KUALA LUMPUR: Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor berjalan dengan baik dan lancar, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata ketika ini, proses pengambilan tanah tertumpu di seksyen terakhir jajaran rel berkenaan berdekatan daerah Klang yang melibatkan kawasan berkepadatan tinggi.
Loke yakin proses itu dapat diselesaikan mengikut jadual dengan kerjasama kerajaan negeri selain pengalaman syarikat kontraktor yang berjaya menyelesaikan proses pengambilan tanah di Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum ini.
"Memang perkara biasa pada mulanya pemilik tanah tidak puas hati, mereka memerlukan penerangan atau mungkin nilai pampasan nak ditingkatkan dan sebagainya. Itu perkara biasa.
"Saya yakin apa sahaja isu yang timbul berkaitan pengambilan tanah akan diberikan pampasan yang seadilnya," katanya kepada Bernama selepas sesi rakaman program khas Bernama TV bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China di Wisma Bernama hari ini.
Loke berkata setakat ini, kerajaan negeri yang terlibat memberikan kerjasama baik kepada kontraktor projek ECRL, China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) dalam menyelesaikan isu berkenaan.
"Kerajaan negeri memainkan peranan paling besar dalam menyelesaikan pengambilan tanah kerana mereka (kerajaan negeri) juga tahu bahawa projek ini akan menguntungkan dan memberi manfaat kepada negeri masing-masing," katanya.
Beliau berkata secara keseluruhannya, projek pembinaan rel sepanjang 665 kilometer itu berjalan mengikut jadual dengan jajaran di pantai timur sudah memasuki fasa pembinaan stesen.
Katanya bahagian paling kritikal pembinaan ECRL iaitu Terowong Genting sepanjang 16.39 kilometer yang melintasi Banjaran Titiwangsa kini mencapai 30 peratus dan akan mengambil masa lebih setahun untuk disiapkan.
ECRL ialah projek infrastruktur kereta api yang dibangunkan untuk meningkatkan ketersambungan antara negeri-negeri di pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) dan negeri pantai barat (Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya), yang pada masa ini hanya sebahagian daripadanya dihubungkan perkhidmatan kereta api.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024
Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor berjalan dengan baik dan lancar, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Farhan Hakimi
- Perkembangan banjir di Sabah & Sarawak
- Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
- Tambang percuma untuk pengguna KTM Komuter 10 & 11 Feb ini
#AWANIpagi #AWANInews
- Perkembangan banjir di Sabah & Sarawak
- Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
- Tambang percuma untuk pengguna KTM Komuter 10 & 11 Feb ini
#AWANIpagi #AWANInews
“Amerika akan ambil alih Semenanjung Gaza dan urus dengan baik,” kata Donald Trump
"Kami akan mencipta pembangunan ekonomi yang akan menyediakan peluang pekerjaan dan perumahan tanpa had kepada penduduk di kawasan itu."
Pasca Perang Syria: Presiden Syria sasar pulih hubungan dengan A.S
Presiden interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bercadang untuk memulihkan hubungan dengan Amerika Syarikat dalam masa terdekat tetapi belum mengadakan sebarang perhubungan dengan pentadbiran Trump.
Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa bagi membebaskan tahanan dari lokap dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan, awal bulan lepas.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terpedaya penipuan pelaburan
Seorang pengarah syarikat kerugian RM2.1 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud di platfrom Digzax Exchanger.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 77 tahun itu tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang ditemui menerusi iklan di laman Facebook pada Ogos tahun lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 77 tahun itu tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang ditemui menerusi iklan di laman Facebook pada Ogos tahun lalu.
Polis mohon bantuan kesan warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Singa Baru, Sitiawan sejak 31 Januari lalu.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Mayat lelaki dijumpai dalam sebuah tangki simpanan air di Pelantar P5 Sungai Pinang Besar di Pulau Pangkor pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.
Malaysia perlu perbahasan konstruktif, bukan sensasi
Menurut Tharma Pillai, ini kerana sidang Parlimen dianggap amat penting bukan sahaja dalam konteks domestik, tetapi juga dalam situasi global,terutama peranan Malaysia yang kini menjawat jawatan Pengerusi ASEAN25.
Proses pengambilan tanah projek ECRL di Selangor berjalan lancar - Loke
Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor berjalan dengan baik dan lancar, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Pembangunan Bandar Baharu Bagan Datuk dalam proses pengambilan tanah - Ahmad Zahid
Kerajaan kini dalam proses pengambilan tanah bagi membangunkan Bandar Baharu Bagan Datuk, bagi mengembangkan potensi daerah itu.