SEBUT sahaja PTPTN, pelbagai reaksi semestinya timbul di minda anak muda.
Perasaan gelisah, marah, serba salah dan berserah pastinya bercampur baur setiap kali isu ini dibincangkan di pelbagai peringkat. Isu PTPTN ini merupakan isu yang sangat sinonim dengan anak muda, sehingga ia menjadi satu bahan politik untuk mendapat sokongan-sokongan anak muda.
Isu janji untuk menyelesaikan isu hutang PTPTN secara politiknya diperjuangkan oleh pakatan pembangkang (kini kerajaan) sejak sekian lama.
Ini juga disokong penuh oleh gerakan-gerakan mahasiswa pro pembangkang pada masa tersebut.
Sebagai anak muda, sudah pasti janji-janji seperti menyediakan pendidikan percuma, menghapuskan hutang PTPTN atau mana-mana pinjaman pelajaran merupakan satu janji yang amat menghairahkan.
Jadi sudah semestinya selepas Pakatan Harapan berjaya menakluk Putrajaya dan kini menjadi kerajaan, janji ini dituntut bermati-matian.
Dalam laras bahasa yang paling mudah, Pinjaman Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) adalah kemudahan pinjaman pembelajaran yang diberikan kepada meraka yang layak untuk membiayai yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.
Adat meminjam, ia wajib dipulang.
Selaras dengan terma dan rujukan yang telah dipersetujui bersama semasa, pinjaman ini hendaklah dibayar mengikut ketetapan.
Namun, akibat isu-isu sering dipolitikkan, rata-rata peminjam PTPTN mula culas dalam membayar balik pinjaman tanpa paksa yang dibuat ini.
Di peringkat pentadbiran PTPTN, sebut sahaja apa inisiatif yang tidak dilakukan oleh PTPTN bagi memastikan peminjam membayar balik pinjaman mereka.
Penurunan ujrah 3% kepada 1%, kadar minimum bayar balik RM40 sebulan, promosi dan insentif bayaran balik, diskaun, penukaran pinjaman kepada biasiswa untuk pelajar cemerlang dan pelbagai lagi usaha telah pun dilakukan.
Sebagai peminjam, adalah diyakini tidak ada satu entiti kewangan yang ‘selembut’ PTPTN dalam isu mengutip hutang daripada peminjam.
Atas desakan politik, PTPTN dilihat mengambil beberapa langkah yang bersifat terpaksa bagi menurut kehendak aktor politik ini walaupun ia bukan merupakan tindakan wajar.
PTPTN sebagai contoh telah menyenaraihitamkan peminjam yang tidak membayar balik pinjam dengan mengenakan sekatan untuk keluar negara.
Namun atas keputusan politik, ia ditarik balik walaupun kemudiaanya, sekatan ini kembali dipertimbangkan semula.
Maka jelas, faktor politik amat mendahului kepentingan organisasi dalam hal ini.
Kiraan matematik mudah, kerajaan harus membelanjakan RM40 bilion (setakat Mei 2019) untuk melunaskan hutang PTPTN bagi semua peminjam yang masih berhutang.
Jika ia boleh direalisasikan sekali pun, atas faktor-faktor keadilan, kerajaan harus juga membayar semula pinjaman-pinjaman yang telah dibayar oleh peminjam sebelum ini yang melibatkan pertambahan sebanyak lebih kurang RM20 billion.
Ini adalah jelas kerana mengikut rekod, tidak semua yang masih berhutang itu adalah golongan yang tidak mampu dan tidak semua juga yang konsisten mambayar hutang itu adalah golongan yang mampu. Ia hanya berkaitan etika dan perasaan tanggungjawab individu tersebut.
Untuk menjadikan isu ini tambah menarik, keistimewaan ini juga tidak adil jika hanya diberikan kepada peminjam PTPTN kerana terdapat ramai lagi graduan yang meminjam di tempat lain dan masih berhutang.
Pinjaman daripada MARA, Yayasan atau pun yang menanggung yuran pengajian secara peribadi juga harus dibayar semula.
Sudah tidak terkira jumlah ringgit yang terlibat, jika isu hutang dan pendidikan percuma ini ingin diselesaikan.
Justeru, dapat kita fikir mengikut logik akal bahawa perkara ini adalah hampir pasti tidak dapat dilaksanakan.
Berilah apa jua formula matematik ekonomi sekali pun, ia hampir pasti tidak dapat dilaksanakan.
Sebenarnya, untuk memikirkan hal ini tidak perlu ulasan cerdik pandai ekonomi dan akaun.
Ia hanya memerlukan logik akal anak muda serta perasaan tanggungjawab mereka bahawa ia sememangnya tidak masuk akal dan peminjam harus bayar kembali pinjaman mereka.
Jika dikaji di peringkat antarabangsa, tiada negara yang kadar pertumbuhan ekonomi dan pendapatan negara yang lebih kurang sama dengan Malaysia, mampu memberikan pendidikan percuma hingga ke peringkat pengajian tinggi.
Hanya negara berpendapatan tinggi dapat melaksanakan perkara tersebut dan ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak (konsep biasiswa).
Mengikut kajian juga, Malaysia sebenarnya adalah salah sebuah negara yang memberikan pendidikan dengan kadar yang sangat minimum atas faktor jumlah IPTA (subsidi kerajaan) yang banyak serta pengecualian bayaran pinjaman kepada pelajar cemerlang termasuklah PTPTN.
Namun, masih lagi mereka culas membayar dengan memberikan alasan bahawa kerajaan sudah pun berjanji.
Memang benar jika kerajaan telah pun berjanji, ia wajar ditepati.
Namun dari satu lagi sudut, anak muda sepatutnya berfikiran lebih waras bahawa janji ini sememangnya sesuatu yang mustahil untuk ditepati.
Kita tidak harus berbicara politik di sini.
Terpulang kepada anak muda bagaimana mereka ingin menghukum siapa jua yang tidak menepati janji.
Apa yang pasti, mereka tidak boleh menjadikan ini sebagai alasan untuk tidak membayar kembali pinjaman yang telah dilakukan.
Isu ini adalah sangat memberi impak yang besar dalam pentadbiran negara.
PTPTN sebagai contoh memerlukan wang dalam kitaran operasinya bagi memastikan mereka terus dapat memberikan pinjaman kepada golongan yang memerlukan kelak.
Hutang PTPTN ini juga dilihat memberi kesan kepada prestasi hutang negara.
Maka, anak muda harus punya sikap tanggungjawab dalam membayar kembali hutang-hutang ini, dan bukannya mengambil kesempatan terhadap isu politik.
Tuntasnya, isu PTPTN ini harus ada titik berhenti yang jelas.
Buat peminjam yang rata-ratanya golongan muda, sedarlah dan berilah tanggungjawab dan etika yang sehabis tinggi terhadap wang yang telah dipinjam.
Hutang itu wajib dibayar dan jangan ambil kesempatan terhadap isu-isu politik yang ada.
Jika ditakdirkan ekonomi negara menjadi lebih baik sekali pun, biarlah pendidikan percuma ini dinikmati oleh anak cucu kita, dan bukannya digunakan untuk membayar kembali beban-beban yang kita cipta.
Paling mustahak, berhenti mendesak dan menuntut perkara yang bukan-bukan, kerana di satu suduh ia sebenarnya satu beban dalam persekitaran politik.
Buat aktor politik pula, ini juga menunjukkan bahawa aspek integriti terutama dalam merangka manifesto itu adalah amat mustahak.
Aktor politik harus segera berhenti mempolitik dan mempertahankan isu ini kerana kesannya adalah amat buruk.
Isu kadar hutang belia yang tinggi ini sebenarnya berlaku di seantero dunia.
Apa yang mustahak adalah kerajaan harus membantu belia dalam menyelesaikan masalah ini dengan menyediakan pekerjaan yang cukup atau peluang perniagaan yang baik untuk golongan belia, bukannya cuba menjadi juara bagi menghapuskan hutang pinjaman mereka.
Isu ini harus diselesaikan segara sebenarnya amat wajar untuk dijadikan permulaan ke arah politik Malaysia yang lebih matang.
Terakhir, PTPTN juga harus berani mengambil tindakan yang lebih tegas dalam memastikan peminjam membayar balik pinjaman.
Keputusan menyekat mereka untuk ke luar negara adalah satu tindakan yang amat wajar.
PTPTN juga wajar mewajibkan potongan gaji atau menghalang mereka memiliki aset yang bernilai tinggi.
Konsep perbincangan dan konsultasi antara PTPTN dengan peminjam seperti yang sedia ada sekarang wajar diteruskan.
* Khairul Anwar Ahmad Nadzer merupakan pelajar sarjana Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Fakulti Pengajian Komunikasi dan Media, UiTM.
**Beliau juga merupakan Ahli Persidangan Meja Bulat Kluster Kenegaraan (Sosialisasi Politik), Institut Pembangunan Kecemerlangan Kepimpinan i-LEAD.
*** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semstinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Khairul Anwar Ahmad Nadzer
Sun Sep 15 2019

