PUTRAJAYA: Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.
Beliau berkata mana-mana pelawat yang disenarai hitam dan senarai syak akan dapat dikesan, seterusnya dilarang masuk ke negara ini.
"Pematuhan pengisian Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) kepada semua pengembara yang memasuki Malaysia masih dilaksanakan.
"Sistem MDAC merekod maklumat keberadaan pelawat dan membolehkan Jabatan Imigresen (JIM) mengesan keberadaan mereka sekiranya diperlukan terutamanya untuk tindakan penguatkuasaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
MDAC merupakan salah satu daripada lima inisiatif utama bagi penambahbaikan kemudahan perkhidmatan Jabatan Imigresen, selaras pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) yang mengecualikan visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India bermula 1 Dis lepas.
IMIGRESEN-PELANCONG 2 (AKHIR) PUTRAJAYA
Ruslin berkata demikian sebagau merujuk kepada kekeliruan yang ditularkan oleh sesetengah pihak di media sosial berkaitan kenyataan mengenai pengecualian syarat kemasukan bagi warganegara China dan India di semua pintu masuk yang dikeluarkan kepada semua pejabat JIM.
Arahan itu bertujuan memperkemaskan proses kerja JIM di pintu masuk negara, selaras dengan pelaksanaan pemberian pengecualian visa bagi tempoh 30 hari kepada warganegara China dan India mulai 1 Dis 2023 hingga 31 Dis 2024. Kemudahan itu merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan kerajaan di bawah PLV.
Ruslin menegaskan bahawa arahan yang dikeluarkan itu sama sekali tidak menjejaskan integriti dalam aspek keselamatan sedia ada yang dilaksanakan jabatan itu dalam pengurusan kemasukan pelancong asing ke negara ini.
"Jabatan Imigresen sekali lagi menegaskan tidak akan berkompromi terhadap aspek kawalan keselamatan dan terus komited melaksanakan usaha berterusan bagi memudahcara dan melancarkan pergerakan keluar masuk pelawat bagi menyokong pembangunan ekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh. - Gambar fail/BERNAMA
Program Pemimpin Masa Depan JSJ uji ketahanan mental, fizikal anggota polis
Seramai 30 pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyertai Program Pemimpin Masa Depan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM 2024 yang diadakan dari 16 Dis hingga hari ini.
Tumpuan Isnin – 30 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (29 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
JKNNS akui berlaku kelewatan kemasukan pesakit ke wad HTJ, ambil tindakan segera
Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengakui terdapat kelewatan kemasukan sebahagian pesakit ke wad di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada Jumaat lepas dan menyesali situasi itu.
AWANI Ringkas: Mayat dalam but kereta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Nahas Jeju Air | Rotan anak murid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal persiaran mega buatan China terima 600,000 pelancong
Kapal persiaran mega pertama China, Adora Magic City telah menyelesaikan 84 pelayaran dan menerima 600,000 pelancong pada tahun pertama operasi komersialnya, menurut Kastam Shanghai, lapor Xinhua.
Kadar kelahiran rendah: Taiwan tutup 14 sekolah pada 2024
14 institusi itu terdiri daripada sembilan sekolah rendah, sebuah sekolah menengah rendah dan empat institusi pengajian tinggi.
AWANI 7:45 [29/12/2024] - Banjir lagi | Jual sijil doktor kehormat palsu | Hampir semua meninggal dunia | Didakwa seperti 'pemujaan'
- Kelantan, Terengganu dilanda banjir, gelombang ketiga membadai
- Sindiket sijil doktor kehormat palsu makin galak, serendah RM450 sahaja
- Pesawat Jeju Air terhempas, lebih 160 maut, hanya dua terselamat
- Polis terima laporan perbuatan mencurigakan di kubur
- Sindiket sijil doktor kehormat palsu makin galak, serendah RM450 sahaja
- Pesawat Jeju Air terhempas, lebih 160 maut, hanya dua terselamat
- Polis terima laporan perbuatan mencurigakan di kubur
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok
Beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.