Abdul Hadi akan persembah calon Menteri Besar Terengganu
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizal Zainal Abidin bagi mempersembahkan calon yang akan diangkat sebagai menteri besar bagi membentuk kerajaan baharu.
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, majlis angkat sumpah menteri besar akan dilakukan sebaik mendapat perkenan Sultan.
BERITA PENUH DI SINI
PM Anwar ucap terima kasih kepada semua pengundi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyatakan akan terus mengenang sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan.
BERITA PENUH DI SINI
Calon MB Negeri Sembilan, Aminuddin atau Jalaluddin?
Teka-teki calon Menteri Besar Negeri Sembilan sama ada dari Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) hanya akan terjawab pada Isnin.
Jika calon pemimpin nombor satu negeri itu akan dilantik daripada PH, semestinya Datuk Seri Aminuddin Harun yang bakal mengangkat sumpah manakala jika daripada BN, nama Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang menjadi sebutan.
BERITA PENUH DI SINI
MB baharu Kelantan perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan Pusat
Menteri Besar Kelantan yang baharu perlu berintegriti dan menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan Pusat demi kesejahteraan rakyat di negeri itu.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Rusdi Omar, berkata kerjasama itu penting untuk memastikan Kelantan tidak ketinggalan dalam segala aspek seperti isu ketidakseimbangan pembangunan negeri dan wilayah, ekonomi, selain penyelesaian masalah air yang berlarutan di negeri tersebut.
BERITA PENUH DI SINI
Ada mesej, kebimbangan yang ingin disampaikan pengundi Melayu - Penganalisis
Kecenderungan majoriti pengundi yang memberikan peratusan kemenangan tinggi untuk Perikatan Nasional (PN) dalam enam pilihan raya negeri yang lepas, menunjukkan ada kebimbangan yang ingin disampaikan kaum Melayu kepada Kerajaan.
Penganalisis Sosio-politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Awang Azman Awang Pawi berkata, kaum Melayu sebagai etnik terbesar di negara ini, dilihat mempunyai kerisauan yang tinggi terhadap nasib mereka, khususnya tentang hak dan kesejahteraan hidup.
BERITA PENUH DI SINI
Kekalahan teruk UMNO bukti Melayu tolak DAP - Penganalisis
UMNO sekali lagi berdepan dengan penolakan orang Melayu selepas keputusan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam menyaksikan parti Melayu itu hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi.
Ia susulan dipercayai tindakan parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan.
BERITA PENUH DI SINI
MB baharu Kelantan perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan Pusat
Menteri Besar Kelantan yang baharu perlu berintegriti dan menjalin hubungan yang baik dengan kerajaan Pusat demi kesejahteraan rakyat di negeri itu.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Rusdi Omar, berkata kerjasama itu penting untuk memastikan Kelantan tidak ketinggalan dalam segala aspek seperti isu ketidakseimbangan pembangunan negeri dan wilayah, ekonomi, selain penyelesaian masalah air yang berlarutan di negeri tersebut.
BERITA PENUH DI SINI
Dakwa hampir 2,000 kertas undi hilang, calon PH mahu fail petisyen
Calon Pakatan Harapan (PH) N.49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Zawawi Ahmad Mughni akan memfailkan petisyen pilihan raya susulan dakwaan hampir 2,000 kertas undi di kawasan itu hilang ketika proses penjumlahan undi pada Sabtu.
Jelasnya, laporan polis akan dibuat hari ini dan petisyen pilihan raya pula dalam tempoh 21 hari.
BERITA PENUH DI SINI
Presiden UMNO perlu jumpa akar umbi, nilai semula kerjasama dengan DAP - Isham Jalil
Kepimpinan UMNO perlu membuat pertimbangan semula, termasuk mengenai kerjasama dengan DAP, untuk mengelakkan parti Melayu itu pupus pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menuntut agar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berjumpa dengan akar umbi untuk menjernihkan yang keruh dan memperbaiki keadaan.
BERITA PENUH DI SINI
UMNO perlu buat sesuatu jika tidak mahu 'pupus' - Isham
Kekalahan UMNO pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri merupakan satu tamparan hebat buat parti dan ahli pimpinan tertinggi supaya segera lakukan ‘sesuatu’ untuk mendapatkan semula kepercayaan pengundi.
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, UMNO berhadapan kekalahan yang begitu teruk kerana hanya memenangi sebanyak 19 kerusi daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
BERITA PENUH DI SINI
Kemenangan besar PN bukti rakyat yakin, mahu perubahan - Hamzah
Kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di Terengganu, Kedah dan Kelantan pada pilihan raya di enam negeri membuktikan rakyat kukuh dan yakin kepada gabungan parti tersebut.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pada masa yang sama, peningkatan besar undian kepada PN di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan memberikan gambaran bahawa rakyat mahukan perubahan.
BERITA PENUH DI SINI
Menteri Besar Kedah angkat sumpah pagi esok
Menteri Besar Kedah yang ke-15 dijadual mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit dekat sini, pagi esok.
Menurut surat jemputan media yang dikeluarkan pihak Istana Kedah, istiadat angkat sumpah jawatan itu akan berlangsung pada jam 9 pagi.
BERITA PENUH DI SINI
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menempelak kenyataan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mencadangkan jawatan Menteri Besar negeri itu diserahkan kepada Barisan Nasional (BN).
Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya akar umbi parti.
BERITA PENUH DI SINI
PRN: 'Jangan buat spekulasi' - Guan Eng
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng meminta semua pihak termasuk media tidak membuat spekulasi mengenai ketidakhadirannya di pusat penjumlahan undi Pakatan Harapan- Barisan Nasional (PH-BN) pada malam Sabtu.
Guan Eng yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih berkata, beliau perlu berada di pusat penjumlahan undi di Kompleks Masyarakat Penyayang untuk menyaksikan sendiri proses pengiraan undi di situ.
BERITA PENUH DI SINI
PRN: Kerjasama dengan Pusat akan dijalin secara matang - Ahmad Samsuri
Walaupun Terengganu tiada wakil parti pembangkang yang sealiran dengan kerajaan Persekutuan, ia bukan halangan untuk mewujudkan jalinan kerjasama secara baik dan matang antara kerajaan negeri dan Pusat.
Menteri Besar sementara, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu akan diperincikan dan ditambah baik bagi memastikan kelancaran dalam pentadbiran kerajaan baharu yang bakal dibentuk.
BERITA PENUH DI SINI
PRN: Pencapaian terbaik PN di enam negeri - Sanusi
Pencapaian Perikatan Nasional (PN) di enam negeri pada pilihan raya negeri (PRN) menunjukkan prestasi yang baik.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, biarpun kekal mentadbir di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu namun pencapaian di tiga lagi negeri amat memberangsangkan.
BERITA PENUH DI SINI
Selangor umum Isnin cuti peristiwa sempena kejayaan PH-BN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengisytiharkan 14 Ogos 2023 (Isnin) sebagai cuti kelepasan am.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim menerusi satu kenyataan media pada Ahad.
