KUALA LUMPUR : Seramai 146,737 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan pasangan terlibat pada hari pengundian awal seperti yang diwartakan dalam Daftar Pemilih Pilihanraya (DPPR) bagi Pilihan Raya Umum (PRU15) pada 15 November ini.
Menurut Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, sebanyak 153 pusat mengundi awal ATM telah diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai pusat pengundian awal bagi anggota dan pasangan di seluruh negara.
"Bagaimanapun, proses membuang undi bagi anggota yang didaftarkan sebagai Pengundi Pos telah bermula 7 November lalu sehingga 19 November 2022 sebelum jam 5.00 petang setelah menerima Sampul Keutamaan Kertas Undi Pos (SKKUP) yang dikeluarkan oleh Pegawai Pengurus (Returning Officer – RO) bagi sesuatu bahagian pilihan raya.
"Adalah menjadi harapan ATM agar proses pengundian berkenaan berjalan dengan lancar bagi membolehkan setiap anggota dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi yang sah sepertimana rakyat Malaysia yang lain.
"ATM juga sentiasa menyokong proses dan Sistem Demokrasi Berparlimen dibawah pentadbiran Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
"Atas kesetiaan kepada Agong juga, warga ATM sentiasa berpegang kepada norma-norma integriti di dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi kesejahteraan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tegasnya lagi, apa yang penting ATM akan terus beri fokus kepada keutamaan dalam memperkasakan kesiapsiagaan angkatan demi melindungi kepentingan dan kedaulatan negara pada sebilang masa.
Apatah lagi, ketika negara kini telah mula memasuki Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh yang bermula sejak 7 November dan akan berlarutan sehingga Mac 2023.
Pada hari pengundian nanti, 19 November 2022, ATM juga bersedia menghulurkan bantuan kepada pihak SPR, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa awam dalam memastikan perjalanan proses pengundian di seluruh negara berjalan dengan lancar.
Pada masa sama ianya bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara daripada sebarang kemungkinan yang tidak diingini sepanjang proses pengundian serta apabila keputusan pilihan raya diumumkan kelak.
Astro Awani
Sun Nov 13 2022
![PRU15: 146,737 anggota tentera, pasangan terlibat pada hari pengundian awal PRU15: 146,737 anggota tentera, pasangan terlibat pada hari pengundian awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668310199_PRNSarawakundiaw.jpg)
Seramai 146,737 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan pasangan terlibat pada hari pengundian awal seperti yang diwartakan dalam Daftar Pemilih Pilihanraya bagi PRU15. - Foto fail/BERNAMA
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Malaysia, Kuwait bincang perolehan pesawat F/A-18 Hornet Malaysia, Kuwait bincang perolehan pesawat F/A-18 Hornet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720733425_KhaledNordin.jpg)
Malaysia, Kuwait bincang perolehan pesawat F/A-18 Hornet
Malaysia sedang berbincang dengan Kuwait bagi memperoleh pesawat F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.
![Perolehan pesawat Hornet diputuskan selepas laporan teknikal diterima - Adly Perolehan pesawat Hornet diputuskan selepas laporan teknikal diterima - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720263519_AdlyZahari.jpg)
Perolehan pesawat Hornet diputuskan selepas laporan teknikal diterima - Adly
Perolehan pesawat tempur Hornet akan diputuskan selepas Kementerian Pertahanan memperoleh laporan lengkap daripada pasukan teknikal TUDM.
![Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716105271_MLBATTmeninggaldun.jpg)
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
![Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713850975_khalednordinjpg.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
![Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712575829_JefryDarus.jpg)
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
![ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710487690_TBTUANKUSYEDFAIZ.jpg)
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
![MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710040301_KhaledNordin.jpg)
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
![Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710038774_maktabtenteradiraj.jpg)
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
![Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707825268_KhaledNordin.jpg)
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
![Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679546899_JudgeGavel.jpg)
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.