KUALA LUMPUR: Dalam usaha memperkukuhkan pendigitalan sistem pendidikan negara, peruntukan yang besar diperlukan bagi menyediakan fasiliti dan infrastruktur berkaitan termasuk mendapatkan teknologi terkini untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Tokoh Pendidikan Negara Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata justeru itu, Kementerian Pendidikan (KPM) sewajarnya diberikan lebih banyak peruntukan tambahan dalam Bajet 2023 agar selari dengan hasrat kerajaan untuk mentransformasi pendidikan negara.
Beliau berkata peralatan pengajaran khususnya berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) termasuk penyediaan makmal komputer, robotik dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bukan sesuatu yang murah dan memerlukan kos tinggi.
"Makmal komputer misalnya telah mula diwujudkan di sekolah sekitar 2000 namun bila sebut tentang komputer, tidak bolehlah kita pakai yang ketinggalan zaman.
"Begitu juga dengan teknologi, kita perlukan alatan dan teknologi yang baharu sebagai bantuan PdP seperti yang ada ketika ini iaitu 'papan elektronik'.
"Semua ini, mahu tidak mahu kita kena sediakan kemudahan terkini merangkumi aplikasi untuk digunakan para pelajar dan guru sekali gus memastikan ia dapat dimanfaatkan semua pelajar sama ada di bandar mahu pun luar bandar," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Alimuddin berkata penyediakan kemudahan PdP yang terkini bercirikan teknologi, digital dan automasi bukan sahaja diperlukan di sekolah harian malah, sekolah yang menyediakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
"Sekiranya kerajaan mahu melihat (sebagai contoh) bidang pertanian mengaplikasi teknologi digital, pelaburan bagi menyediakan kemudahan dan teknologi terkini perlu bermula di peringkat persekolahan lagi," katanya.
Menyuarakan perkara sama, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang berkata peruntukan tambahan diperlukan bagi menaik taraf kemudahan ICT dalam melancarkan proses tranformasi digital sistem pendidikan negara.
"Peruntukan tambahan ini untuk naik taraf ICT melibatkan 10,250 sekolah di seluruh negara kerana hari ini kita lihat apa yang ada pun sudah agak ketinggalan, kemudahan Internet yang lembap begitu juga peralatan yang digunakan.
"Saya harap keutamaan dapat diberikan bagi meningkatkan sistem ICT sekolah kerana ia amat diperlukan ketika ini bukan sahaja untuk PdP tetapi dalam urusan sekolah," katanya menambah masalah kerencatan Internet akan menyebabkan usaha transformasi pendidikan negara akan terjejas.
Tambahnya, dengan adanya peruntukan tambahan ini, sekali gus dapat menyelesaikan isu para guru menggunakan wang poket sendiri untuk mendapatkan kemudahan ICT yang baik di sekolah.
"Ini memang berlaku (guru guna wang sendiri)...bahkan ada guru yang beli laptop dan sebagainya bagi tujuan pembelajaran. Telah beberapa kali saya gesa agar berikan rebat RM1,000 kepada guru bagi membeli peranti...saya difahamkan perkara ini telah mendapat kelulusan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan kewangan," katanya.
Dalam isu lain, Aminuddin menyuarakan kebimbangannya terhadap risiko keselamatan murid yang berada di sekolah yang tidak diselenggara mengikut jadual.
"Ini boleh mendatangkan ancaman keselamatan kepada murid. Bayangkan tangga-tangga besi yang sudah berkarat dan tajam memang merisiko murid-murid... ada juga bumbung sekolah yang kalau kita tengok macam nak roboh tetapi pembaikan tidak dapat dilakukan kerana tiada peruntukan," katanya.
Dalam Bajet 2022, KPM merupakan kementerian yang terus menerima peruntukan terbesar berjumlah RM52.6 bilion atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
KPM sewajarnya diberikan lebih banyak peruntukan tambahan dalam Bajet 2023 agar selari dengan hasrat kerajaan untuk mentransformasi pendidikan negara. -Gambar hiasan/Bernama
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.