BERITA PENUH DI SINI
Ahmad Zahid perlu letak jawatan - Idris Jusoh
Bekas Pengerusi UMNO Terengganu, Tan Sri Idris Jusoh mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan besar dialami Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu.
Menerusi satu hantaran ringkas di laman sosial Facebooknya pada Ahad, Idris turut menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan tertinggi yang disandangnya di dalam parti itu.
BERITA PENUH DI SINI
MB Negeri Sembilan angkat sumpah 3 petang esok
Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah pada Isnin, jam 3 petang.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam sidang media, di sini, pada Ahad.
BERITA PENUH DI SINI
PRN: Pas luaskan penguasaan di Pulau Pinang
Pas berjaya meluaskan penguasaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang apabila menang di tujuh daripada 10 kerusi ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN).
Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata, selain dapat mengekalkan DUN Penaga, parti itu menang di Pinang Tunggal, Permatang Berangan, Permatang Pasir, Sungai Bakap dan Pulau Betong.
BERITA PENUH DI SINI
Usaha tukar kerajaan Persekutuan masih boleh berlaku - Abdul Hadi
Usaha menukar kerajaan Persekutuan boleh berlaku walaupun Perikatan Nasional (PN) hanya memenangi pilihan raya negeri (PRN) di tiga negeri.
BERITA PENUH DI SINI
'Tiada pembangkang, rakyat boleh kritik kerajaan' - Abdul Hadi
Pas menggalakkan budaya menasihati termasuk rakyat boleh mengkritik kerajaan bagi memastikan berlaku semak dan imbang dalam kerajaan.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu Terengganu tidak mempunyai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada penggal ini.
BERITA PENUH DI SINI
PRN: UMNO harus berubah jika tidak mahu terus dilupakan - Ketua Pemuda
Parti politik Melayu terbesar, UMNO perlu berubah sekiranya tidak mahu dilupakan terus oleh rakyat pada masa depan.
Gesaan itu disuarakan Ketua Pemuda parti itu, Dr Muhamad Akmal Saleh yang turut menyarankan pemimpin UMNO mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti itu.
BERITA PENUH DI SINI
Chow Kon Yeow angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang
Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua.
Kon Yeow, 65, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada jam 9.30 pagi di Seri Mutiara.
BERITA PENUH DI SINI
PRN: Serangan berlebihan PH-BN makan diri - Sanusi
Serangan secara berlebihan oleh Pakatan Harapa (PH) dan Barisan Nasional (BN) ke atas Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) akhirnya hanya memakan diri sendiri, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Menurut Pengarah Pilihan Raya PN itu, kemenangan yang dicapai oleh PN di Kedah menjadi bukti rakyat berpuas hati dengan pencapaian gabungan berkenaan sepanjang tiga tahun menerajui negeri Jelapang Padi itu.
BERITA PENUH DI SINI
PRN referendum rakyat; PN desak Anwar, Zahid letak jawatan
Perikatan Nasional (PN) mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan serta-merta.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan besar PN meraih sokongan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) menandakan bahawa gabungan itu adalah wadah utama politik bangsa Melayu pada masa kini.
BERITA PENUH DI SINI
BN Kedah akui kekalahan, terima keputusan rakyat - Mahdzir
Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan keputusan yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, BN berlapang dada terhadap keputusan yang telah diterjemahkan oleh pengundi Kedah.
BERITA PENUH DI SINI
PRN: Kemenangan Azmin di Hulu Kelang tidak signifikan - Amirudin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan kemenangan seteru politiknya yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak signifikan.
Ujarnya, kelebihan majoriti 1,000 yang menyebelahi Mohamed Azmin berikutan beberapa faktor termasuk kadar keluar mengundi yang tidak memberangsangkan.
BERITA PENUH DI SINI
Hilang kertas undi, majoriti tipis, PH-BN akan buat petisyen pilihan raya - Amirudin
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan membuat petisyen pilihan raya susulan beberapa isu yang timbul pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, beberapa perkara menjadi persoalan termasuk kehilangan kertas undi yang tidak dikembalikan di Sungai Kandis.
BERITA PENUH DI SINI
Rakyat Selangor buat keputusan tepat, iktiraf Pasukan Perpaduan - Amirudin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri itu yang memilih Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Jelasnya, keputusan tepat telah dibuat oleh rakyat Selangor dengan memberikan semula mandat kepada Kerajaan Perpaduan.
BERITA PENUH DI SINI
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
Ahmad yang memegang jawatan itu sebelum ini berkata ia susulan Pas berjaya membentuk kerajaan negeri, selepas menang 43 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
BERITA PENUH DI SINI
'Saya tak berniat pamer kertas undi' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa beliau tidak berniat untuk mempamerkan kertas undinya kepada pihak media ketika mengundi pada Pilihan Raya Negeri pada Sabtu.
Sebaliknya, beliau berkata, kertas undi itu terdedah secara tidak sengaja ketika melayani permintaan pihak media untuk mengambil gambarnya.
BERITA PENUH DI SINI
Rina Harun tersungkur lagi, tewas di DUN Batu Tiga
Usaha Datuk Seri Rina Harun untuk kembali bergelar wakil rakyat tidak kesampaian selepas beliau tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu terpaksa akur selepas memperoleh 25,682 undi, sekali gus kalah kepada calon Pakatan Harapan (PH), Danial Al-Rashid yang memperoleh 29,064 undi.
BERITA PENUH DI SINI
BN terima keputusan rakyat, tekad terus perkasa sinergi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) dan Kerajaan Perpaduan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri yang telah diterjemahkan oleh rakyat pada hari ini, kata Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam satu kenyataan malam ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata, keputusan yang diumumkan telah mengekalkan penguasaan Kerajaan Perpaduan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
BERITA PENUH DI SINI
Keputusan keseluruhan bagi PRN Selangor
Keputusan keseluruhan bagi PRN Selangor
— Astro AWANI (@501Awani) August 12, 2023
Pakatan Harapan = 32 kerusi
Barisan Nasional = 2 kerusi
Perikatan Nasional = 22 kerusi
Layari https://t.co/xqwqOSTriK untuk keputusan penuh #6NegeriMemilih pic.twitter.com/MbABFQEA1K
Keputusan keseluruhan bagi PRN Pulau Pinang
Keputusan keseluruhan bagi PRN Pulau Pinang
— Astro AWANI (@501Awani) August 12, 2023
Pakatan Harapan = 27 kerusi
Barisan Nasional = 2 kerusi
Perikatan Nasional = 11 kerusi
Layari https://t.co/xqwqOSTriK untuk keputusan penuh #6NegeriMemilih pic.twitter.com/VSdG2DPlNs
Cuti peristiwa khas Isnin ini di Negeri Sembilan
Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan cuti peristiwa khas pada Isnin selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan.
Menteri Besar Negeri Sembilan itu membuat pengumuman tersebut pada sidang media di Seremban dalam majlis meraikan kemenangan calon-calon kedua-dua parti pada Sabtu.
BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan Perpaduan hormat kehendak rakyat, tekad kerja lebih keras demi negara - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini meminta gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional untuk menghormati keputusan PRN, yang menyaksikan kedudukan ‘status quo’ di enam negeri terbabit.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, keputusan itu diperoleh dari system demokrasi, dan pilihan rakyat harus dihormati dengan baik, dan sebarang masalah perundangan yang timbul harus dibuat mengikut jalur hukum dan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
BERITA PENUH DI SINI
Keputusan keseluruhan bagi PRN Negeri Sembilan
Keputusan keseluruhan bagi PRN Negeri Sembilan
— Astro AWANI (@501Awani) August 12, 2023
Pakatan Harapan = 17 kerusi
Barisan Nasional = 14 kerusi
Perikatan Nasional = 5 kerusi
Layari https://t.co/xqwqOSTriK untuk keputusan penuh #6NegeriMemilih pic.twitter.com/oYRKQ8N1Ak
Kerajaan di enam negeri kekal
Pentadbiran kerajaan di enam negeri yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kekal.
Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) terus menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional (PN) pula mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu.
BERITA PENUH DI SINI
Keputusan keseluruhan bagi PRN Terengganu
Keputusan keseluruhan bagi PRN Terengganu
— Astro AWANI (@501Awani) August 12, 2023
Perikatan Nasional = 32 kerusi
Layari https://t.co/xqwqOSTriK untuk keputusan penuh #6NegeriMemilih pic.twitter.com/McwmJ7i9iA
PH-BN dominasi PRN Negeri Sembilan - SPR
Selangor kekal milik PH
Lim Guan Eng kekal ADUN Air Putih
Pengerusi DAP Lim Guan Eng berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, untuk penggal keempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada malam ini, Lim menang dengan majoriti 7,923 undi apabila mendapat 8,996 undi.
BERITA PENUH DI SINI
PN peroleh majoriti mudah di Kedah - SPR
Keputusan keseluruhan bagi PRN Kedah
Keputusan keseluruhan bagi PRN Kedah
— Astro AWANI (@501Awani) August 12, 2023
Perikatan Nasional = 33 kerusi
Pakatan Harapan = 3 kerusi
Layari https://t.co/xqwqOSTriK untuk keputusan penuh #6NegeriMemilih pic.twitter.com/TpMkIc3GB8
PH peroleh majoriti mudah di Pulau Pinang - SPR
Keputusan keseluruhan bagi PRN Kelantan
Keputusan keseluruhan bagi PRN Kelantan
— Astro AWANI (@501Awani) August 12, 2023
Perikatan Nasional = 43 kerusi
Pakatan Harapan = 1 kerusi
Barisan Nasional = 1 kerusi
Layari https://t.co/xqwqOSTriK untuk keputusan penuh #6NegeriMemilih pic.twitter.com/jwpyTXPqtS
Sah! Pas peroleh majoriti mudah di Kelantan - SPR
Gabungan PH-BN bentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang selepas menang pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15).
Sehingga jam 10 malam gabungan itu berjaya memenangi majoriti 29 kerusi daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan keputusan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
BERITA PENUH DI SINI
PN Kedah 'makan besar' takluk 33 kerusi
Perikatan Nasional (PN) Kedah mencipta sejarah apabila beriaya membolot sebanyak 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
Angka itu sekali gus menyaksikan PN di Kedah memperoleh kedudukan selesa bagi menubuhkan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN15) kali ini.
BERITA PENUH DI SINI
Sah! Pas peroleh majoriti mudah di Terenganu
Mahdzir Khalid kalah di Pedu
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
Beliau kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas yang juga penyandang kerusi DUN itu Mohd Radzi Md Amin dengan majoriti 6,373 undi.
BERITA PENUH DI SINI
Dua bekas pemain bola sepak negara menang dalam PRN
Baddrol Bakhtiar yang merupakan bekas ketua pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sabah FC, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun dengan memperoleh sebanyak 17,771 undi.
Sementara itu, Muhamad Radhi Mat Din yang merupakan legenda bola sepak Kedah, mengalahkan Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu, dengan majoriti 10,104 undi.
BERITA PENUH DI SINI
Aminuddin pertahan kerusi DUN Sikamat
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
Menerusi saingan empat penjuru, Ahli Parlimen Port Dickson itu menang dengan majoriti 2,662 undi.
BERITA PENUH DI SINI
[RASMI] Hilman pertahan Gombak Setia, tewaskan Pengerusi UMNO Selangor
Calon Perikatan Nasional (PN), Hilman Idham berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Gombak Setia menewaskan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan calon bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali.
Hilman yang juga penyandang kerusi DUN itu hanya meraih 58 undi majoriti dengan 30,299 undi meninggalkan Megat Zulkarnain yang mendapat 30,241 undi.
BERITA PENUH DI SINI
Semenyih milik PN, Nushi tewaskan calon BN
Perikatan Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih selepas calonnya, Nushi Mahfodz menang dengan majoriti 1,262 undi.
Nushi yang juga Ketua Penerangan Pas Selangor memperoleh 37,068 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wan Zulaika Anua (35,806 undi).
BERITA PENUH DI SINI
[RASMI] Anthony Loke pertahan Chennah
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalahkan sahabat baiknya yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Rosmadi Arif sekali gus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, hari ini.
Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Menteri Pengangkutan itu menang dengan majoriti 2,200 undi selepas memperoleh 5,888 undi, sementara Rosmadi mendapat 3,688 undi.
BERITA PENUH DI SINI
Reezal Merican menang di Bertam
Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berjaya memperoleh 10,453 undi untuk memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, Reezal Merican menang dengan majoriti 2,321 undi.
BERITA PENUH DI SINI
Dr Afif menang tipis DUN Taman Medan, tewaskan PH
Calon Perikatan Nasional (PN), Dr Afif Bahardin berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.33 Taman Medan menewaskan saingannya daripada Pakatan Harapan (PH), Ahmad Akhir Pawan Chik.
Dr Afif menewaskan Ahmad Akhir dengan majoriti tipis sebanyak 30 undi sahaja.
BERITA PENUH DI SINI
Pas peroleh majoriti mudah di Kelantan, Terengganu - SPR
Pas mempertahankan Kelantan dan Terengganu selepas memperolehi majoriti mudah di kedua-dua negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Pas menawan 17 daripada 32 kerusi yang diperuntukkan di Kelantan.
BERITA PENUH DI SINI
[RASMI] PRN: Amirudin pertahan Sungai Tua
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Sungai Tua menewaskan dua saingannya masing-masing daripada Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.
Amirudin berjaya mendapat majoriti 5,185 undi dengan jumlah 19,678 undi meninggalkan Hanif Jamaluddin (PN) yang meraih 14,493 undi.
BERITA PENUH DI SINI
Azmin Ali menang di Hulu Kelang
Percaturan Perikatan Nasional (PN) meletakkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang membuahkan hasil selepas bekas Menteri Besar Selangor itu menang di kerusi berkenaan.
Keputusan rasmi di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan Mohamed Azmin menang dengan majoriti 1,617 undi.
