CHUKAI: Projek pembinaan Hospital Kemaman baharu di Kijal kini telah siap 75 peratus dan dijangka selesai sepenuhnya pada Ogos tahun hadapan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata hospital yang melibatkan perbelanjaan RM450 juta itu akan dilengkapi 300 unit katil, lapan dewan bedah, unit rawatan rapi, kompleks klinik pakar dan klinik rawatan harian.
"Projek ini agak besar...dan akan dilengkapi dengan peralatan dan perubatan yang mungkin lebih baik dan canggih.
"Bulan Ogos insya-Allah harapnya siap dan sebelum berakhir tahun hadapan boleh digunakan," katanya kepada media selepas melawat Klinik Kesihatan Air Putih di sini hari ini.
Ditanya mengenai Hospital Kemaman sedia ada dekat sini yang masih digunakan, Dr Zaliha berkata hospital itu akan dijadikan Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kemaman, yang akan memberi keutamaan spesifik kepada dua golongan itu.
Mengenai pembangunan fasiliti kesihatan di Terengganu, Dr Zaliha berkata sebanyak 58 klinik daif telah dikenal pasti dan daripada jumlah itu 54 klinik telah dibaiki dan dinaik taraf, manakala empat lagi akan siap selewat-lewatnya akhir tahun ini.
"Tahun hadapan pula kita rancang untuk tingkat kualiti dan kemudahan infrastruktur dan fasiliti kesihatan Terengganu melalui Belanjawan 2024, membabitkan RM175 juta melibatkan beberapa projek termasuk sembilan projek baru dan 11 projek sambungan," katanya.
Ditanya persiapan banjir, pihaknya telah mengenal pasti beberapa fasiliti kesihatan di Terengganu yang berisiko dilanda banjir, namun persiapan awal telah diambil termasuk bersedia memindahkan pesakit terkesan ke fasiliti kesihatan lain.
Mengenai pesakit yang ingin mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Dis ini, Dr Zaliha berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), untuk membantu pesakit yang stabil menjalankan tanggungjawab mereka.
Ditanya mengenai Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, Dr Zaliha berkata ia akan dibentangkan segera dan melibatkan beberapa pindaan.
Sebelum ini, pembentangan rang undang-undang itu yang dikenali sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, ditangguhkan kepada suatu tempoh yang tidak dimaklumkan.
Undang-undang itu bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada individu lahir selepas 2007.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
![Projek Hospital Kemaman baharu kini 75 peratus, siap Ogos 2024 Projek Hospital Kemaman baharu kini 75 peratus, siap Ogos 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687244019_ZalihaMustafa.jpg)
Dr Zaliha berkata hospital yang melibatkan perbelanjaan RM450 juta itu akan dilengkapi 300 unit katil, lapan dewan bedah, unit rawatan rapi, kompleks klinik pakar dan klinik rawatan harian. -Gambar fail/Bernama
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Projek Hospital Kemaman baharu kini 75 peratus, siap Ogos 2024 Projek Hospital Kemaman baharu kini 75 peratus, siap Ogos 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687244019_ZalihaMustafa.jpg)
Projek Hospital Kemaman baharu kini 75 peratus, siap Ogos 2024
Hospital yang melibatkan perbelanjaan RM450 juta itu akan dilengkapi 300 unit katil, lapan dewan bedah, unit rawatan rapi, kompleks klinik pakar dan klinik rawatan harian.
![Tiga cedera kereta rempuh taska di Kemaman Tiga cedera kereta rempuh taska di Kemaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689067555_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Tiga cedera kereta rempuh taska di Kemaman
Kejadian berlaku selepas MPV yang dipandu pesara tentera itu hilang kawalan ketika mengundur keluar dari halaman rumahnya yang berhadapan taska tersebut.
![Korban nahas tragedi 3 Syawal di Chukai meningkat ke enam orang Korban nahas tragedi 3 Syawal di Chukai meningkat ke enam orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682379255_kemalangan.jpg)
Korban nahas tragedi 3 Syawal di Chukai meningkat ke enam orang
KORBAN NAHAS TRAGEDI 3 SYAWAL DI CHUKAI MENINGKAT KE ENAM ORANG
![Cabul pesakit kanak-kanak: Doktor direman tujuh hari Cabul pesakit kanak-kanak: Doktor direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676001806_doktorcabulpesakit.jpg)
Cabul pesakit kanak-kanak: Doktor direman tujuh hari
Perintah reman sehingga 16 Februari itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin bagi membolehkan siasatan lanjut kes dilakukan.
![Doktor Hospital Kemaman ditahan cabul pesakit kanak-kanak perempuan Doktor Hospital Kemaman ditahan cabul pesakit kanak-kanak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-03/41553777991_childkanakkanak.jpg)
Doktor Hospital Kemaman ditahan cabul pesakit kanak-kanak perempuan
Doktor lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 1.50 tengah hari semalam, selepas pihak polis menerima laporan yang dibuat ibu mangsa pada malam Rabu.
![Ibu reda, bayi 'pergi' selepas dua hari dilahirkan Ibu reda, bayi 'pergi' selepas dua hari dilahirkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51665622565_NurHakimahRaisAhm.jpg)
Ibu reda, bayi 'pergi' selepas dua hari dilahirkan
Nur Hakimah berkata, bayinya yang dinamakan Ainul Syahidah Syahmiezan meninggal dunia jam 10.45 pagi di Hospital Kemaman.
![Dugaan Ramadan, 18 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang Dugaan Ramadan, 18 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649463770_kebakarankediaman.jpg)
Dugaan Ramadan, 18 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang
Ketika kejadian kesemua mangsa berada di dalam rumah dan sebahagian mangsa sedang tidur.
![Bayi maut ditikam: Remaja 15 tahun direman di Hospital Kemaman Bayi maut ditikam: Remaja 15 tahun direman di Hospital Kemaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644318152_Terengganubayi.jpg)
Bayi maut ditikam: Remaja 15 tahun direman di Hospital Kemaman
Seorang remaja perempuan yang juga dipercayai suspek pembunuhan seorang bayi ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
![Penunggang, pembonceng motosikal maut bertembung kereta Penunggang, pembonceng motosikal maut bertembung kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640727826_kemalangan.jpg)
Penunggang, pembonceng motosikal maut bertembung kereta
Kedua-dua mangsa terseret kira-kira lapan meter sebelum kereta tersebut terjunam ke dalam cerun berhampiran.
![Pekerja ladang maut motosikal dirempuh treler Pekerja ladang maut motosikal dirempuh treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591278436_BuruhMaut.jpg)
Pekerja ladang maut motosikal dirempuh treler
Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Ayer Putih selepas selesai tugasan di ladang tersebut.