Pelaksanaan projek Sistem Transit Rapid (RTS Link) yang menghubungkan Johor Bahru-Singapura kini lewat daripada jadual asal serta tidak berjalan lancar, kata Menteri Pengangkutan republik itu, Khaw Boon Wan.
Dalam jawapan bertulis Parlimen mengenai perkembangan projek transit aliran itu, beliau berkata Perjanjian Dua Hala RTS Link (BA) yang dimeterai Singapura dan Malaysia pada Januari 2018, telah menetapkan beberapa perkara penting bagi menjejaki perkembangan projek tersebut.
Mengikut BA tersebut, syarikat usaha sama (JVC) membabitkan SMRT Singapura dan Prasarana Malaysia Bhd sepatutnya telah ditubuhkan menjelang 30 Jun, 2018 dan JVC itu perlu dilantik sebagai operator atau pengendali RTS Link (OpCo) menerusi satu Perjanjian Konsesi (CA) dengan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura dan kerajaan Malaysia menjelang 30 Sept, 2018.
"Bagaimanapun, perkara penting itu tidak dapat menjadi kenyataan," katanya, menurut laporan Bernama.
Khaw berkata, sejak beberapa bulan lepas, Malaysia telah menyatakan hasrat untuk menggantikan rakan usaha sama (JV) tetapi telah lewat mengesahkan rakan tersebut.
Kelewatan pertama ialah sehingga September 2018, kemudian sehingga Disember 2018 dan terbaharu, pada 28 Dis, 2018 apabila Malaysia meminta diberi tempoh sehingga 28 Feb, 2019 bagi mengesahkan rakan JV berkenaan.
"Berikutan kelewatan itu, JVC tersebut tidak dapat ditubuhkan sehingga kini, malah CA pun belum ditandatangani," beliau dipetik berkata.
Tambahnya, Malaysia juga secara tindakan sebelah pihak telah menggantung rundingan dua hala bagi melantik OpCo sejak Ogos 2018 sementara menunggu pengesahan rakan JV Malaysia.
Khaw berkata di bawah BA, jika tarikh akhir asal (menyaksikan) JVC itu sama ada belum ditubuhkan atau sebarang pelantikan OpCo dibuat, maka kedua-dua negara tertakluk untuk sama-sama memanggil tender secara saksama, antarabangsa, telus dan terbuka bagi melantik OpCo, kecuali kedua-dua kerajaan bersetuju untuk menangguhkan tarikh-tarikh akhir tersebut.
Malah, selaras hasrat BA berkenaan, Khaw berkata Singapura turut menyedia serta menghantar draf dokumen tender kepada Malaysia pada November 2018 bagi mendapatkan maklum balas.
Menurutnya, ini tidak membabitkan sebarang tindakan segera kerana mengikut perkiraan Singapura, tender terbuka itu perlu dipanggil menjelang 31 Mac, 2019 supaya sebagaimana ditetapkan di bawah BA, OpCo yang dilantik berupaya memperoleh sistem teras Thomson-East Coast Line (TEL) bagi RTS Link sebelum pilihan pemerolehan itu tamat.
"Bagaimanapun, setakat ini, kami tidak menerima sebarang maklum balas Malaysia terhadap draf dokumen tender itu," katanya.
BACA: Menteri Pengangkutan Malaysia-Singapura bertemu pada 24 Jan
Sehubungan itu, wujud risiko bahawa Singapura dan Malaysia tidak mungkin bersedia untuk memanggil satu tender terbuka menjelang 31 Mac, 2019, yang berkemungkinan besar menyaksikan OpCo yang dilantik gagal mendapatkan sistem teras TEL sebelum berakhirnya tarikh pilihan itu, katanya.
Khaw turut menegaskan bahawa Singapura bertindak wajar dalam melaksanakan BA itu.
LTA misalnya telah menghimpunkan hampir 70 kakitangan, termasuk jurutera sivil serta sistem bagi pelaksanaan RTS Link, katanya.
"Kami turut memanggil tender awam untuk membina infrastruktur RTS Link termasuk stesen RTS Link Woodlands North di Singapura serta sebahagian daripada jambatan RTS Link tersebut," katanya.
Khaw berkata Singapura juga kekal komited sepenuhnya bagi melaksanakan Projek RTS Link tersebut serta memenuhi obligasinya di bawah BA berkenaan.
