Keputusan menyerahkan kuasa menyediakan soalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) kepada pihak sekolah mulai tahun hadapan memberi peluang pihak berkenaan menilai sendiri keupayaan dan kebolehan pelajar masing-masing.
Tokoh Pendidikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom bagaimanapun berkata, soalan peperiksaan berkenaan perlu benar-benar selaras dengan keperluan Lembaga Peperiksaan selain skima jawapan serta latihan lengkap disediakan kepada guru terbabit.
"Ini satu perubahan baik untuk pendidikan kita. Dalam hal ini, harap ibu bapa beri sokongan sepenuhnya kepada pihak sekolah. Ibu bapa kena faham dan jelas. Juga, sediakan guru-guru profesional yang terlatih.
"Jadi, mereka sudah tentu akan melaksanakan tugas ini mengikut arahan kementerian.
"Sekiranya ibu bapa tidak campur tangan dalam hal ini, kita harap apa yang dirancang kementerian akan mencapai mutu pendidikan negara kita," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.
BACA: Sekolah diberi kuasa sediakan soalan PT3 mulai 2020
BACA: Gagal dapat keputusan PT3 terbaik, bukan penghalang capai cita-cita
Mulai tahun hadapan, sekolah-sekolah menengah di seluruh negara diberikan kuasa sepenuhnya untuk mengendali dan menyediakan PT3.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, kuasa berkenaan juga membolehkan pentadbir sekolah menyediakan soalan-soalan item PT3 tanpa penglibatan Lembaga Peperiksaan.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kemungkinan keputusan itu menjejaskan peluang pelajar untuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pada Tingkatan Empat, ini kata Alimuddin;
"Sudah tentu apa yang diperlukan oleh pihak SBP atau MRSM akan dinyatakan dalam permohonan daripada pelajar-pelajar, jadi sudah tentulah ini beri keadilan kepda pelajar.
"Terutamanya mereka yang datang dari lokaliti yang berlainan, misalnya seperti pedalaman, pulau dan kawasan yang tidak mempunyai kemudahan yang lengkap, seperti bandar.
"Mereka akan dapat penilaian yang selaras dengan keupayaan mereka sendiri."
Pada ketika ini soalan PT3 disediakan oleh Lembaga Peperiksaan, namun pengurusan pengendalian PT3 dibuat di sekolah masing-masing.
Wan Syamsul Amly
Thu Mar 14 2019
![PT3: Sekolah boleh nilai sendiri kemampuan pelajar - Alimuddin PT3: Sekolah boleh nilai sendiri kemampuan pelajar - Alimuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71481256776_AlimuddinMohdDom.jpg)
ALIMUDDIN: Ibu bapa perlu beri sokongan sepenuhnya kepada pihak sekolah. - Gambar fail
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
!['Tidak boleh ubah sesi sekolah secara drastik' 'Tidak boleh ubah sesi sekolah secara drastik'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679199158_MuridSekolah.jpg)
'Tidak boleh ubah sesi sekolah secara drastik'
Katanya, tiada tempoh masa spesifik yang boleh diberikan kepada ibu bapa dalam soal mengembalikan semula takwim kepada Januari.
![Jurulatih tampar pemain: Tidak wajar guna kekerasan dalam pendidikan sukan - Alimuddin Jurulatih tampar pemain: Tidak wajar guna kekerasan dalam pendidikan sukan - Alimuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672714762_InsidenTamparBol.jpg)
Jurulatih tampar pemain: Tidak wajar guna kekerasan dalam pendidikan sukan - Alimuddin
Sekalipun jika jurulatih itu bukan guru, tindakan menggunakan kekerasan fizikal adalah amat tidak wajar dan tindakan harus diambil.
![Bajet 2023: Perkukuh pendigitalan sistem pendidikan negara Bajet 2023: Perkukuh pendigitalan sistem pendidikan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-11/41479804768_BestariNet.jpg)
Bajet 2023: Perkukuh pendigitalan sistem pendidikan negara
KPM sewajarnya diberikan lebih banyak peruntukan tambahan dalam Bajet 2023 agar selari dengan hasrat kerajaan untuk mentransformasi pendidikan negara.
![Kerajaan perlu tingkat peluang OKU dalam bidang perguruan Kerajaan perlu tingkat peluang OKU dalam bidang perguruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/71481256776_AlimuddinMohdDom.jpg)
Kerajaan perlu tingkat peluang OKU dalam bidang perguruan
Terdapat seramai 1,079 guru OKU terlibat dalam sistem pendidikan negara ketika ini.
![Ujian saringan kendiri COVID-19, vaksinasi mampu kurangkan kluster pendidikan Ujian saringan kendiri COVID-19, vaksinasi mampu kurangkan kluster pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51638206649_TBANTIGEN.jpg)
Ujian saringan kendiri COVID-19, vaksinasi mampu kurangkan kluster pendidikan
Ujian itu mungkin akan melibatkan perbelanjaan yang besar, justeru kerajaan juga perlu mempertimbangkan subsidi.
![RMK12: Kerajaan dicadang tambah pemberian peranti PdPR RMK12: Kerajaan dicadang tambah pemberian peranti PdPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51631007150_TBpdpr.jpg)
RMK12: Kerajaan dicadang tambah pemberian peranti PdPR
Dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19, sesi pembelajaran di rumah (PdPR) dijangka akan tetap diteruskan.
![Tiada keperluan untuk rendahkan penilaian gred SPM Tiada keperluan untuk rendahkan penilaian gred SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623049960_TanSriAlimuddinMo.jpg)
Tiada keperluan untuk rendahkan penilaian gred SPM
Pelajar mempunyai kemudahan yang boleh dikatakan mencukupi termasuk buku teks, televisyen pendidikan dan input daripada guru meskipun tidak bersemuka.
![UPSR berorientasi peperiksaan, tidak penuhi definisi pendidikan - Tan Sri Alimuddin UPSR berorientasi peperiksaan, tidak penuhi definisi pendidikan - Tan Sri Alimuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/81547459908_950x600.jpg)
UPSR berorientasi peperiksaan, tidak penuhi definisi pendidikan - Tan Sri Alimuddin
Cadangan itu telah lama dikemukakan supaya sistem pendidikan rendah tidak hanya tertumpu kepada UPSR sahaja.
![PdPR: Wujudkan jawatankuasa khas selesaikan kekurangan peranti, internet PdPR: Wujudkan jawatankuasa khas selesaikan kekurangan peranti, internet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611389992_TanSriAlimuddinMo.jpg)
PdPR: Wujudkan jawatankuasa khas selesaikan kekurangan peranti, internet
Kerajaan disaran mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah alat peranti dan capaian internet dihadapi pelajar untuk meneruskan proses PdPR.
![PT3: Sekolah boleh nilai sendiri kemampuan pelajar - Alimuddin PT3: Sekolah boleh nilai sendiri kemampuan pelajar - Alimuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71481256776_AlimuddinMohdDom.jpg)
PT3: Sekolah boleh nilai sendiri kemampuan pelajar - Alimuddin
Soalan peperiksaan berkenaan perlu benar-benar selaras dengan keperluan Lembaga Peperiksaan selain skima jawapan serta latihan lengkap disediakan kepada guru terbabit.