BERITA PENUH DI SINI
Ayahanda Cikton tersungkur di Pandan Indah
Calon Perikatan Nasional (PN), Fazil Mohamad Dali atau Ayahanda Cikton tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia (ACT) itu kalah kepada penyandang kerusi tersebut, Izham Hashim daripada Pakatan Harapan (PH).
BERITA PENUH DI SINI
'Terima kasih Lembah Jaya, saya akan mula tugas seawal subuh esok' - Altimet
Calon Pakatan Harapan (PH), Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengundi Lembah Jaya atas mandat diberikan kepadanya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.
Menerusi satu kenyataan media, Syed Ahmad berkata tiada lagi perbezaan antara parti kerana beliau akan berkhidmat untuk semua rakyat Lembah Jaya.
BERITA PENUH DI SINI
PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Kuala Terengganu, dengan dua bekas Menteri Besar Terengganu dari UMNO kecundang.
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
BERITA PENUH DI SINI
Ahmad Yakob kekal di DUN Pasir Pekan
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengekalkan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini, Pesuruhjaya PAS Kelantan berusia 72 tahun itu, menang dengan majoriti 12,811.
BERITA PENUH DI SINI
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mahfuz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN) Muhamad Radhi Mat Din dengan majoriti 10,104 undi.
BERITA PENUH DI SINI
PRN: Tunjuk kertas undi dipangkah adalah salah - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan tindakan menunjukkan kertas undi yang sudah dipangkah kepada umum adalah satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Razarudin berkata, polis akan menjalankan siasatan sekiranya ada pihak tampil membuat laporan polis terhadap kes terbabit.
BERITA PENUH DI SINI
[TIDAK RASMI] Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal sejak 1990, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu yang menjadi wakil Barisan Nasional (BN) dikalahkan pencabarnya, Datuk Razali Idris (Pas) dengan majoriti 3,620.
BERITA PENUH DI SINI
[RASMI] Altimet menang di Lembah Jaya
Calon Pakatan Harapan (PH), Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad menang kerusi N.20 Lembah Jaya menewaskan saingannya Sharifah Haslizah Syed Arifin calon Perikatan Nasional (PN).
Syed Ahmad berjaya meraih 26,298 undi dengan majoriti 6,678 undi meninggalkan Sharifah Haslizah yang hanya meraih 19,620 undi.
BERITA PENUH DI SINI
[TIDAK RASMI] PRN: Kerajaan di enam negeri kekal
Pentadbiran kerajaan di enam negeri pilihan raya negeri (PRN) kekal berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 9.30 malam, Sabtu.
Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) terus menguasai Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan manakala Perikatan Nasional (PN) mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu.
BERITA PENUH DI SINI
PDRM adakan sekatan jalan raya bermula tengah malam ini - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan sekatan jalan raya selepas 12 tengah malam ini di seluruh negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata sekatan jalan raya berkenaan adalah untuk ketenteraman awam dan keselamatan.
BERITA PENUH DI SINI
[RASMI] PN menang kerusi DUN Sungai Burong
Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.
Pengumuman secara rasmi dibuat Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Burong sebentar tadi.
Calon PN, Dr Zamri Mantop menang dengan majoriti 6,842 undi dengan jumlah 15,447 undi meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Ustaz Khir yang mendapat 8,605 undi.
BERITA PENUH DI SINI
Peti undi mula tiba di pusat penjumlahan rasmi undi
Peti undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri mula tiba di pusat penjumlahan rasmi undi selepas proses pengundian tamat secara rasmi pada 6 petang.
Pusat pengundian ditutup secara berperingkat-peringkat bermula pukul 1 tengah hari hingga 6 petang tadi bergantung kepada kedudukan kawasan yang terlibat.
BERITA PENUH DI SINI
Polis Terengganu terima empat laporan MyKad diguna individu lain
olis Terengganu mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan kad pengenalan (MyKad) digunakan individu lain di pusat mengundi di Marang dan Kuala Terengganu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, laporan itu diterima daripada pengadu yang mendakwa tidak dapat menunaikan tanggungjawab mengundi selepas mendapati butiran peribadi mereka itu telah digunakan individu lain.
BERITA PENUH DI SINI
Bas bukan bawa pengundi hantu - Polis
Polis Kedah mengesan satu video tular di media sosial berkaitan dakwaan beberapa buah bas yang membawa pengundi hantu bagi pilihan raya negeri (PRN) di daerah Kuala Muda pada Sabtu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh menegaskan, dakwaan tersebut tidak benar kerana bas itu disewa oleh polis dari Kuala Lumpur dan Kedah untuk membawa petugas polis di sekitar daerah berkenaan.
BERITA PENUH DI SINI
Masyarakat Siam Kedah tunai tanggungjawab mengundi
Sebagaimana rakyat Malaysia lain yang layak memilih, masyarakat Siam di Kedah hari ini turut bersama-sama keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
BERITA PENUH DI SINI
Dakwaan kad pengenalan diguna orang lain, polis buka dua kertas siasatan
Polis membuka dua kertas siasatan berkaitan laporan dakwaan penggunaan kad pengenalan oleh individu lain di dua pusat pengundian di Sungai Buloh, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa'aton Abu Bakar berkata, laporan diterima melibatkan dua pengundi masing-masing di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh dan pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari.
BERITA PENUH DI SINI
Laporan langsung dari Negeri Sembilan
Laporan langsung dari kawasan DUN Derga, Kedah
Laporan dari Kelantan selepas pusat undi ditutup
"Itu bukan bahan kempen kami" - Calon PH Seberang Jaya
Calon Pakatan Harapan (PH) Seberang Jaya, Johari Kassim menafikan cetakan kertas seakan-akan kertas undi yang dikatakan diedarkan di khemah milik PH berhampiran pusat pengundian adalah bahan kempen milik mereka.
Johari berkata, dia tidak tahu menahu mengenai cetakan kertas itu dan hanya mengetahui mengenai perkara berkenaan selepas melihat kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook lawannya, calon Perikatan Nasional (PN), Izhar Shah Arif Shah.
BERITA PENUH DI SINI
Pusat mengundi tutup, proses pengiraan bermula
Suasana sebaik sahaja pusat mengundi ditutup di Kedah
Pusat mengundi di enam negeri, PRK Kuala Terengganu ditutup
Kesemua 3,190 pusat mengundi bagi pilihan raya di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dibuka sejak 8 pagi tadi ditutup pada 6 petang ini.
Bergantung kepada kedudukan kawasan pusat mengundi, beberapa pusat pengundian mula ditutup secara berperingkat seawal pukul 1 tengah hari sebelum pengundian berakhir pada 6 petang.
BERITA PENUH DI SINI
Terima kasih, petugas SPR dan anggota keselamatan
Terima kasih petugas-petugas yg membantu melancarkan proses pengundian hari ini #6NegeriMemilih @501Awani pic.twitter.com/gJKxc19kA4
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 12, 2023
Pengundi diharap gunakan masa berbaki untuk tunai tanggungjawab
Enggan ketinggalan, pengundi berlari ke pusat mengundi
Calon Bebas, M Satees buat laporan polis dakwa terima ugutan
Calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan, M Satees membuat laporan polis mendakwa menerima ugutan daripada calon sebuah parti politik yang bertanding di kerusi sama serta beberapa individu lain.