Adat meminjam, ia wajib dipulang. - Gambar fail/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

PTPTN akan keluar kenyataan rasmi berhubung cadangan henti pembiayaan - Zambry
Zambry berkata, PTPTN akan berbuat demikian setelah meneliti beberapa aspek dan faktor secara menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan.

Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.

Rakyat setuju bayaran balik PTPTN adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi
Maklum balas itu diperoleh daripada penganjuran Hari Terbuka Pendidikan Tinggi yang berlangsung pada 23 Okt lepas.

Rebut insentif diskaun bayaran balik PTPTN hingga 31 Mei
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyeru peminjam supaya memanfaatkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman hingga 20 peratus yang ditawarkan oleh agensi itu hingga 31 Mei ini.

Pemegang saham YNH lulus cadangan jual aset RM422.5 juta
Pelupusan aset itu akan mengukuhkan lagi lembaran imbangan kumpulan dan membolehkannya mendapat ruang bagi pembiayaan projek-projek lain.

Lebih 500,000 peminjam PTPTN tidak pernah buat bayaran balik pinjaman
Seramai 539,284 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah membuat bayaran balik setakat 30 Sept lepas, menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Kadar Asas Standard akan ganti Kadar Asas bermula Ogos 2022 - BNM
Kadar Asas Standard akan menggantikan Kadar Asas sebagai kadar rujukan bagi pinjaman runcit berkadar terapung baharu.

Bayaran balik pinjaman isi rumah cecah 93 peratus separuh kedua 2020
Golongan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan terus berdepan kesukaran kewangan dengan penampan kewangan yang rendah dan leveraj yang ketara lebih tinggi.

PERMAI: Peminjam MARA boleh mohon penjadualan semula, moratorium pinjaman
Peminjam kemudahan pinjaman pelajaran MARA boleh memohon penjadualan semula atau moratorium bayaran balik pinjaman sehingga 31 Mac 2021.

PERMAI: Moratorium, pengurangan bayaran balik diteruskan sepanjang PKP
Bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.