KUALA LUMPUR: Melakukan ujian saringan kendiri RTK Antigen sebelum hadir ke sekolah atau institusi pendidikan akan membantu pengesanan awal jangkitan COVID-19 sekali gus mengelak peningkatan atau tercetusnya kluster pendidikan di negara ini.
Bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata ujian itu mungkin akan melibatkan perbelanjaan yang besar, justeru kerajaan juga perlu mempertimbangkan subsidi untuk pembelian peralatan ujian berkenaan.
"Ujian kendiri elok diadakan tetapi tidaklah setiap hari kerana harganya agak mahal terutama kepada keluarga berpendapatan rendah.
"Selain itu, pemberian vaksin kepada golongan remaja adalah langkah yang baik dan mungkin boleh diberikan secara berperingkat dengan persetujuan ibu bapa," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Beliau juga mencadangkan pihak sekolah mengadakan perbincangan lebih kerap dengan Kementerian Kesihatan kerana kerjasama itu akan dapat meningkatkan lagi langkah keselamatan di sekolah seperti mengasingkan dan kuarantin pelajar yang didapati positif supaya tidak menjejaskan pelajar lain.
Pada Rabu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 107 kluster COVID-19 dalam kategori pendidikan direkodkan mulai 1 Jan hingga 25 Jan lepas, melibatkan 4,633 kes dan peningkatan ketara itu dicatatkan selepas pembukaan sesi persekolahan tahun ini berbanding sesi persekolahan pada 2021.
Selain itu, tujuh kluster melibatkan institusi pendidikan pula dikesan di Sabah sejak minggu lepas berdasarkan saringan kontak rapat dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dalam kalangan penghuni asrama di enam sekolah di negeri itu.
Turut senada ialah Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Datuk Dr Mohamad Ali Hasan yang mencadangkan agar Ujian RTK terhadap pelajar dan guru dengan kos ditanggung oleh kerajaan dilakukan supaya memudahkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah memeriksa status kesihatan masing-masing.
Beliau juga mencadangkan agar pemantauan dan pemeriksaan terhadap keseluruhan kadar vaksinasi pelajar di sekolah dilaksanakan bagi mengenalpasti jumlah pelajar yang telah divaksin kerana ia boleh mengurangkan kadar jangkitan.
"Pemantauan secara berkala, ad-hoc, mengejut di asrama supaya tiada kecuaian. Jika lalai dan tidak patuh prosedur operasi standard (SOP), mungkin sistem denda perlu diperkenalkan. Pemantauan ini harus dilakukan tiga hari berturut-turut selepas sekolah dikenalpasti dengan gejala COVID-19 atau mempunyai kes dilaporkan," katanya.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Aminuddin Awang pula berkata bagi memastikan kluster pendidikan tidak terus meningkat, ibu bapa perlu memainkan peranan berkesan dengan memastikan hanya menghantar anak mereka ke sekolah jika benar-benar sihat.
Beliau berkata di pihak sekolah, NUTP yakin bahawa proses penguatkuasaan pematuhan SOP seperti pemakaian pelitup muka dan pengawalan aktiviti mengelakkan pelajar bersentuhan dijalankan dengan rapi, namun cuma terdapat sedikit kekangan memastikan pelajar berada dalam jarak lebih satu meter sesama mereka di luar kelas.
"Jika keadaan benar-benar kritikal, kami mohon agar semua pihak akan saling memudahkan proses untuk penutupan sekolah secara fizikal demi kebaikan bersama," katanya sambil menzahirkan keyakinan bahawa kadar penyebaran dan jangkitan di sektor pendidikan dapat diturunkan berikutan penutupan sekolah sempena Tahun Baharu Cina mulai esok.
Aminuddin berkata walalupun semua sekolah menengah kini dalam persiapan memastikan setiap calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 menghabiskan sukatan pelajaran menjelang Mac ini, beliau berharap pematuhan SOP tetap diberi keutamaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
![Ujian saringan kendiri COVID-19, vaksinasi mampu kurangkan kluster pendidikan Ujian saringan kendiri COVID-19, vaksinasi mampu kurangkan kluster pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51638206649_TBANTIGEN.jpg)
Ujian kendiri elok diadakan tetapi tidaklah setiap hari kerana harganya agak mahal terutama kepada keluarga berpendapatan rendah, kata Alimuddin.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kluster Pendidikan: Khairy minta KPM, kementerian terlibat ketatkan SOP di sekolah asrama Kluster Pendidikan: Khairy minta KPM, kementerian terlibat ketatkan SOP di sekolah asrama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61646290538_KhairyJamaluddin.jpg)
Kluster Pendidikan: Khairy minta KPM, kementerian terlibat ketatkan SOP di sekolah asrama
Pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal mungkin sukar dilaksana di sekolah asrama namun peringatan perlu terus disampaikan kepada pelajar.
![Kluster pendidikan meningkat - Dr Noor Hisham Kluster pendidikan meningkat - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641278401_NoorHisham.jpg)
Kluster pendidikan meningkat - Dr Noor Hisham
Jumlah kluster pendidikan COVID-19 dilihat meningkat dengan ketara pada minggu Minggu Epidemiologi (ME) terkini, dengan 92 kluster dilaporkan pada ME 7/2022, berbanding 61 kluster pada ME 6/2022.
![COVID-19: KKM, KPM perhalusi pengelasan sub kluster pendidikan - Dr Adham COVID-19: KKM, KPM perhalusi pengelasan sub kluster pendidikan - Dr Adham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618829890_AdhamBaba.jpg)
COVID-19: KKM, KPM perhalusi pengelasan sub kluster pendidikan - Dr Adham
KKM dan KPM sedang memperhalusi pengkelasan sub kluster pendidikan mengikut agensi atau kementerian yang bertanggungjawab.
![COVID-19: Peningkatan kes jangkitan di sekolah harus dipandang serius - Fahmi Fadzil COVID-19: Peningkatan kes jangkitan di sekolah harus dipandang serius - Fahmi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41618911811_haripertama.jpg)
COVID-19: Peningkatan kes jangkitan di sekolah harus dipandang serius - Fahmi Fadzil
Beliau turut berpandangan jika sekolah ditutup, pelajar akan mengalami kekangan lain seperti sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
![Lonjakan kes COVID-19 berlaku dari komuniti, sektor tertentu - Pakar Lonjakan kes COVID-19 berlaku dari komuniti, sektor tertentu - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617803785_pasarmalam.jpg)
Lonjakan kes COVID-19 berlaku dari komuniti, sektor tertentu - Pakar
Zainal tidak menolak kemungkinan kes positif yang berlaku sejak Mac berpunca daripada pembukaan beberapa sektor ekonomi dan sosial.
![Kongres Maruah Melayu: Mansuhkan sekolah vernakular, perkasakan sekolah kebangsaan Kongres Maruah Melayu: Mansuhkan sekolah vernakular, perkasakan sekolah kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81570342478_AmanatSempenaKon.jpg)
Kongres Maruah Melayu: Mansuhkan sekolah vernakular, perkasakan sekolah kebangsaan
Hanya sekolah satu aliran sahaja boleh memupuk integrasi nasional dalam kalangan generasi seterusnya, yang bakal mewarisi negara ini.