Dakwa Satees, kejadian berlaku di sebuah pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Nyior, ketika dia bersama ejennya hadir untuk memeriksa peti undi.
BERITA PENUH DI SINI
Calon PN buat laporan polis, peti undi tidak ditutup sempurna
Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Terubong Ooi Ghee Oon membuat dua laporan polis meminta siasatan polis dilakukan susulan insiden peti undi didakwa tidak ditutup dengan baik dan sempurna.
Ghee Oon yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut jam 3 petang tadi berkata, kejadian dilaporkan berlaku di dua lokasi iaitu di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Relau dan Dewan Blok 4E, di Farlim.
BERITA PENUH DI SINI
Warga emas meninggal dunia selepas rebah di pusat mengundi
Belum sempat mengundi, seorang wanita warga emas rebah sebelum meninggal dunia ketika hadir untuk menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan Rokan, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang berusia 83 tahun sempat mencelup jari dalam dakwat sebelum rebah dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gemencheh.
BERITA PENUH DI SINI
Polis terima tiga laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain untuk mengundi
Polis menerima tiga laporan berkaitan nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, setakat ini.
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata dua laporan berkenaan diterima di daerah Kulim manakala satu laporan di daerah Kuala Muda.
BERITA PENUH DI SINI
Pasangan warga emas berkerusi roda tunaikan hadir mengundi
Sakit berkaitan saraf yang menyukarkan pergerakan sepasang suami isteri warga emas di sini tidak menghalang mereka menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Meskipun terpaksa bertongkat dan berkerusi roda, Mat Nordin Mat Aroff, 75, dan isteri, Noriah Saad, 69, tidak mahu terlepas peluang memilih sendiri wakil mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN).
BERITA PENUH DI SINI
Sekilas gelagat di pusat mengundi...
Saya dah undi..anda..?Apa-apa pun, kita selfie dulu..#AWANInews #6NegeriMemilih pic.twitter.com/egFLV2ybv0
— Astro AWANI (@501Awani) August 12, 2023
Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi?
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa telah melakukan pelanggaran terhadap Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, apabila dengan sengaja menayang kertas undi beliau kepada petugas media.
Memetik perkongsian seorang pengguna laman X, @La_FarEast, gambar yang dilampirkan jelas menunjukkan Muhammad Sanusi, mempamerkan pilihan beliau di atas kertas undi itu, sebelum memasukkannya ke dalam kotak undi.
BERITA PENUH DI SINI
Tak berkaki kiri, Mohd Zulkifli tetap keluar mengundi
Kekurangan fizikal tidak menghalang seorang pembaiki telefon bimbit, Mohd Zulkifli Mohammad, 35 tahun, untuk keluar menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.
“Walaupun bertongkat, ia tidak mematahkan semangat saya. Kita sebagai rakyat mesti undi, itu memang tanggungjawab kita.
BERITA PENUH DI SINI
Lunas tanggungjawab, ada kepuasan lain pula!
Dah selesai mengundi, jangan lupa tunjukkan jari anda di mana-mana premis yang terpilih untuk mendapatkan diskaun..Haa..untungkan pergi mengundi...
— Astro AWANI (@501Awani) August 12, 2023
Lima anak muda menunjukkan jari mereka tanda sudah selesai menjalankan tanggungjawab mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Subang… pic.twitter.com/wJaovyhdPV
Peniaga tawar kopi RM5 kepada pengundi di Klang
Macam-macam cara untuk beri motivasi!
Pengusaha perniagaan Kopi Kembwang di Jalan Sungai Saim, Kampung Rantau Panjang, Klang menawarkan harga istimewa buat pengundi.
Menurut pemiliknya, Amirul Amin Ahmad, 34, tujuannya membuat promosi itu adalah untuk menggalakkan pengundi di Selangor terutama di Klang untuk keluar menunaikan tanggungjawab.
BERITA PENUH DI SINI
Lima negeri catat peratusan keluar mengundi lebih 60 peratus setakat 4 petang
Lima negeri mencatatkan peratusan keluar mengundi melebihi 60 peratus setakat pukul 4 petang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 70 peratus diikuti Kedah (68 peratus), Pulau Pinang (67 peratus), Selangor (65 peratus) dan Negeri Sembilan (62 peratus).
Kelantan masih lagi rendah dengan peratusan keluar mengundi dicatatkan 56 peratus setakat 4 petang.
BERITA PENUH DI SINI
Pasangan OKU cacat penglihatan tak mahu ketinggalan mengundi
Pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan Roseri Ismail, 52, dan Rohana Abdul Manaf, 50, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.
Roseri dan Rohana yang tinggal di Kampung Namek Tua tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Seri Dusun, kira-kira pukul 9.45 pagi tadi dengan dibantu rakan mereka, Dahari Ahmad, 72, untuk mengundi bagi Dewan Undangan Negeri Belantek.
BERITA PENUH DI SINI
Peratus keluar mengundi setakat jam 4 petang
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) August 12, 2023
% pengundi keluar mengundi bagi Undi Biasa sehingga jam 4:00 petang :
PRU DUN Ke-15
Kedah : 68%
Kelantan :56%
Terengganu : 70%
Pulau Pinang :67%
Selangor : 65%
Negeri Sembilan : 62%
PRK P.036 Kuala Terengganu : 67%
Sumber: SPR
Proses pengundian di DUN Alor Mengkudu di Simpang Kuala
Wanita Orang Asli dalam pantang mengundi sambil gendong bayi
Bersemangat jalankan tanggungjawab!
Menurut Andak Oi, 20, ini merupakan pengalaman keduanya selepas kali pertama melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) lepas.
BERITA PENUH DI SINI
Pengundi Orang asli tidak lepas peluang tunai kewajipan
Ekonomi dan pengaruhnya kepada pendirian rakyat dalam menentukan pimpinan negeri
Perbandingan peratusan keluar mengundi PRU 2022 dengan PRN 2023 setakat 4 petang
Perbandingan peratusan keluar mengundi PRU 2022 dengan PRN 2023 setakat 4 petang. Dipersembahkan oleh @luqmanhriz dan @FareezAzmann pic.twitter.com/mn0WT0d9lp
— Astro AWANI (@501Awani) August 12, 2023
Ayuh, masih ada waktu lagi!
Rakyat yang cerdik adalah rakyat yang keluar mengundi..
— Astro AWANI (@501Awani) August 12, 2023
Pecutan terakhir sebelum pusat mengundi ditutup secara rasmi pada pukul 6 petang nanti.#AWANInews #6NegeriMemilih pic.twitter.com/2FbnGwHLsR
Abdul Hadi jangka PN menang lebih besar berbanding PRU15
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjangkakan Perikatan Nasional (PN) menang lebih besar pada pilihan raya negeri (PRN) ini berbanding Pilihan Raya Umum ke-15.
Menurutnya, ia susulan sokongan terhadap PN meningkat berdasarkan lawatan sepanjang kempen yang dihadirinya sebelum ini.
