospital mengesahkan mayat tersebut merupakan milik koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Ibu anggota tentera hilang di Hutan Royal Belum yakin anaknya masih hidup
Zuraida yakin anaknya, Ahmad Zulhilmi yang berkhidmat sebagai komando mesti tahu macam mana untuk terus hidup.

Kesihatan Prebet Muhammad Syafiq terus dipantau sebelum dibenar bercuti
Keadaan kesihatan fizikal, mental dan spiritual Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim, 22, terus dipantau sehingga beberapa hari lagi sebelum dibenarkan bercuti di kampungnya di Baling, Kedah.

Punca kematian anggota tentera hilang di Hutan Simpan Belum akibat kecederaan kepala
Kematian anggota tentera yang ditemui maut di Hutan Simpan Belum dekat Gerik, Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib, 33, berpunca daripada kecederaan kepala dipercayai akibat terjatuh.

Mayat anggota tentera hilang di Hutan Simpan Belum sejak Jumaat ditemui
Mayat dipercayai anggota tentera hilang di Hutan Simpan Belum sejak Jumaat, ditemui - Polis Perak