KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman seorang ahli perniagaan terhadap bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd berhubung isu pembayaran membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak, akan bermula pada 5 Dis tahun depan di Mahkamah Tinggi di sini.
Rayyan Radzwill Abdullah, 42, selaku plaintif memfailkan saman itu pada 29 Feb tahun lepas yang mendakwa rakan kongsinya, Saidi Abang Samsudin selaku defendan gagal melunaskan baki RM9 juta atas perkhidmatan yang diberikan dalam usaha mendapatkan projek solar hibrid terbabit.
Peguam Ravee G. Uthirapathy yang mewakili Rayyan memberitahu pemberita bahawa tarikh perbicaraan pada 5 hingga 8 Dis 2022 ditetapkan Hakim Datuk Ahmad Bache ketika pengurusan kes itu secara dalam talian (e-Review) hari ini, yang turut disertai peguam Lai Jia Yuan, bertindak bagi pihak Saidi.
"Pihak plaintif akan mengemukakan seramai tiga orang saksi termasuk Rayyan pada perbicaraan kes itu. Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan pernyataan saksi sebelum kes dibicarakan dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 4 Nov 2022," kata Ravee.
Pada 13 Jan lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rayyan untuk mendapatkan penghakiman terus dalam samannya terhadap Saidi. Penghakiman terus ialah mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi pada perbicaraan.
Dalam pernyataan tuntutan, Rayyan mendakwa pada awal 2016, Saidi, 62, telah melantik beliau sebagai penasihat bagi memperoleh dan menyediakan kertas kerja untuk projek solar hibrid dan sebagai balasan, defendan berjanji untuk membayar yuran sebanyak RM10 juta apabila projek berjaya diperoleh.
Plaintif mendakwa pada 10 Dis 2016, defendan telah berjaya memperoleh projek itu dengan nilai kasar sebanyak RM1.25 bilion daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hasil usaha dan kerja-kerja yang dilakukan plaintif dan pada 10 Ogos 2017, defendan telah membayar RM1 juta kepadanya dan sehingga kini, baki bayaran sebanyak RM9 juta masih tertunggak dan belum dilunaskan oleh defendan.
Oleh itu, plaintif menuntut baki bayaran RM9 juta serta ganti rugi RM20 juta akibat kehilangan peluang pelaburan, ganti rugi am, faedah dan kos.
Saidi, dalam penyataan pembelaan difailkan 6 April tahun lepas, menafikan bahawa beliau pernah melantik plaintif sebagai penasihat bagi memperoleh dan menyediakan kertas kerja untuk projek solar hibrid itu selain mendakwa perjanjian untuk projek itu dimeterai antara Jepak Holdings dengan KPM, dan bukan atas kapasiti persendirian defendan.
Saidi juga memfailkan tuntutan balas terhadap Rayyan agar ahli perniagaan itu memulangkan wang RM1 juta yang dibayar kepadanya dengan serta-merta.
Rayyan dan Saidi merupakan saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta serta dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta membabitkan projek solar hibrid itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021
![Projek solar: Bicara kes saman ahli perniagaan terhadap rakan kongsi 5 Dis 2022 Projek solar: Bicara kes saman ahli perniagaan terhadap rakan kongsi 5 Dis 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81596530831_saksi.jpg)
Perbicaraan itu akan bermula pada 5 Disember tahun depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Kes projek solar: Susulan penghakiman tular, Rosmah mohon Hakim Zaini undur diri Kes projek solar: Susulan penghakiman tular, Rosmah mohon Hakim Zaini undur diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661922393_TBrosmah.jpg)
Kes projek solar: Susulan penghakiman tular, Rosmah mohon Hakim Zaini undur diri
Rosmah berkata, terdapat ketirisan atau kebocoran, selain penghakiman itu telah disediakan orang atau pihak lain, dan Zaini sendiri.
![Kes rasuah: Rosmah timbulkan keraguan munasabah walaupun tidak panggil Najib sebagai saksi Kes rasuah: Rosmah timbulkan keraguan munasabah walaupun tidak panggil Najib sebagai saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633427514_TBROSMAH.jpg)
Kes rasuah: Rosmah timbulkan keraguan munasabah walaupun tidak panggil Najib sebagai saksi
Pihak pembelaan memilih untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi pembelaan kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.
![Kes rasuah: Rosmah gagal batalkan perbicaraan projek solar hibrid Kes rasuah: Rosmah gagal batalkan perbicaraan projek solar hibrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61638770897_RosmahMansor.jpg)
Kes rasuah: Rosmah gagal batalkan perbicaraan projek solar hibrid
Permohonan Rosmah untuk membatalkan perbicaraan berhubung kes rasuah melibatkan dana projek solar hibrid RM1.25 bilion ditolak panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini.
![Saya tidak lakukan apa-apa kesalahan jenayah, ini fitnah terhadap saya - Rosmah Saya tidak lakukan apa-apa kesalahan jenayah, ini fitnah terhadap saya - Rosmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633427514_TBROSMAH.jpg)
Saya tidak lakukan apa-apa kesalahan jenayah, ini fitnah terhadap saya - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam kes projek solar hibrid.
![Projek solar: Bicara kes saman ahli perniagaan terhadap rakan kongsi 5 Dis 2022 Projek solar: Bicara kes saman ahli perniagaan terhadap rakan kongsi 5 Dis 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81596530831_saksi.jpg)
Projek solar: Bicara kes saman ahli perniagaan terhadap rakan kongsi 5 Dis 2022
Perbicaraan itu akan bermula pada 5 Disember tahun depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
![Rasuah projek hibrid solar: Rosmah kecewa dengan keputusan mahkamah - Peguam Rasuah projek hibrid solar: Rosmah kecewa dengan keputusan mahkamah - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613621237_RosmahMansorMahka.jpg)
Rasuah projek hibrid solar: Rosmah kecewa dengan keputusan mahkamah - Peguam
Datuk Jagjit Singh memaklumkan anak guamnya tertekan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
![Rasuah projek hibrid solar: Rosmah diarah bela diri Rasuah projek hibrid solar: Rosmah diarah bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613614883_RosmahMansor.jpg)
Rasuah projek hibrid solar: Rosmah diarah bela diri
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.
![Rosmah dan Najib tiba di Mahkamah berselang 5 minit Rosmah dan Najib tiba di Mahkamah berselang 5 minit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599491335_ROSMAHMANSOR.jpg)
Rosmah dan Najib tiba di Mahkamah berselang 5 minit
Datuk Seri Najib Tun Razak pula tiba di mahkamah bagi menemani Rosmah sebelum menghadiri perbicaraan kes berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![[LAPOR LANGSUNG] Rasuah projek hibrid solar: Rosmah diarah bela diri [LAPOR LANGSUNG] Rasuah projek hibrid solar: Rosmah diarah bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613614949_RosmahMansor.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Rasuah projek hibrid solar: Rosmah diarah bela diri
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri atas pertuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya.
![Rosmah hadir perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid Rosmah hadir perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612926029_TBRosmah.jpg)
Rosmah hadir perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.