KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merekodkan sejumlah 117 projek terbengkalai meliputi 30,840 unit rumah setakat 31 Jan lepas, dengan 81 daripadanya projek membabitkan rumah dengan julat harga RM300,000 ke bawah.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata daripada 81 projek berkenaan, ia membabitkan 23,031 unit rumah dan 12,565 pembeli.
"Sebanyak 13 projek pula dengan julat harga RM301,000 hingga RM500,000, lima projek bagi julat harga RM500,001 kepada RM750,000, dua projek di antara RM750,001 hingga RM1 juta dan 16 projek bagi rumah bernilai RM1 juta ke atas," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Datuk Low Kian Chuan yang ingin tahu jumlah projek dan unit rumah terbengkalai mengikut julat harga.
Menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad berhubung faktor lambakan rumah tidak terjual, beliau berkata isu kediaman overhang (kediaman siap tidak terjual) adalah manifestasi ketidaksepadanan dalam pasaran perumahan disebabkan oleh jurang permintaan dan penawaran rumah dalam pasaran.
Antara faktor utama menyebabkan lambakan rumah siap tapi tidak terjual adalah faktor ekonomi, misalnya wabak COVID-19 yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kedudukan kewangan pembeli selain penjualan rumah dengan harga tinggi namun permintaan rendah.
Faktor lain ialah keputusan pemaju yang kurang tepat melibatkan projek yang dibangunkan terletak di kawasan kurang strategik dan tidak mempunyai kemudahan baik serta penolakan pinjaman pembiayaan akhir pembeli oleh institusi perbankan kerana kelayakan dan keupayaan mereka.
Menjawab soalan asal Low berhubung garis masa bagi penyelesaian kajian kebolehlaksanaan vacancy tax (cukai pengosongan) untuk membantu menyelesaikan masalah hartanah kediaman tidak terjual, Aiman Athirah berkata kerajaan berpandangan belum wujud keperluan untuk melaksanakan kajian kebolehlaksanaan cukai berkenaan.
"Kerajaan berpandangan bahawa tindakan intervensi yang dilaksanakan dalam pasaran perumahan ketika ini adalah memadai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
![Projek rumah harga RM300,000 ke bawah paling banyak terbengkalai - KPKT Projek rumah harga RM300,000 ke bawah paling banyak terbengkalai - KPKT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710846558_TBAIMANATHIRAH.jpg)
Aiman Athirah berkata daripada 81 projek berkenaan, ia membabitkan 23,031 unit rumah dan 12,565 pembeli. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Penyasaran subsidi diesel: Harga rumah mampu milik kekal Penyasaran subsidi diesel: Harga rumah mampu milik kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718861561_AimanAthirahSabu.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: Harga rumah mampu milik kekal
Harga rumah mampu milik kekal RM300,000 ke bawah meskipun penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.
![KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716720812_TBAimanAthirahSabu.jpg)
KPKT sasar 70 peratus pembabitan penduduk PPR dalam KOSIS
Setakat ini, 60 peratus penduduk membabitkan 17 PPR di seluruh negara telah menyertai program KOSIS sejak dilancarkan pada 2019.
![Kertas siasatan kes buang beras lengkap, akan dirujuk Peguam Negara Kertas siasatan kes buang beras lengkap, akan dirujuk Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716712398_Puluhankampitberas.jpg)
Kertas siasatan kes buang beras lengkap, akan dirujuk Peguam Negara
Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, bahagian undang-undang kementerian akan meneliti secara menyeluruh supaya tindakan diambil itu lengkap.
![KPKT berjaya pulih 10,560 perumahan swasta dengan GDV RM8.23 bilion KPKT berjaya pulih 10,560 perumahan swasta dengan GDV RM8.23 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81711974387_TBAIMANATHIRAHj.jpg)
KPKT berjaya pulih 10,560 perumahan swasta dengan GDV RM8.23 bilion
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan 10,560 perumahan swasta daripada 88 projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM8.23 bilion setakat Februari lepas.
![Projek rumah harga RM300,000 ke bawah paling banyak terbengkalai - KPKT Projek rumah harga RM300,000 ke bawah paling banyak terbengkalai - KPKT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710846558_TBAIMANATHIRAH.jpg)
Projek rumah harga RM300,000 ke bawah paling banyak terbengkalai - KPKT
Aiman Athirah berkata daripada 81 projek berkenaan, ia membabitkan 23,031 unit rumah dan 12,565 pembeli.
![KPKT akan adakan sesi libat urus, tambah baik OSC 3.0 Plus KPKT akan adakan sesi libat urus, tambah baik OSC 3.0 Plus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710846558_TBAIMANATHIRAH.jpg)
KPKT akan adakan sesi libat urus, tambah baik OSC 3.0 Plus
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengadakan sesi libat urus hingga September ini bagi menambah baik Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
![KPKT sasar pembaziran sisa yang dilupuskan pada bulan Ramadan turun 3 peratus KPKT sasar pembaziran sisa yang dilupuskan pada bulan Ramadan turun 3 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710673030_AimanAthirahbazar.jpg)
KPKT sasar pembaziran sisa yang dilupuskan pada bulan Ramadan turun 3 peratus
Secara puratanya, sebanyak 8,159 tan sisa pepejal dilupuskan di 28 tapak pelupusan di bawah selian SWCorp pada bulan Ramadan tahun lalu.
![Isu kepadatan murid SK Cyberjaya akan dirujuk kepada PM - MP Sepang Isu kepadatan murid SK Cyberjaya akan dirujuk kepada PM - MP Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710656415_TBskcyberjayajp.jpg)
Isu kepadatan murid SK Cyberjaya akan dirujuk kepada PM - MP Sepang
Isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya akan dirujuk semula kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pertimbangan.
![KPKT akan keluarkan surat pengesahan status Residensi Hektar Gombak KPKT akan keluarkan surat pengesahan status Residensi Hektar Gombak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710310473_TBAIMANATHIRAHj.jpg)
KPKT akan keluarkan surat pengesahan status Residensi Hektar Gombak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengeluarkan surat pengesahan status projek Residensi Hektar Gombak dengan menyarankan beberapa perkara untuk meringankan beban pembeli yang ter
![AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705134652_AimanAthira.jpg)
AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diwujudkan bagi menjamin kestabilan politik negara dan menepis sebarang cubaan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan setiap kali ia dibentuk.