BERITA PENUH DI SINI
Peratus keluar mengundi setakat jam 3 petang
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) August 12, 2023
% pengundi keluar mengundi bagi Undi Biasa sehingga jam 3:00 petang :
PRU DUN Ke-15
Kedah : 63%
Kelantan :51%
Terengganu : 64%
Pulau Pinang :60%
Selangor : 58%
Negeri Sembilan : 56%
PRK P.036 Kuala Terengganu : 59%
Sumber: SPR
Ambil tahu keadaan cuaca juga...
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈#ributpetirmetmalaysia#metmalaysia#NRECC#MalaysiaMADANI pic.twitter.com/DWSX4HBkP5
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) August 12, 2023
Isu apa sebenarnya yang melingkari rakyat dan pengundi?
'Tidak sukar untuk PN menang' - Sanusi
"Saya tak gemuruh (atau) gementar hari ini, biasanya kalau tengok suasana berdebar-debar mungkin kalahlah...
"Kita pantau bukan hari ini sahaja (hari undi) malah sejak dua tiga hari yang lepas gelombang sambutan amat baik dan saya harap ia diterjemah ke kertas undi."
BERITA PENUH DI SINI
Abang Sanusi sanggup tolak 'job' di Arab Saudi, Qatar
Abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor iaitu Shabudin, 57, sanggup menolak dua tawaran kerja di Arab Saudi dan Qatar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
BERITA PENUH DI SINI
Calon PN Seberang Jaya dakwa PH langgar peraturan
Calon Perikatan Nasional (PN) Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah kesal dengan tindakan pihak lawan yang didakwa mengedarkan cetakan kertas seakan-akan kertas undi untuk diedarkan kepada orang ramai pada hari pengundian.
Dakwanya, cetakan kertas itu dikatakan diedarkan di khemah milik Pakatan Harapan (PH) berhampiran pusat pengundian.
BERITA PENUH DI SINI
Terkejut tak dapat mengundi, nama telah digunakan
Seorang wanita membuat laporan polis selepas dia tidak dapat mengundi kerana namanya didaftar sudah mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada Sabtu.
Menurut Rozana Mokhtar, 35, dari Taman Lagenda berkata, dia yang pertama kali ingin membuang undi di Kedah teruja untuk menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Mahsuri.
BERITA PENUH DI SINI
Terima kasih kerana menunaikan tanggungjawab mengundi!
Ini antara wajah-wajah yg telah selesai mengundi di DUN Gombak Setia. Kurang 3 jam lagi, ayuh para pengundi keluar jalankan tanggungjawab anda @501Awani pic.twitter.com/78F1wsYEk2
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 12, 2023
Persaingan antara penyokong tegar dan atas pagar
Peratusan keluar mengundi rendah, benarkah penyokong parti kecewa?
'Saya dah cukup umur undi'
"Ada juga yang pandang pelik bila saya beratur sama nak masuk bilik undi, mungkin sebab saya tak nampak macam budak layak mengundi.
"Selepas tunjuk kad pengenalan, baru mereka percaya," katanya.
BERITA PENUH DI SINI
Peratus keluar mengundi sehingga jam 2 petang
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) August 12, 2023
% pengundi keluar mengundi bagi Undi Biasa sehingga jam 2:00 petang :
PRU DUN Ke-15
Kedah : 56%
Kelantan :45%
Terengganu : 56%
Pulau Pinang :53%
Selangor : 51%
Negeri Sembilan : 49%
PRK P.036 Kuala Terengganu : 52%
Sumber: SPR
Agak lengang di pusat pengundian di DUN Kota Damansara
Berkerusi roda bukan halangan
“Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk mengundi. Walaupun berkerusi roda, saya pastikan akan sampai juga. Walau lambat, mesti sampai.
BERITA PENUH DI SINI
Terus jalankan tanggungjawab anda hari ini...
Antara pengundi yang selesai menjalankan tanggungjawab di DUN Gombak Setia, sebentar tadi. Jom ramai-ramai turun padang, kita mengundi!
— Astro AWANI (@501Awani) August 12, 2023
?: Astro AWANI / @hasimimuhamad2
Layari https://t.co/xqwqOSTriK untuk keputusan penuh #6NegeriMemilih pic.twitter.com/etRTgnQ5HD
Peti tidak diikat, pengundian di sebuah pusat mengundi dihenti di Paya Terubong?
Pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Relau Jalan Paya Terubong di sini kecoh apabila didapati sebuah peti undi di saluran 15 tidak diikat (seal).
Perkara itu disedari calon Perikatan Nasional bagi kerusi Paya Terubong, Ooi Ghee Oon pada jam 11.25 pagi Sabtu.
Difahamkan, akibat daripada insiden tersebut, proses pengundian di saluran berkenaan terhenti sementara menunggu pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hadir untuk membuat pemeriksaan ke atas peti undi tersebut.
BERITA PENUH DI SINI
PRN: Aliran trafik lancar pada tengah hari
Aliran trafik di seluruh negara setakat 1 tengah hari ini lancar dan tiada sebarang kesesakan luar biasa dilaporkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
LLM berkata aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) berjalan lancar dan tiada sebarang kemalangan dilaporkan setakat ini.
BERITA PENUH DI SINI
Kena 'bantai' teruk pun, Zahid Hamidi tidak akan turun - KJ
Khairy Jamaluddin menjangkakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan melepaskan jawatannya meskipun parti itu mencatatkan keputusan buruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Sebaliknya, bekas Ahli Parlimen Rembau itu yakin Ahmad Zahid akan mengambil langkah sama seperti yang dilakukan ketika Barisan Nasional (BN) tewas di kebanyakan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
BERITA PENUH DI SINI
Peratusan keluar mengundi setakat jam 1 tengah hari
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) August 12, 2023
% pengundi keluar mengundi bagi Undi Biasa sehingga jam 1:00 tengah hari :
PRU DUN Ke-15
Kedah : 49%
Kelantan :40%
Terengganu : 50%
Pulau Pinang : 46%
Selangor : 44%
Negeri Sembilan : 42%
PRK P.036 Kuala Terengganu : 47%
Sumber: SPR
'Saya nak rehat dan tidur'- Altimet
Selepas 14 hari tempoh berkempen sempena pilihan raya negeri (PRN), calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau dikenali sebagai Altimet, 45, mengakui perkara itu amat memenatkan.
Menurutnya, selepas proses pengundian selesai dia akan berehat selama satu hari.
BERITA PENUH DI SINI
PRN: Tiada cuti khas jika PH-BN menang di Pulau Pinang
Pulau Pinang tidak bercadang untuk memberi cuti khas sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional memenangi pilihan raya negeri ke-15 ini.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun PH yakin akan memenangi 30 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri, perkara itu tidak akan dilaksanakan.
BERITA PENUH DI SINI
Dakwaan gaduh dengan Takiyuddin, Mohd Amar tegaskan mengarut
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menafikan beliau bergaduh dengan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkaitan keputusan parti itu yang mahu membuat perubahan jawatan menteri besar dan timbalannya.
