SEPANG:Proses menunggu bagi penumpang dari Sabah untuk membuat saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini didapati kurang dari tiga jam dalam suasana yang terkawal, berbanding sehingga enam jam seperti yang dilaporkan semalam.
Seramai 50 orang diasingkan dalam satu kumpulan untuk menjalani ujian dan diberi penerangan jelas oleh petugas kesihatan mengenai tanggungjawab setiap individu termasuk kuarantin di rumah.
Angela Ng, 39, dari Tenom berkata keadaan di balai ketibaan kelihatan teratur sementara menunggu gilirannya membuat ujian.
"Masa menunggu pun tidak lama dalam masa tiga jam. Ujian saringan dan kuarantin wajib adalah bagus untuk memastikan tiada jangkitan kepada komuniti dan semua orang perlu mematuhi SOP (prosedur operasi standard)," katanya yang pulang ke Sabah untuk mengundi.
Ng berkata kesesakan dan masa menunggu lama yang dilaporkan semalam berkemungkinan disebabkan ramai penumpang bergegas untuk pulang kerana perlu bekerja pada hari Isnin.
Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Zakaria Shaaban berkata kepadatan penumpang di balai ketibaan dijangka hanya berlaku pada minggu ini susulan berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
"Kesesakan semalam adalah kerana ketibaan serentak dan jumlah penumpang yang ramai jadi masa menunggu itu panjang," katanya, sambil menambah tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah petugas kesihatan telah melancarkan proses hari ini.
Menurutnya, dianggarkan 4,400 orang tiba dari Sabah hari ini, melibatkan 29 penerbangan iaitu 10 ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) manakala 19 di klia2.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Sabtu mengumumkan peraturan yang mewajibkan semua individu yang baru tiba dari Sabah menjalani saringan COVID-19 di pintu masuk bermula semalam hingga 10 Okt.
Petugas media, Nor Sarah Fatihah Abdullah, 33, berkata beliau lega dengan pengumuman kerajaan berhubung saringan wajib itu kerana beliau berada di Sabah selama 19 hari untuk bertugas sempena PRN Sabah.
"Memang tiap-tiap hari akan pantau perkembangan COVID-19 yang KKM buat. Masa sebelum pengumuman saringan wajib, memang kita mengharapkan ujian saringan dari pejabat bila balik Kuala Lumpur," katanya yang bimbang dengan peningkatan kes COVID-19 di Sabah.
Seorang penumpang dikenali sebagai Siti Nur Aqilah, 22, dari Seremban yang ke Kota Kinabalu pada Sabtu lepas untuk urusan keluarga pula berkata dia pada mulanya risau dengan peraturan mengenai ujian saringan wajib.
"Selepas dapat tahu pengumuman itu, rasa risau juga tapi sedar itu tanggungjawab dan untuk kebaikan komuniti supaya tiada penularan baharu," katanya, yang memuji petugas kesihatan serta keselamatan kerana memberi perkhidmatan baik dan maklumat yang jelas.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh yang juga baru tiba dari Kota Kinabalu berkata sistem di balai ketibaan untuk ujian saringan adalah lebih teratur termasuk perhatian khas yang diberikan kepada warga emas dan kanak-kanak.
Beliau turut menyeru agar orang ramai terus patuh kepada SOP COVID-19 yang ditetapkan KKM bagi membendung penularan wabak berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 28 2020
Seramai 50 orang diasingkan dalam satu kumpulan untuk menjalani ujian dan diberi penerangan jelas oleh petugas kesihatan mengenai tanggungjawab setiap individu termasuk kuarantin di rumah. - Pembaca Astro AWANI
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.