Ini disebabkan oleh penstrukturan semula akibat daripada automasi dan kemajuan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Itulah antara hasil kajian Future of Jobs Report 2025 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai keadaan pengangguran yang bakal melanda industri global ketika menempuhi era Revolusi Industri 4.0.
Landskap pekerjaan 2025 hingga 2030 bakal menyaksikan peralihan dalam beberapa sektor utama yang memerlukan peningkatan kemahiran dan pembentukan kemahiran khusus bidang tertentu.
Antara yang sektor yang terjejas teruk ialah pembuatan dan perkilangan yang sebelum ini banyak menggunakan tenaga buruh.
Perpindahan dan penstrukturan ini turut menjejaskan bidang perkeranian dan kesetiausahaan.
Laporan itu turut mencadangkan golongan pekerja perlu mempunyai kemahiran yang relevan untuk kepentingan sesebuah organisasi demi bertahan dalam dunia pekerjaan baharu.
Dalam menghadapi cabaran ini, Malaysia telah bersedia, antaranya mempersiapkan rakyat dengan pengetahuan digital.
Antara yang dirangka ialah program Inisiatif Rakyat Digital sebagai platform khusus untuk memperkasa komuniti berpengetahuan global, celik digital serta sumber pendidikan bagi individu, perniagaan dan institusi menghadapi era transformasi teknologi baru muncul.
Tawaran kerajaan ini bertujuan memperkasakan kemahiran rakyat bagi menghadapi cabaran dalam ekonomi digital.
Untuk maklumat lanjut Inisiatif Rakyat Digital, sila rujuk di sini.
* Disediakan oleh Amar Syaheed M Naser.
** Artikel ini ini adalah sebahagian daripada "The Collision Room" oleh Astro AWANI, sebuah inisiatif di bawah Project Sigma, program global oleh Google News Initiative (GNI).