LIPIS: Kementerian Kerja Raya akan memulakan projek pelebaran lorong Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak (KLK) yang akan dilaksanakan oleh ANIH Berhad selaku pemegang konsesi lebuh raya KLK mulai Julai ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, projek pelebaran itu melibatkan kos RM2.1 bilion dengan jarak sejauh 45.3 kilometer.
"Kita menyediakan lebuh raya yang selesa, cepat, mudah dan cekap serta menangani isu kesesakan yang sering berlaku di Lebuh Raya KLK terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.
"KKR sentiasa mendengar keluhan rakyat yang terpaksa menghabiskan berbelas jam untuk pulang ke kampung terutama ketika musim perayaan kerana kesesakan luar biasa pada waktu puncak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Kerja Raya dan Parlimen Lipis di Arena Jubli Perak di sini pada Khamis.
Pada majlis itu Abdul Rahman turut menyampaikan sumbangan termos, sejadah, kain pelikat, kain batik dan wang tunai sebanyak RM100 riyal masing-masing kepada seramai 88 orang bakal jemaah haji daerah Lipis.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, skop kerja pelebaran KLK tersebut akan bermula dari Plaza Tol Gombak ke Persimpangan Mempaga, Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama di Bentong.
"Menerusi projek ini kita akan menambah daripada tiga lorong kepada empat lorong sehala bagi Seksyen 1 (dari Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi).
"Selain itu turut ditambah dua lorong kepada tiga lorong sehala bagi Seksyen 2 (dari Bukit Tinggi ke Plaza Tol Bentong) sepanjang 45.3 kilometer," ujarnya.
Jelasnya lagi, skop kerja itu juga akan melibatkan tambahan pembinaan sebuah terowong dua buah lorong baharu yang akan dibina bersebelahan dengan terowong sedia ada arah Timur dan penyediaan lampu jalan di sepanjang jajaran.
Tambahnya, kerja pelebaran berkenaan merupakan usaha kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat pada masa hadapan.
Norfarhiza Mohd Atar
Fri May 19 2023

Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Kerja Raya dan Parlimen Lipis di Arena Jubli Perak. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aidiladha: Aliran trafik masih lancar, pengguna diminta waspada kemalangan
Jumlah kenderaan sedikit meningkat berbanding hari biasa di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) namun trafik masih terkawal.

LTAT: Usaha beri tawaran am kepada Boustead Plantations masih berjalan
BPlant dan KLK setuju untuk tidak meneruskan cadangan pengambilalihan RM1.15 bilion oleh KLK bagi 33 peratus kepentingan dalam BPlant.

Gagal ambil alih 33% kepentingan dalam Boustead Plantations tidak beri kesan kepada KLK - MIDF Research
Firma itu berkata, malang buat Boustead kerana harga menarik dan pemegang saham berpeluang dapat manfaat daripada operasi luar biasa KLK.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera mahu beli BPlant, dianggarkan RM1.11 bilion
Ia bertujuan meneruskan tawaran am BPlant pada harga tawaran RM1.55 sesaham, tertakluk kepada kelulusan kawal selia, kata LTAT.

33 peratus saham Boustead Plantations dijual bagi selesaikan hutang
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata langkah itu membabitkan jualan saham hanya sebanyak 33 peratus, dengan LTAT dan Boustead masih berpeluang menjadi antara p

Tanah mendap: Laluan dibuka semula, patuhi had laju - ANIH Berhad
ANIH Berhad turut menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi had laju yang ditetapkan dan berhati-hati semasa memandu di kawasan tersebut.

Tanah mendap: Laluan arah Kuantan dibuka
Sebahagian laluan KLK yang ditutup sepenuhnya akibat tanah mendap di KM66.1 bermula malam Selasa, dibuka semula bagi arah Timur.

Projek pelebaran KLK bernilai RM2.1 bilion bermula Julai ini
Projek pelebaran itu melibatkan kos RM2.1 bilion dengan jarak sejauh 45.3 kilometer.

Treler alami masalah brek rempuh kenderaan lain di Lebuhraya KLK
Sebuah treler muatan besi yang mengalami masalah brek antara lima kenderaan terlibat dalam kemalangan di kilometer (KM) 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur hari ini.

Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup sebahagian malam ini
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan ditutup sebahagian di kedua dua arah selama 30 minit bermula jam 11 malam ini.