Untuk langkah selanjutnya, beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan sebarang keputusan berhubung perkara itu.
"Saya nak ucapkan takziah kepada keluarga calon Tioman yang meninggal dunia.
"Kita serahkan kepada SPR menentukan, sama ada meneruskan pilihan raya tanpa Allahyarham atau pun menetapkan tarikh baru seperti dilakukan pada DUN Padang Serai," jelasnya.
Md Yunus meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi di Hospital Rompin.
Allahyarham yang berusia 61 tahun pernah bertanding di kerusi sama pada PRU lalu dan merupakan Ketua Pas Cawangan Sungai Puteri.