KULIM: Polis menahan pemilik dan pembantu sebuah rumah kebajikan di Taman Desa Aman dekat sini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang penghuni warga emas dipukul, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Azizul Mohd Khairi berkata pihaknya menerima laporan bahawa penghuni rumah kebajikan terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 70 tahun dipukul menggunakan kayu pada 3.50 petang semalam.
"Terdapat empat rakaman video yang telah tular di media sosial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim telah menjalankan siasatan dengan menahan seorang lelaki berusia 44 tahun yang merupakan pemilik rumah kebajikan berkenaan.
"Turut ditahan bagi membantu siasatan ialah seorang perempuan tempatan berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pembantu di situ," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
"Siasatan masih dijalankan bagi mengesan sekiranya masih ada mangsa lain yang dipukul di rumah kebajikan terbabit...kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
Mohd Azizul menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana siasatan masih dijalankan.
Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan turut diminta untuk menyalurkan maklumat itu kepada pihak polis.
Terdahulu, tular video berdurasi hampir satu minit memaparkan seorang wanita memukul seorang lelaki menggunakan kayu dipercayai berlaku di sebuah pusat jagaan warga emas di Taman Desa Aman, dekat sini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024

Polis menahan pemilik dan pembantu sebuah rumah kebajikan di Taman Desa Aman dekat sini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang penghuni warga emas dipukul, petang semalam. -Gambar hiasan
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.

Polis sahkan terima laporan murid dipukul guru
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung seorang murid berusia 10 tahun yang didakwa dipukul oleh guru sekolahnya.

Isu GISB: Badan peguam Malaysia cadang pendekatan holistik pantau rumah kebajikan
Langkah itu perlu diambil bagi mengelakkan kejadian yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Service and Business Holding daripada berulang.

KKM pandang serius isu lambakan, keselamatan makanan disumbangkan ke rumah kebajikan
Kementerian Kesihatan memandang serius isu lambakan dan status keselamatan makanan disumbangkan ke rumah kebajikan serta pusat tahfiz yang boleh menyebabkan kejadian keracunan makanan.

Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.

Anak tinggal bapa depan rumah orang tua
Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai, Taman Tas di sini, kesal dengan tindakan seorang individu meninggalkan seorang warga emas di premis berkenaan tanpa memaklumkan kepada mereka.

Amber Heard bayar saman, Johnny Depp derma semua pada rumah kebajikan
Heard dilaporkan media tempatan telah membayar sebanyak RM4.6 juta seperti yang diarahkan oleh mahkamah kepada Depp.

MAIWP, Prihatin santuni 2,000 golongan asnaf
Tahun ini MAIWP mengeluarkan bajet terbesar untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan sempena Ramadan dan Aidifitri ini.

Pekerja am didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak 11 tahun
Tertuduh, Sal Kim Kok, berhadapan tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap mangsa.

Dera remaja OKU: Rumah kebajikan milik NGO dalam proses pendaftaran dengan JKM
Kelulusan untuk menjadikan remaja OKU itu sebagai anak angkat sebelum ini diberikan kepada individu, bukannya rumah kebajikan itu.

Penghuni perempuan dakwa dicabul pengasas rumah kebajikan
Seorang penghuni perempuan di sebuah rumah kebajikan di Gombak, Selangor mendakwa dicabul dalam kejadian awal pagi Jumaat lalu.