Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoalkan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak membuat sebarang pembayaran untuk projek terowong dasar laut di negeri itu.
Pengerusinya Teng Chang Yeow membangkitkan perkara itu kerana katanya, satu jawapan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2 Nov lepas mendedahkan bahawa RM11.2 juta telah dibayar secara tunai kepada HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI).
Teng berkata, HSSI adalah perunding teknikal yang dilantik oleh kerajaan negeri untuk menyemak dan memperakui pembayaran tuntutan yang dikemukakan oleh kontraktor, Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd.
Justeru, bercakap pada satu sidang media di pejabatnya di sini hari ini, beliau meminta satu penjelasan dibuat memandangkan jawapan bercanggah sedemikian hanya akan mengelirukan rakyat.
"Bolehkah Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang menjelaskan dengan jujurnya tentang pembayaran yuran perunding sejumlah RM11.2 juta, semata-mata untuk menyemak dan memperakui pembayaran tuntutan?
"Adakah yuran perundingan seperti ini menyamai kes-kes yang didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara beberapa tahun lalu, mengenai kelemahan pentadbiran, di mana satu set pemutar skru dibeli dengan harga RM224.90 apabila harga pasaran dilaporkan hanya pada RM32?" soal Teng.
Dalam masa sama, beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan negeri telah menukar dengan tanah untuk membayar Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) di tiga lebuh raya utama itu sedangkan ia sepatutnya ditanggung oleh kontraktor.
BACA: Exco Pulau Pinang jelaskan bayaran bagi projek jalan, terowong dasar laut
BACA: Laporan kajian projek terowong Pulau Pinang belum diterima - Fadillah
BACA: Isu terowong dasar laut: Kerajaan negeri akan beri kerjasama
"Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang mendakwa pertukaran tanah pada nilai RM208 juta adalah untuk Laporan EIA bagi projek tiga jalan utama.
"Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bertarikh 19 Oktober, 2015, yang dibentangkan kepada DUN Pulau Pinang dengan jelas menyatakan kos menyediakan laporan EIA untuk projek 3 jalan utama itu akan ditanggung oleh pihak kontraktor.
"Bukankah ini satu lagi pembohongan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang?" soal Teng.
Lim sebelum ini menegaskan bahawa kerajaan negeri masih belum membayar sesen pun untuk projek terowong dasar laut kepada pihak pemaju iaitu Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd.
Guan Eng berkata, bayaran sebanyak RM208 juta yang dibuat sebelum ini adalah membabitkan pembayaran EIA untuk projek tiga lebuh raya utama, dan bukannya terowong dasar laut.
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama, dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.
Astro Awani
Tue Jan 16 2018

'Bukankah ini satu lagi pembohongan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang?' soal Teng. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Sukarelawan, penyelam skuba kutip 100kg sampah di Pulau Perhentian
Jumlah itu termasuk 40kg pelbagai jenis sampah yang dikutip di kawasan terumbu karang dasar laut oleh 20 penyelam skuba.

Internet kelajuan tinggi di Pulau Tioman dengan rangkaian gentian optik dasar laut
Pelaksanaan projek itu melibatkan rangkaian gentian optik dari Kuala Rompin ke Kampung Tekek di Pulau Tioman sejauh 75.2 kilometer.

Kapal pemusnah Perang Dunia II ditemui, kapal karam paling dalam di dunia
Sebuah kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat yang pernah bertempur dalam Perang Dunia II ditemui di dasar laut Filipina.

Hari Lautan Sedunia: Khidmat jurukamera dasar laut semakin dapat permintaan tinggi
Yang mendapat permintaan tinggi adalah apabila ada acara komersial seperti pemeriksaan bot, kapal, jeti, Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)

Penyelam skuba kutip sampah di dasar laut
Tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan secara berterusan agar keindahannya dapat diwarisi generasi akan datang.

Lim Guan Eng mohon kes rasuah dipindah ke Mahkamah Tinggi
Guan Eng membuat permohonan pemindahan itu agar keputusan berkaitan kes berkenaan boleh dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

Syarikat Malaysia berupaya melaksanakan kerja baik pulih kabel dasar laut - MASA
Syarikat Malaysia mempunyai keupayaan untuk menjalankan kerja baik pulih kabel dasar laut, menurut MASA.

Virus misteri muncul di tasik Brazil
Penyelidik mendapati lebih 90 peratus gen Yaravirus tidak pernah dilihat sebelum ini, sekali gus menjadikan ia 'misteri' dan unik sepenuhnya.

Terowong: Zenith didesak beri penjelasan bayaran RM22 juta
Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri telah menerima jawapan daripada Zenith bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu pada minggu lepas tetapi beliau tidak puas hati dengan jawapan itu.

Terowong: Lim cabar Wee namakan pemimpin 'rasuah'
Katanya, sehingga hari ini, Wee, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, belum menyatakan nama ahli politik Pulau Pinang itu.