"Saya nak jumpa emak sebelum menjalani hukuman, saya nak minta maaf," itu rayuan seorang pemotong rumput selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan mencederakan ibu kandungnya pada Khamis lalu.
Sebelum prosiding dimulakan, tertuduh Mohd Rafi Ab Aziz, 25, yang memakai jaket berwarna kelabu dengan keadaan tangan bergari sebelum itu kelihatan tercari-cari seseorang ketika dibawa masuk oleh anggota polis pengiring ke dalam Mahkamah Sesyen 4.
Sebaik pertuduhan dibacakan, tertuduh yang tidak diwakili peguam mengangguk faham dan mengaku bersalah terhadap pertuduhan mencederakan ibunya Mea'ah Abd Majid, 64, dengan cara menghentak kepala mangsa menggunakan batang besi mesin pemotong rumput di sebuah rumah di Bukit Sagu 1 pada kira-kira 5 petang, 4 Jan lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.
Sebelum hukuman dijatuhkan oleh Hakim Siti Aminah Ghazali, Mohd Rafi merayu bagi hukuman lebih ringan memandangkan dia menghidap penyakit angin pasang selain perlu menanggung ibunya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman setimpal memandangkan mangsa merupakan ibu kandung tertuduh sendiri dan terpaksa menerima tiga jahitan di bahagian kanan kepala dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
"Pada hari kejadian tertuduh meminta wang daripada ibunya, namun apabila tidak diberikan tertuduh telah mengamuk dan membaling barang ke arah ibunya, namun mangsa berjaya mengelak.
"Tidak puas hati dengan keadaan itu, tertuduh mengambil pula mesin pemotong rumput dan memukul ibunya dengan batang besi mesin berkenaan dan saya tidak rasa tertuduh yang menanggung ibunya kerana setiap bulan dia yang meminta duit dari mangsa.
"Sehubungan itu, tertuduh wajar dijatuhi hukuman berat untuk dijadikan pengajaran kepada yang lain," katanya.
Tertuduh, selepas prosiding berkenaan beberapa kali menyuarakan rasa menyesal atas perbuatan yang dilakukan itu dan kelihatan sebak apabila dimaklumkan bahawa emaknya tidak dapat hadir kerana masih kurang sihat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2018

Timbalan Pendakwa Raya Haryati Abdullah berkata tertuduh wajar dijatuhi hukuman berat untuk dijadikan pengajaran kepada yang lain. - Gambar hiasan
[TERKINI] Isu 3R: Enam petugas radio Era dipanggil Bukit Aman
Enam kakitangan stesen radio Era FM dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk dirakam percakapan berhubung siasatan mengenai dakwaan mempersenda upacara agama Hindu.

PM Anwar akan turun ke negeri-negeri mulai minggu depan - PMO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke negeri-negeri mulai minggu hadapan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI.
'Saya tak paham kenapa mereka tepuk' - YB Paya Besar
Pindaan telah menunjukkan untuk membuat sesuatu rang undang-undang perkhidmatan Parlimen. Pindaan kepada Perlembagaan antara perkara asas yang perlu dilakukan. Hak sesama pembuat undang-undang harus dihormati antara kedua-dua pihak jelas YB Besut. #AWANInews

RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut direkodkan - MOF
Individu atau waris yang berhak boleh mengemukakan permohonan tuntutan secara atas talian menerusi portal rasmi eGUMIS.

Pempengaruh Ammar Nazhan, lima lagi didakwa kerana merusuh di Bukit Bintang
Kesemua tertuduh didakwa melakukan gaduh gempar ketika satu perlawanan tinju di pusat beli belah di Bukit Bintang, pada jam 10.15 malam, 25 Februari lalu.

Jabatan Penjara kesan sindiket minta wang untuk makanan istimewa penghuni
Kegiatan itu dikesan setelah pihak Jabatan Penjara menerima beberapa aduan daripada mangsa yang menerima pesanan ringkas tersebut.

Bursa Malaysia dibuka tinggi selepas empat hari catat penurunan
Pada pukul 9.40 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.06 mata atau 0.65 peratus kepada 1,565.72 daripada 1,555.66 ketika ditutup semalam.
Kepakaran dari India dalam mengendalikan gajah sejak 1970an - Nik Nazmi
PERHILITAN telah mendapatkan latihan kepakaran dari India untuk mengendalikan gajah sejak 1970an. Siri lawatan dan pertukaran kemahiran juga dilakukan bersama Thailand dan Indonesia jelas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi. #AWANInews
PM turun ke beberapa negeri, bincang agenda basmi kemiskinan
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke beberapa negeri minggu depan bagi mempengerusikan mesyuarat khas bersama kerajaan negeri antaranya bagi membincangkan agenda membasmi kemiskinan tegar. #AWANInews

China sasar pertumbuhan ekonomi sekitar 5 peratus pada 2025
Laporan turut menggariskan beberapa sasaran pembangunan utama lain tahun ini, termasuk kadar pengangguran di kawasan bandar sekitar 5.5 peratus.

Emak Opick meninggal dunia ketika ceramah
Emak kepada penyanyi Opick, Hajah Lilik Sholehah meninggal dunia semalam ketika sedang menyampaikan ceramah di kampung halamannya.
.jpg)
"Saya nampak seperti arwah Mak ada di depan ketika atas pentas" - Joey
Penyanyi dan pelakon Zulkifli Daud atau Joey mengakui seringkali terlihat bayangan emaknya ketika melakukan persembahan dalam program Super Spontan Xtravaganza (SSX).

Al-Fatihah, emak Joey meninggal dunia
Emak kepada pelakon dan penyanyi, Zulkifli Daud atau Joey meninggal dunia pada malam tadi.

"Dia mak kau, nak cari mak lain ke?" - Netizen keliru marah Ismail Izzani
Perkongsian penyanyi muda Ismail Izzani di ruangan Twitternya mengundang perasaan jelik dalam kalangan netizen.

Pukul ibu: Pemotong rumput dipenjara tujuh tahun, tiga sebatan
Sebelum prosiding dimulakan, tertuduh kelihatan tercari-cari seseorang ketika dibawa masuk oleh anggota polis pengiring ke dalam Mahkamah Sesyen 4.

Ibu Zul Ariffin meninggal dunia akibat serangan jantung
Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zuhur selepas disembahyangkan di masjid Sungai Penchala.