Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, proses membuang undi bagi mereka adalah didaftarkan sebagai pengundi pos dan ia telah bermula pada tarikh itu.
Ujar beliau, semua kertas undi pos mula dikeluarkan semenjak tarikh berkenaan kepada anggota tersebut.
“Malah, ejen-ejen calon telah dimaklumkan oleh setiap Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengenai tarikh pengeluaran undi pos.
“Justeru, tidak timbul sebarang isu kerana ini adalah proses biasa dalam semua pilihan raya sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Pilihan Raya Umum (PRU).
Anwar terdahulu dalam satu ucapan mendakwa bahawa anggota tentera khususnya dalam kawasan parlimen Bera di Pahang sudah mengundi untuk pilihan raya kali ini.
Dakwanya lagi, sebanyak RM300 telah diberikan kepada anggota tersebut untuk berbuat demikian.
Sementara itu, Wan Junaidi ketika mengulas isu tersebut menegaskan kertas undi pos itu perlu diserahkan kepada Pejabat Pegawai Pengurusan pada waktu yang telah ditetapkan.
“Kertas undi pos perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus berkaitan sebelum jam 5 petang pada hari pengundian 19 November 2022.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian