HULU LANGAT: Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin menetapkan 25 Ogos depan untuk perbicaraan pengesahan lafaz cerai Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man terhadap isterinya, Sova Ali.
Hakim Syarie Abdullah Zuhdee Ab Halim menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie, Nurul Atikah Abd Rashid yang mewakili Azlan selaku defendan memberitahu bahawa anak guamnya, tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.
Mendengar perkara itu, Abdullah Zuhdee berkata, mahkamah tidak dapat mengambil kenyataan lisan sama ada defendan bersetuju atau tidak dengan kenyataan plaintif.
"Kena dengar daripada kedua-dua pihak, jadi prosiding ditangguhkan ke tarikh akan datang,” katanya.
Semasa prosiding, peguam syarie, Muhammad Syafiq Ibrahim yang mewakili Sova selaku plaintif berkata, pihaknya sudah cuba membuat serahan saman berkenaan namun tidak berjaya selain gagal menghubungi defendan.
Bagaimanapun, beliau berkata, serahan saman kepada defendan melalui peguam syarie dibuat pada Isnin selepas pihaknya menerima wakalah pelantikan peguam syarie defendan.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Muhammad Syafiq berkata, prosiding yang ditetapkan Ogos depan akan menentukan sama ada berlaku lafaz talak atau tidak.
"Serahan saman kepada defendan dibuat sejurus permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 itu, difailkan bulan lalu," katanya.
Ditanya mengapa prosiding diteruskan di Hulu Langat, beliau berkata, kes dibuat mengikut alamat pemastautin anak guamnya.
Mengesahkan perkara itu, Atikah berkata, Azlan Man, 64, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong hanya menerima dokumen tersebut melalui pembantu beliau dan maklum berkaitan tarikh kes pada hari ini.
Menurutnya, pihak peguam maklum mengenai perkara itu selepas dilantik sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 1 Julai lalu.
"Hari ini ditetapkan sebutan kali pertama prosiding, untuk plaintif memaklumkan kepada mahkamah mengenai status serahan saman dan bagaimana ia dibuat.
"Pada tarikh berkenaan, dokumen itu tidak berjaya diserahkan dan beliau hanya menerimanya menerusi pembantu," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memohon kepada mahkamah agar prosiding bulan depan, dapat dijalankan secara tertutup.
Ini kerana beliau berkata, mengambil kira status anak guamnya sebagai Menteri Besar dan bimbang sekiranya berlaku salah faham masyarakat, boleh menjejaskan reputasinya.
Namun, katanya, hakim Abdullah Zuhdee memberitahu bahawa keputusan mengenai permohonan itu akan dimaklumkan sebelum perbicaraan bermula.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 04 2022
Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat menetapkan 25 Ogos depan untuk perbicaraan pengesahan lafaz cerai Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man terhadap isterinya, Sova Ali. - Gambar SINAR HARIAN
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Whastapp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
ATM lakukan siasatan penuh insiden di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
PR1MA: Projek sakit dijangka siap menjelang hujung tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ atau bermasalah di seluruh negara akan disiapkan menjelang hujung tahun ini.
John Legend sifatkan Siti Nurhaliza, Yura Yunita penyanyi hebat, teruja ditemani di konsert
John Legend teruja dengan kehadiran Siti dan Yura, dan akan menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti All of Me, Ordinary People, dan Tonight.
Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.