KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan dan pembelaan sedang berbincang mengenai proses inkuiri bagi menentukan sama ada seorang lelaki yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah ahli perniagaan, Datuk Paiman Shakimon.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumkan kepada Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bahawa terdapat isu utama termasuk beban pembuktian dan dokumen berkaitan inkuiri masih belum diselesaikan.
"Saya telah berbincang dengan semua peguam yang mewakili Paiman dan kami memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan isu-isu yang masih berbangkit sebelum inkuiri diteruskan.
"Pada masa sama saya telah mendapatkan pegawai penyiasat baharu kerana pegawai penyiasat yang asal telah bersara. Pegawai penyiasat baharu sedang membuat persediaan inkuiri termasuk penyediaan dokumen serta pengesanan saksi-saksi yang berkaitan," katanya yang turut memohon tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 26 April untuk pihak-pihak memaklumkan mengenai perbincangan tersebut.
Peguam Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria yang mewakili Aldrin Pratama Widjaja (didakwa oleh pendakwaan sebagai Paiman) mengesahkan kedua-dua pihak telah berbincang mengenai proses inkuiri itu pada 11 Jan lepas.
Hakim Muhammad Jamil kemudian menetapkan pengurusan kes pada 26 April ini.
Pada 2 Dis 2021, Mahkamah Tinggi memerintahkan Paiman yang menghilangkan diri selama sembilan tahun menjalani hukuman penjara 13 tahun atas kesalahan menipu dan memalsukan dokumen selepas mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.
Paiman sebelum ini, merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen terhadapnya pada 2011 selepas dia didapati bersalah atas empat pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen membabitkan RM12 juta.
Bagaimanapun, ketika rayuannya ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi, lelaki itu telah menghilangkan diri dan pada 20 Julai 2012 mahkamah mengeluarkan waran tangkap serta waran pemenjaraan juga dikeluarkan terhadapnya pada 11 Okt tahun sama kerana gagal hadir pada prosiding rayuannya.
Paiman, 65, berjaya diberkas pihak polis selepas didapati masuk ke Malaysia menggunakan pasport Indonesia dengan nama Aldrin Pratama Widjaja dan hasil semakan menggunakan sistem biometrik cap jarinya di Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan dia sememangnya Paiman bin Shakimon.
Bagaimanapun, lelaki itu sehingga kini menafikan beliau adalah Paiman dan pada tahun lepas lelaki berkenaan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap waran tangkap serta waran pemenjaraan yang dikeluarkan terhadapnya.
Mahkamah Rayuan memerintahkan Mahkamah Tinggi menjalankan inkuiri bagi mengenal pasti identiti lelaki berkenaan.
Paiman dihukum penjara 26 tahun oleh Mahkamah Sesyen pada 19 April 2011 selepas didapati bersalah menipu dan memalsukan dokumen membabitkan RM12 juta milik dua Datuk lain dalam satu kes penipuan pelaburan antara 2005 dan 2006.
Bagaimanapun, Paiman hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 13 tahun selepas Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024

Terdapat isu utama termasuk beban pembuktian dan dokumen berkaitan inkuiri masih belum diselesaikan. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.

Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.

Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pembantu tadika didakwa 'scam' orang RM1.64 juta
Seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu pelaburan tidak wujud melibatkan jumlah kerugian kira-kira RM1.64 juta.

22,000 kes tipu dilaporkan kepada NSRC libat kerugian RM147 juta setakat Sept 2024
Kira-kira 22,000 kes penipuan melibatkan kerugian lebih RM147 juta dilaporkan kalangan mangsa kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) setakat September 2024.

Penipuan pelaburan Gigamax: Tujuh individu dikesan termasuk dalang utama
Polis mengesan tujuh individu termasuk seorang warga Indonesia yang dipercayai dalang utama kes penipuan pelaburan Gigamax yang membabitkan kerugian lebih RM7 juta.