"Kami juga bertindak sewajarnya dan fleksibel kerana sedia maklum dengan keadaan Malaysia susulan pilihan raya umum pada Mei 2018," katanya.
BACA: Tiada caj terhutang kepada Lapangan Terbang Seletar terhadap jet Jho Low
Namun, kata Khaw, wujud implikasi serius susulan kegagalan memenuhi tarikh akhir ditetapkan BA membabitkan pelantikan OpCo dan seterusnya tidak berbincang dengan Singapura untuk mengambil langkah secara bersama memanggil tender terbuka bagi melantik OpCO.
Beliau turut membangkitkan bahawa BA itu merupakan satu perjanjian antarabangsa yang mengikat negara-negara yang memeterainya, tidak kiralah jika berlaku sebarang perubahan kerajaan.
BA itu jelas menggariskan tanggungjawab setiap negara terbabit dalam projek itu serta implikasi jika gagal memenuhinya, katanya.
"Kami akan terus mengambil pendekatan membina bagi menggerakkan projek ini. Sebagaimana Malaysia sedia maklum, RTS Link bertujuan menjadi usaha bersama bagi mengurangkan kesesakan di pusat-pusat pemeriksaan serta bagi menggalakkan kerjasama pengangkutan.
"Bagaimanapun, akibat kelewatan, tarikh bermulanya perkhidmatan RTS Link ini berkemungkinan terpaksa ditangguhkan melangkaui sasaran awal iaitu pada 31 Dis, 2024," katanya.
Astro Awani
Mon Jan 14 2019
Khaw bertemu Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan membincangkan mengenai projek RTS Link yang kini lewat daripada jadual asal. - Facebook Khaw Boon Wan
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
Bajet 2023 masih ikut jadual asal - Tengku Zafrul
Setakat ini tiada perubahan berkenaan Bajet 2023 seperti yang digembar-gemburkan.
MAVCOM arahkan syarikat penerbangan serah data gangguan jadual penerbangan
Pengerusi Eksekutif MAVCOM Datuk Seri Saripuddin Kasim data tersebut diperlukan untuk mendapatkan informasi yang objektif, tepat dan menyeluruh berkenaan isu tersebut.
Program Imunisasi COVID-19 mungkin selesai sebelum akhir tahun ini - Khairy Jamaluddin
Keyakinan tersebut adalah berdasarkan tahap kecekapan dan juga profesionalisme Kementerian Kesihatan (KKM) selain ketibaan vaksin mengikut jadual.
UCL: Peraturan baru COVID-19 di Jerman halang kemasukan Liverpool
Ordinan Perlindungan Corona yang disahkan oleh pemerintah Jerman pada Jumaat lalu hanya memberikan beberapa pengecualian dan tiada peraturan khusus terhadap atlet profesional.
NUTP mahu jadual keberadaan pelajar dalam kelas, PdPR diselaras
Pelaksanaan itu penting bagi mengelak guru dan pelajar hilang fokus dan tenaga akibat sesi yang terlalu lama selain menjamin kualiti PdP.
PKP 2.0: Laluan pergi dan balik feri Langkawi-Kuala Perlis dihentikan
Laluan Feri Langkawi ke Kuala Kedah pula dikurangkan kepada satu perjalanan, berbanding enam perjalanan sebelum pelaksanaan PKP.
Qatar serah jaminan kerajaan bida penganjuran Piala Asia 2027
Dengan pengalaman QFA dan kepakaran organisasi lebih dua dekad, ia mengesahkan keinginan QFA memenuhi semua keperluan penganjuran.
Perbincangan Singapura-Malaysia untuk muktamadkan SOP RGL dan PCA ikut jadual
Pegawai di Malaysia dan Singapura berusaha untuk mencapai sasaran pelaksanaan RGL dan PCA pada 10 Ogos 2020.
PLUS keluarkan jadual cadangan waktu perjalanan sempena Krismas
Bagi pengguna di Lembah Klang yang ingin menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor, mereka dinasihatkan memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.
Projek RTS Link JB-Singapura tidak berjalan lancar - Menteri Singapura
Beliau berkata Perjanjian Dua Hala RTS Link (BA) yang dimeterai Singapura dan Malaysia pada Januari 2018, telah menetapkan beberapa perkara penting bagi menjejaki perkembangan projek tersebut.