Disebalik peralihan kuasa secara aman kepada kerajaan baharu, proses kematangan demokrasi bukannya mudah bagi negara ini, kata penganalisis politik, Prof Dr Edmund Terence Gomez.
Gomez, pensyarah di Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM) itu memberikan contoh di Indonesia dan Filipina, dua negara yang mengambil masa yang lama sebelum mereka mencapai demokrasi.
Beliau berkata sudah tiba masanya bagi parti-parti politik untuk berubah dan tidak lagi berasaskan etnik.
"Malah beberapa pemimpin daripada kerajaan pemerintah sebelum ini turut mengakui parti dengan asas seumpama itu tidak lagi diperlukan, masanya sudah tiba untuk menjadi parti lebih berasaskan rakyat Malaysia," katanya pada 'Forum Pilihan Raya Umum Malaysia 2018: Ke Arah Malaysia Baharu Progresif Pasca PRU14?' di sini, pada Jumaat.
Forum itu dianjurkan bersama oleh Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan UM, Fakulti Undang-Undang UM dan Persatuan Kakitangan Akademik UM.
Panelis lain ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi; ADUN Sri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud; pensyarah undang-undang UM, Prof Madya Dr Azmi Sahrom dan Presiden International Movement for a Just World, Dr Chandra Muzaffar.
Sementara itu, Chandra berkata beliau berharap kerajaan baharu akan memberi perhatian pada perundangan dan dasar-dasar awam untuk menangani isu penting integriti.
"Mereka perlu menangani soal kontrak-kontrak dan projek-projek... saya tahu ini merupakan isu berkaitan integriti yang pernah dibangkitkan pada masa lalu,'' katanya.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14, gabungan Pakatan Harapan diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad menumbangkan Barisan Nasional yang telah berkuasa selama enam dekad.
Dr Mahathir, 92, mencipta sejarah apabila menjadi Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua. Kejayaannya itu bukan setakat itu sahaja apabila beliau juga merupakan perdana menteri paling tua di dunia.
Sebelum ini, beliau menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003. -- Bernama
Bernama
Fri May 25 2018
Sudah tiba masanya bagi parti-parti politik untuk berubah dan tidak lagi berasaskan etnik. - BERNAMA/Fail
Hamas bersedia untuk 'perang yang panjang' di Gaza
Pejuang Palestin mempunyai sumber untuk meneruskan perjuangan menentang Israel dengan sokongan sekutu serantau yang disokong Iran, selepas hampir setahun perang di Gaza.
Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata memerlukan tekad politik daripada pihak Hamas dan Israel.
Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata memerlukan tekad politik daripada pihak Hamas dan Israel.
Bomba Portugal berjuang padam kebakaran
Anggota bomba daerah Nelas, Portugal dilaporkan berjuang memadam kebakaran hutan ketika api semakin menghampir kawasan kediaman pada Isnin.
JAS ambil sampel Sungai Sekah, loji kumbahan disyaki tercemar
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengambil sampel air di Sungai Sekah dan sebuah loji sisa kumbahan selepas disyaki menyebabkan pencemaran sungai di Nilai.
Status halal tidak lagi sekadar rujuk tiada babi, alkohol- Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.
PDRM beku 96 akaun GISBH, nilai lebih RM581,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan 96 akaun milik Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dengan nilai melebihi RM581,000.
Agong mahu siasatan GISBH disegerakan
Sultan Ibrahim, mahu PDRM menjalankan siasatan segera dan menyeluruh terhadap kes dakwaan jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH.
Kes 1MDB: Najib berkerusi roda ke mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi bagi prosiding hujahan akhir kes penyelewengan dana milik 1MDB dengan berkerusi roda.
Amaran ribut petir, angin kencang di beberapa negeri hingga 4 petang ini
MetMalaysia meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di beberapa negeri sehingga 4 petang hari ini.
Zii Jia tersingkir awal di Terbuka China
BAGAI serba tidak kena buat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka China.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
PRK Nenggiri : 'First flip' kembalikan momentum sokongan PH-BN - Penganalisis
Landskap politik negara jelas menunjukkan perubahan, terutama dari kalangan pengundi Melayu, dan momentum sokongan pada masa hadapan, selepas menyaksikan 'flip' pertama, kerusi bertukar tangan, pada P
PRU15: Kekecohan, keganasan berkait rapat dengan ekonomi - Penganalisis
Kekecohan bukan sahaja disebabkan cengkaman jiwa rakyat yang membuak menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.
Landskap politik Sabah bakal berubah - Penganalisis
Isu lompat-melompat ini harus diteliti secara tuntas bagi mengelakkan ia berlarutan sehingga menjejaskan kestabilan politik.
Proses kematangan demokrasi mengambil masa - Penganalisis
Disebalik peralihan kuasa secara aman kepada kerajaan baharu, proses kematangan demokrasi bukannya mudah bagi negara ini, kata Prof Dr Edmund Terence Gomez.
Prestasi calon wanita mengukuh pada PRU13?
Azyyati Ahmad meninjau sejauh mana prestasi calon wanita memberi impak kepada kemenangan parti mereka pada PRU-13?