Beliau berkata, video tular itu sengaja merosakkan hubungan dan mencetus satu imej yang negatif dalam pimpinan Pas.
BERITA PENUH DI SINI
Peratusan keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) August 12, 2023
% pengundi keluar mengundi bagi Undi Biasa sehingga jam 12:00 tengah hari :
PRU DUN Ke-15
Kedah : 41%
Kelantan :34%
Terengganu : 42%
Pulau Pinang : 38%
Selangor : 36%
Negeri Sembilan : 35%
PRK P.036 Kuala Terengganu : 39%
Sumber: SPR
Lelaki sindrom Down teruja keluar mengundi
Meskipun kurang upaya, seorang lelaki sindrom Down teruja dan gembira kerana dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi kawasan DUN Sekinchan pada PRN Selangor hari ini.
Lim Wei Hoong, 33, mengundi di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, di sini pada 9 pagi bersama-sama dua adik perempuannya.
BERITA PENUH DI SINI
Anak muda harus dididik pilih calon bukan sebab populariti - Penganalisis politik
Generasi baharu pengundi harus dididik untuk membuat pilihan dengan baik dan bukan hanya berlandaskan populariti atau elemen hype di media sosial semata-mata.
Felo Penyelidik ILHAM Centre dan Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Teknologi MARA, Mujibu Abdul Muis berkata, didikan itu harus dilakukan dengan strategi yang betul, mengambil kira peralihan zaman.
BERITA PENUH DI SINI
Bakal pengantin sempat singgah mengundi sebelum bernikah
Biarpun perlu segera menghadiri majlis pernikahannya, bakal pengantin Abdul Qayyim Roslan tetap menunaikan kewajipan untuk mengundi pada PRN Selangor hari ini.
Pekerja swasta berusia 26 tahun itu yang ditemui di SMK Seri Keramat berkata, dia telah berbincang dengan bakal isterinya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia terlebih dahulu sebelum ke majlis akad nikah mereka.
BERITA PENUH DI SINI
Pertukaran MB Kelantan, timbalan kerana mahu semangat baharu - Abdul Hadi
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya jika Pas diberikan mandat mengekalkan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), dibuat kerana inginkan semangat baharu di negeri itu.
Beliau berkata pertukaran dua pemegang jawatan itu telah mendapat persetujuan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
BERITA PENUH DI SINI
Tiada debaran kekalahan - Sanusi
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Jeneri yakin tiada berlaku kekalahan besar melibatkan Perikatan Nasional di Kedah.
Menurut Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, hasil pemerhatian beliau mendapati, gelombang PN di Kedah masih kukuh dan mampu bertahan.
BERITA PENUH DI SINI
Khairy Jamaluddin mengundi di SMA Hj Mohd Yatim bagi kerusi DUN Kota
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Menengah Agama Hj Mohd Yatim bagi kerusi DUN Kota.#EnamNegeriMemilih@501Awani pic.twitter.com/p8TpK4cLKP
— Shuhada Kadir ?? (@shuhadakadir) August 12, 2023
Polis siasat insiden pukul di depan balai polis
Polis sedang menyiasat satu insiden pukul yang berlaku di hadapan sebuah balai polis, seperti yang tular di media sosial hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan awal mendapati insiden berlaku di sebuah Ibu Pejabat Polis di negeri Pantai Timur.
BERITA PENUH DI SINI
PRN: 131 kertas siasatan dibuka di enam negeri - Ayob Khan
Sebanyak 131 kertas siasatan dibuka di seluruh negara berhubung pelbagai kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri.
Daripada jumlah tersebut, sekurang-kurangnya 28 kertas siasatan melibatkan Selangor.
BERITA PENUH DI SINI
Sanusi, isteri selesai tunai tanggungjawab mengundi
Penyandang kerusi DUN Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya pagi ini.
Beliau yang hadir pada jam 11 pagi turut diiringi isteri beliau, Tok Puan Jusmalailani Jusoh untuk turut serta mengundi.
BERITA PENUH DI SINI
Peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) August 12, 2023
% keluar mengundi bagi Undi Biasa sehingga jam 11:00 pagi :
PRU DUN Ke-15
Kedah : 32%
Kelantan : 26%
Terengganu : 33%
Pulau Pinang : 29%
Selangor : 28%
Negeri Sembilan : 27%
PRK P.036 Kuala Terengganu : 30%
Sumber: SPR
PRN: Lebih 30 peratus keluar mengundi di Terengganu, Kedah
Peratusan keluar mengundi bagi PRN setakat 11 pagi di Terengganu merekodkan 33 peratus manakala Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 32 dan 29 peratus.
Selangor pula mencatatkan 28 peratus, Negeri Sembilan 27 peratus dan Kelantan 26 peratus.
Peratusan keluar mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu setakat 11 pagi pula adalah 30 peratus.
BERITA PENUH DI SINI
MB Kedah Datuk Seri Sanusi tiba di pusat mengundi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di SK Bandar Baru Beris Jaya untuk tunaikan tanggungjawab mengundi. #6negerimemilih @501Awani pic.twitter.com/w2VGEuok57
— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) August 12, 2023
Laluan masuk ke Rembau dilihat agak sesak
11.20 pagi
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 12, 2023
Laluan masuk ke Rembau dilihat agak sesak.
Situasi biasa atau ramai2 pergi mengundi?#EnamNegeriMemilih#NogoriMemilih@501Awani pic.twitter.com/KYWkJZ9ffO
'Saya harap kerajaan negeri tumpu peluang pekerjaan golongan muda'
Lebih 2.8 juta pengundi muda menunaikan tanggungjawab mereka di 997 pusat pengundian di seluruh negeri Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Bagi salah seorang pengundi muda, Nurain Nazuraa Mohd Ghazali, dia mengharapkan agar mandat yang diberikan kepada pemimpin dan parti politik digunakan sebaik mungkin untuk rakyat.
BERITA PENUH DI SINI
Peluang cerah buat PN kekal di Kedah, Kelantan, Terengganu - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan keyakinan Perikatan Nasional berpeluang cerah mempertahankan kerajaan negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, gabungan berkenaan juga berpeluang merampas dua negeri yang kini ditadbir Pakatan Harapan iaitu Selangor dan Negeri Sembilan.
BERITA PENUH DI SINI
Peratusan keluar mengundi setakat jam 10 pagi
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) August 12, 2023
% keluar mengundi bagi Undi Biasa sehingga jam 10:00 pagi :
PRU DUN Ke-15
Kedah : 20%
Kelantan : 17%
Terengganu : 22%
Pulau Pinang : 20%
Selangor : 19%
Negeri Sembilan : 18%
PRK P.036 Kuala Terengganu : 19%
Sumber: SPR
Tun M seru orang ramai keluar mengundi, tentukan kerajaan negeri, masa depan
Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi-pengundi di keenam-enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing sebelum pusat pengundian ditutup petang ini.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, PRN kali ini adalah platform penting bagi rakyat di negeri yang terlibat untuk memilih kerajaan yang menjadi pilihan mereka untuk lima tahun akan datang.
