Beliau yang mengulas mengenai isu itu menerusi program Malaysia Memilih memberitahu, kekecohan timbul bukan sahaja disebabkan ‘cengkaman jiwa’ rakyat yang membuak menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.
“Kenapa berlaku kekecohan sebentar tadi, saya melihat isu ini dari sudut berbeza. Sebenarnya keganasan (memberi contoh secara am) ini berkait rapat dengan ekonomi. Tidak ada keganasan tidak berkait rapat dengan ekonomi.
“Keganasan itu muncul bila merasakan faktor ekonomi mencengkam jiwa rakyat. Kadang-kadang kena ingat, kalau pemimpin mereka itu tidak boleh diangkat maka ekonomi mereka juga akan terjejas. Itu menyebabkan berlaku kekecohan,” katanya.
Awal pagi ini, kekecohan berlaku di luar pekarangan Dewan DSP Antanom, Tenom pagi tadi, selepas pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Datuk Peter Anthony ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, presiden parti berkenaan hadir di dewan berkenaan bagi mengemukakan borang pencalonan bagi kerusi Parlimen Tenom.
BACA: PRU15: Kekecohan tercetus di Tenom
BACA: PRU15: Rusuhan Tenom, polis terpaksa leraikan rusuhan
BACA: PRU15: Peter Anthony sah tidak bertanding di Parlimen Tenom
Dalam pada itu, penganalisis ekonomi Datuk Madeline Berma memberitahu isu kemiskinan dan keciciran di Borneo bukan sesuatu yang baharu.
“Di sana, kami masih berbincang tentang (isu) naik bot ekspres yang mengambil masa selama empat jam untuk ke klinik. Cerita yang biasa disebut, isu kemiskinan dan infrastruktur. Keadaan ekonomi membolehkan, peluang sudah ada, tetapi infrastruktur menghalang aktiviti penduduk di sana.
“Saya tidak boleh bayangkan kalau sekali lagi pilihan raya ada rusuhan sebegini. Yang saya takut adalah makanan tiada di atas meja, gaji tak naik tapi kos barangan naik. Apa yang lebih penting mereka mahu kerajaan yang stabil yang boleh menjanjikan kestabilan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.