KUALA LUMPUR: Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan secara bersekali dilihat sebagai praktikal kerana berupaya memberi impak positif terhadap peratusan keluar mengundi.
Penganalisis politik Profesor Datuk Nasrudin Mohammed berkata ini kerana pelaksanaan PRN dan PRU secara serentak akan melibatkan seluruh negara dan dapat mempengaruhi psikologi kelompok sekali gus mencetuskan minat, perhatian dan semangat di luar kebiasaan.
"Ini cadangan yang baik kerana mengambil kira semua pertimbangan antaranya penjimatan kos dan masa. Namun ia melibatkan perancangan dan pentadbiran yang sangat kompleks terutama di pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Pelaksanaan PRN dan PRU bersekali tidak mustahil namun memerlukan penelitian yang mendalam dan mengambil kira banyak elemen sama ada di pihak kerajaan, parti politik mahupun pengundi," katanya kepada Bernama.
Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata PRN dan PRU akan datang perlu disekalikan kerana ia lebih memudahkan manakala rakyat juga tidak perlu mengeluarkan belanja beberapa kali pulang ke kampung untuk mengundi.
Beliau berkata peratusan keluar mengundi pada PRN Sabtu lepas menunjukkan penurunan hampir di setiap saluran yang antaranya mungkin disebabkan faktor kesukaran pelepasan cuti daripada majikan untuk mengundi.
Berdasarkan data SPR semalam, Terengganu mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi pada PRN kali ini iaitu sebanyak 74.79 peratus diikuti Kedah 73.86 peratus, Pulau Pinang (72.67), Selangor (72), Negeri Sembilan (68.35) dan Kelantan (60.96).
Mengulas mengenai peratusan keluar mengundi itu, Nasrudin berkata trend sentimen pengundi pada PRN kali ini berbeza dengan PRU lepas terutama melibatkan faktor lokaliti, isu tempatan, kos dan masa yang tidak sesuai untuk pengundi pulang ke daerah mengundi.
Bagaimanapun, beliau berkata pengundi Pantai Timur, khususnya Terengganu, terkecuali dengan faktor itu kerana orientasi mereka terhadap penyertaan politik melalui pilihan raya agak fokus dan komitmen yang diberikan mereka adalah sangat padu.
"Pengundi Kelantan pula meyakini bahawa kepimpinan ulama, melalui PAS, hampir-hampir mustahil boleh ditumbangkan, apatah lagi apabila isu DAP yang dikatakan menguasai keputusan politik kerajaan semasa dimain-mainkan melalui media sosial secara berterusan.
"Peratusan bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan memperlihatkan kecondongan pengundi kepada isu-isu yang berlegar di lokaliti serta menggambarkan juga tahap keyakinan pengundi terhadap jangkaan keputusan pilihan raya," katanya.
Bagi penganalisis politik G. Manimaran, cadangan agar PRN dan PRU disekalikan pada masa depan harus dipertimbang kerana berdasarkan pemerhatian beliau, masih ramai yang keliru mengenai kewajaran mengundi secara berasingan.
"Ada yang menganggap sebelum ini sudah ada pilihan raya untuk Parlimen (PRU), mengapa sekarang sekarang masih perlu mengundi sekali lagi (PRN). Mereka tidak nampak perbezaannya, khususnya anak muda, sebab mereka kurang didedahkan tentang proses pilihan raya dan kepentingan undi dalam pembentukan kerajaan.
"Kerana itu saya berpendapat perlunya juga ada literasi pilihan raya agar masyarakat memahami bahawa proses pilihan raya ini sebenarnya sama penting dengan tanggungjawab kita mengisi borang e-Filing cukai pendapatan yang wajib diisi dan diisytihar," katanya.
Pada masa sama, penulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Tadbir dan Menang itu berharap SPR dapat menyediakan kemudahan yang sesuai bagi memudahcarakan orang ramai menunaikan hak mereka pada masa depan.
Beliau berkata ini termasuk mewujudkan pusat undi berpusat di negeri yang tiada pilihan raya bagi memastikan mereka yang berada di luar negeri masih dapat melaksanakan tangunggjawab masing-masing walaupun tidak dapat pulang ke negeri asal disebabkan kekangan masa, tuntutan pekerjaan dan kos.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
Dr Nasrudin berkata, pelaksanaan PRN dan PRU secara serentak akan melibatkan seluruh negara dan dapat mempengaruhi psikologi kelompok sekali gus mencetuskan minat, perhatian dan semangat di luar kebiasaan. - Foto fail/BERNAMA
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Kerusi PRN Johor: Amanah pastikan tiada pertembungan dengan BN - Mahfuz
Tindakan Amanah Johor tuntut bilangan kerusi dalam Pilihan Raya Negeri merupakan perkara biasa yang menjadi lumrah dalam proses perundingan, kata Naib Presiden Amanah.
BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Hajiji yakin kerjasama GRS, PH Sabah bawa kejayaan pada PRN akan datang
Hajiji berkata, keyakinan itu berdasarkan penerimaan rakyat yang meningkat terhadap Gagasan Rakyat yang merupakan parti komponen GRS.
Rusia adakan pilihan raya di wilayah Ukraine
Pilihan raya itu melibatkan puluhan wilayah serata Rusia bagi memilih gabenor dan penggubal undang-undang baharu.
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
Semua pihak bertanggungjawab atas keputusan PRN - Majlis Ulama UMNO
Majlis Ulama UMNO berkata, tanggungjawab itu tidak hanya diletakkan ke atas individu tertentu sahaja.
PRN: Rakyat Selangor buat keputusan tepat, iktiraf Pasukan Perpaduan - Amirudin
Amirudin berkata, keputusan tepat telah dibuat oleh rakyat Selangor dengan memberikan semula mandat kepada Kerajaan Perpaduan.
PRN: PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi
Perikatan Nasional (PN) Kedah mencipta sejarah apabila beriaya membolot sebanyak 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
[LAPOR LANGSUNG]: Kerajaan di enam negeri kekal
Proses demokrasi berjalan lancar di semua 3,190 pusat mengundi bagi PRN di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi PRK Parlimen K. Terengganu
PRN: Sentimen 'perlukah keluar mengundi' jadi kebimbangan
Hannah Yeoh melihat ada petanda positif menerusi jumlah kehadiran pada ceramah-ceramah yang diadakan.