KUALA LUMPUR:Persatuan Bola Sepak Qatar (QFA) menyerahkan jaminan kerajaan Qatar kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), iaitu sebahagian daripada fasa ketiga bidaan hak penganjuran Piala AFC 2027 selaras keperluan menjayakan sesuatu bidaan.
Menurut kenyataan media QFA, negara Qatar telah menjanjikan komitmen untuk memenuhi semua syarat peraturan menganjurkan kejohanan berkenaan pada piawaian tinggi dan bersedia mematuhi jadual ditetapkan oleh AFC.
"Komitmen ini adalah sebahagian daripada visi nasional Qatar 2030, yang menyokong peningkatan keupayaan negara dalam semua bidang, dengan bantuan pelaburan besar-besaran dalam tahun mendatang.
"Dengan pengalaman QFA dan kepakaran organisasi selama lebih dari dua dekad, jaminan itu mengesahkan keinginan QFA untuk memenuhi semua keperluan penganjuran," menurut kenyataan itu.
Qatar yang kini dianggap sebagai hab sukan di rantau ini dengan penganjuran Piala Dunia 2022, bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan kejohanan membabitkan penyertaan 24 pasukan dengan keseluruhan 51 perlawanan.
QFA menyerahkan bahagian pertama dokumen bidaannya pada 26 Ogos diikuti bahagian kedua merangkumi keperluan perundangan pada 29 Okt.
Dokumen berkenaan mengandungi semua aspek penganjuran kejohanan berkenaan dan memberi penekanan terhadap keupayaan Qatar dalam menganjurkan acara sukan utama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 04 2020

Qatar bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan kejohanan membabitkan penyertaan 24 pasukan dengan keseluruhan 51 perlawanan.
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Anwar terima panggilan telefon daripada PM Qatar mengenai situasi terkini Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza.

Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Kejayaan mereka membuktikan bahawa semangat juang, dedikasi dan ketekunan mampu mengatasi segala cabaran.

Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza
Sejak bermulanya gencatan senjata Gaza, Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan.

Qatar gesa rundingan segera fasa kedua gencatan senjata Gaza
Qatar menggesa Israel dan Hamas untuk segera memulakan rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia bincang perdagangan, pelaburan dengan Qatar Chamber
Awang Bemee memuji kepimpinan ekonomi Qatar dan persekitaran mesra pelaburan, serta kejayaan penganjuran Piala Dunia FIFA 2022.

Penduduk dibenarkan kembali ke utara Gaza pada Isnin hasil perantaraan Qatar
Mulai pagi Isnin, pihak berkuasa Israel akan benarkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Gaza untuk kembali dari kawasan selatan.

Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.

'Sesuatu yang besar akan berlaku' - TMJ
Pemilik JDT itu menggambarkan bakal ada perkara yang sudah semestinya membawa kelebihan dan keuntungan buat kedua-dua belah pihak.

Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.