KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan mengadakan proses rasionalisasi pengagihan atau kuota minyak masak bersubsidi bagi mengatasi kekurangan bekalan di pasaran pada masa akan datang.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata langkah itu juga penting untuk memastikan pengagihan minyak masak bersubsidi dapat dilakukan secara adil di semua peringkat.
Beliau berkata kementeriannya mengambil langkah proaktif itu susulan dapatan diperolehi daripada beberapa siri lawatan ke kilang pembungkusan semula minyak masak bersubsidi di seluruh negara.
"Saya rasa sampai masanya untuk pihak kementerian melihat secara keseluruhan tentang bagaimana proses pengedaran minyak masak paket bersubsidi ini supaya tidak berlaku gangguan atau kekurangan di mana-mana peringkat pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan di sebuah kilang pembungkusan semula minyak masak bersubsidi di sini, petang tadi.
Salahuddin berkata kementeriannya juga sedang menjalankan kajian atau audit menyeluruh bagi memastikan kilang pembungkus semula minyak masak bersubsidi mempunyai kemampuan membekalkan barang keperluan itu sama ada di peringkat daerah mahupun bandar.
"Selepas audit itu selesai dilakukan maka pengagihan (minyak masak bersubsidi) dengan lebih adil dapat dilakukan. Kita akan mengurus dan menyelaraskan semula (pengagihan atau kuota tersebut).
"Di mana kawasan yang perlu (atau) kuota kurang, kita akan tambah supaya kita dapat mengatasi isu kekurangan bekalan ini di masa akan datang," katanya.
Mengulas mengenai Sabah, Salahuddin, berkata, negeri itu turut mengalami masalah kekurangan kilang pembungkusan semula minyak masak bersubsidi dan menjadi antara punca berlaku kekurangan bekalan barangan itu di pasaran.
Sehubungan itu, beliau, berkata kementeriannya komited untuk mengatasi masalah itu termasuk dalam aspek memastikan pengagihan minyak masak bersubsidi dapat dilakukan secara adil di semua peringkat.
"Kilang pembungkusan semula (minyak masak bersubsidi) sangat kurang di Kota Kinabalu sebagai contoh. Kalau nak diambil kos pengangkutan sebagai contoh dari Kota Kinabalu nak ambil dari Sandakan, itu mengambil masa panjang dan kos juga akan meningkat.
"Jadi ini penting untuk kita pastikan kita dapat mengagihkan (minyak masak bersubsidi) secara adil. Kita akan mengatasi isu ini secepat mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2023
Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata langkah itu juga penting untuk memastikan pengagihan minyak masak bersubsidi dapat dilakukan secara adil di semua peringkat. - Foto Facebook/Salahuddin Ayub
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Kewangan Tabung Haji dan Kaedah Rule of 78: Implikasi ekonomi dan sosial
Gabungan dua isu utama tentang keberkesanan subsidi haji Tabung Haji dan pemansuhan Rule of 78 dalam pembiayaan. Bagaimana dasar ini mencorakkan sosioekonomi, kestabilan kewangan pengguna, dan inovasi kewangan? Analisis mendalam tentang langkah strategik untuk meningkatkan daya tahan kewangan institusi dan memupuk keharmonian sosial.
Google Maps rungkai kes bunuh setahun lalu
Siasatan polis berdasarkan petunjuk Google Maps itu akhirnya menemukan mayat yang sudah mereput di sebuah tanah perkuburan, awal bulan lalu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Disember 2024]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
- Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
- KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
#AWANIpagi #AWANInews
- Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
- Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
- KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
#AWANIpagi #AWANInews
Anggota polis dikhuatiri lemas ditemukan meninggal dunia
Mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti, 39, ditemui pada jam 4.55 pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan.
Liverpool langgar habis Tottenham di London
Gol Liverpool dijelmakan Luis Diaz (m-23, m-85), Mohamed Salah (m-45, m-61), Alexis Mac Allister (m-36), dan Dominik Szoboszlai (m-46).
Apple bangunkan loceng pintu pintar dilengkapi pengecaman wajah
Apple dilaporkan sedang membangunkan loceng pintu pintar yang hadir dilengkapi dengan sokongan pengecaman wajah seumpama Face ID.
Polis temukan mayat lelaki tanpa pengenalan diri di Perak
Mayat seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan orang awam di Sungai Kampung Punti, Padang Ampang dekat Kuala Kangsar pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun dalam satu kenyataan berkata pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa didapati tidak menunjukkan kesan kecederaan lain secara fizikal, yang boleh menjerumuskan kepada unsur-unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun dalam satu kenyataan berkata pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa didapati tidak menunjukkan kesan kecederaan lain secara fizikal, yang boleh menjerumuskan kepada unsur-unsur jenayah.
Thailand masih menaruh keyakinan tinggi kepada Malaysia
Pihak berkuasa Thailand masih belum berputus asa sebaliknya menaruh keyakinan terhadap Malaysia untuk terus berperanan sebagai fasilitator dalam rundingan damai Selatan Thailand membabitkan pihak tentera dan kumpulan pemisah.
Pihak berkuasa Thailand jamin jaga keselamatan pelancong Malaysia
Komander Tentera Bahagian Keempat Thailand, Leftenan Jeneral Paisan Nusang beri jaminan bahawa rakyat Malaysia tidak perlu terlalu bimbang mengenai keselamatan mereka ketika melancong ke Thailand kerana pihak berkuasa negara ini memastikan keselamatan mereka terjamin.
Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.
KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.
KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).
KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.
Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.
Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.
KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.