BERITA PENUH DI SINI
Peratusan pengundi keluar sehingga jam 9 pagi
PRU DUN ke-15
Kedah: 10%
Kelantan: 8%
Terengganu: 10%
Pulau Pinang: 10%
Selangor: 10%
N.Sembilan: 9%
PRK P.036 Kuala Terengganu: 10%
Sumber: SPR
PM Anwar mengundi di SK Seri Penanti
Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, di Penanti, hari ini.
Perdana Menteri tiba kira-kira jam 9.32 pagi ditemani isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebelum memeriksa saluran pengundiannya di pondok Suruhanjaya Pilihan Raya.
BERITA PENUH DI SINI
Analisis: Tingkat kesedaran pengundi muda
Azmin yakin PN bentuk Kerajaan Negeri Selangor malam ini
Pengerusi PN Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin gabungan itu mampu membentuk kerajaan negeri pada malam ini.
Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, keyakinan tersebut bersandarkan kepada sokongan para pengundi yang dilihat sepanjang 14 hari kempen termasuk ‘Grand Finale’ malam tadi.
BERITA PENUH DI SINI
Amirudin yakin PH-BN menang dua pertiga di Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari yakin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dapat memenangi dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor pada Pilihan Raya Negeri kali ini.
Menurut Menteri Besar Selangor itu, keyakinan beliau itu adalah pada skala 70 hingga 80 peratus.
BERITA PENUH DI SINI
Abang MB Kedah selesai membuang undi
"Mestilah undi adik saya", Abang kepada Menteri Besar Kedah, Shabudin Md Nor hadir tunaikan tanggungjawab mengundi dan pastinya sokongan terhadap adik beliau, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. #6negerimemilih @501Awani pic.twitter.com/4WAGRbdTvQ
— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) August 12, 2023
Perkembangan di SJKC Pekan, Rantau setakat 9.30 pagi
Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah mengundi di SK Titi Gajah
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah tiba di SK Titi Gajah pada jam 9.10 minit pagi sebelum masing-masing membuang undi pada jam 9.22 pagi dan 9.24 pagi.#6NegeriMemilih#KedahMemilih@501Awani pic.twitter.com/EEhiNRc9y9
— hadi (@hadi48dul) August 12, 2023
Datang awal mengundi nak jadi contoh untuk anak, orang muda
Belum pun pusat pengundian di SJKC Chung Hua, di Rantau, dibuka, sudah ramai pengundi menunggu di luar pagar sekolah untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Salah seorang daripada mereka ialah bapa kepada lima orang anak, Abdul Rahim Mohd Taib, 68 tahun.
BERITA PENUH DI SINI
Azmin Ali dan isteri selesai mengundi
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin selesai mengundi sekitar jam 9.11 pagi @501Awani pic.twitter.com/Mn0klAo4tE
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 12, 2023
Langit gelap, hujan mula turun di Seremban
Langit gelap, hujan mula turun di Seremban.
— Shuhada Kadir ?? (@shuhadakadir) August 12, 2023
Kepada pengundi di Negeri Sembilan, sila rancang perjalanan anda. pic.twitter.com/roONXFDF0K
Perkembangan di SK Titi Gajah, Alor Setar setakat 9 pagi
Perkembangan PRK Kuala Terengganu setakat 9 pagi
Tok Mat selesai mengundi di Rantau
Calon BN bagi DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan selesai mengundi di SJKC Chung Hua, di Rantau, hari ini.
Beliau tiba bersama isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
BERITA PENUH DI SINI
Azwan Ali antara pengundi terawal di DUN Hulu Kelang
Selebriti Azwan Ali menjadi antara pengundi terawal yang selesai menjalankan tanggungjawab di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Klang Gate, di Hulu Kelang, hari ini.
Pengacara sensasi itu berkata, dia bangun seawal jam 4.30 pagi dan tiba pada pukul 7 pagi di pusat mengundi selepas bertolak dari Semenyih.
BERITA PENUH DI SINI
Aminuddin Harun tiba di pusat mengundi
Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga calon DUN Sikamat tiba pada pukul 8.30 pagi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi ! pic.twitter.com/D9zfzcq8sD
— Shuhada Kadir ?? (@shuhadakadir) August 12, 2023
Suasana di pusat mengundi SK Bandar Baru Beris Jaya bagi DUN Jeneri
Pusat mengundi SK Bandar Baru Beris Jaya bagi DUN Jeneri dibuka secara rasmi jam 8 pagi. #6negerimemilih @501Awani pic.twitter.com/ByVHz95K8h
— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) August 12, 2023
Warna-warni PRN di DUN Rantau
Ada yang tiba seawal jam 7 pagi.
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 12, 2023
Ada yang dibawa guna kerusi roda.
Ada juga anak muda awal2 sudah keluar mengundi.
Warna-warni PRN di DUN Rantau.#EnamNegeriMemilih#NogoriMemilih@501Awani pic.twitter.com/BcTCyiaRHC
Pusat pengundian dibuka
PRN dan PRK Parlimen Kuala Terengganu: Kesemua 3,231 pusat pengundian dibuka serentak 8 pagi ini.
BERITA PENUH DI SINI
Pengundi terawal DUN Pedu
Situasi di SK Bandar Baru Beris Jaya, salah satu pusat mengundi DUN Jeneri
Salah satu pusat mengundi bagi DUN Jeneri, SK Bandar Baru Beris Jaya. Penyandangnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka hadir jam 10 pagi untuk membuang undi. #6negerimemilih @501Awani pic.twitter.com/lomvLJSPBQ
— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) August 11, 2023
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tiba di pusat mengundi
#ShahAlam #Selangor Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri @tzafrul_aziz tiba seawal 7.30 pagi untuk mengundi sempena #PRNSelangor bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.12 Jeram di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 hari ini.
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 12, 2023
?? Asri Saifuddin… pic.twitter.com/CkqoYObc4A
Situasi di SJKC Chung Hua, pusat mengundi bagi DUN Rantau
Selamat pagi #EnamNegeriMemilih.
— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 11, 2023
Situasi semasa di DUN Rantau di SJKC Chung Hua.
DS Mohamad Hasan dijangka mengundi di sini.#NogoriMemilih#PRN@501Awani pic.twitter.com/eyYHK0YGf1
Suasana di salah satu pusat mengundi di bawah DUN Hulu Kelang
7.07 am: Selamat mengundi #6NegeriMemilih. Ini suasana di salah satu Pusat Mengundi di bawah DUN Hulu Kelang @501Awani pic.twitter.com/r79z11a0cy
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 11, 2023
PRN: Enam negeri jadi tumpuan hari ini
Seramai 9.67 juta pemilih akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada pilihan raya negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu hari ini.
Di Terengganu, pemilih juga akan mengundi untuk satu kerusi Parlimen iaitu Kuala Terengganu yang pilihan raya kecilnya diadakan serentak dengan pilihan raya enam negeri berkenaan.
Pusat mengundi dibuka pada pukul 8 pagi dan ditutup selewat-lewatnya jam 6 petang.