KEMAMAN: Ketenangan terpancar dari raut wajah sepasang suami isteri biarpun diuji kehilangan bayi akibat jangkitan kuman di paru-paru selang dua hari selepas dilahirkan pada Sabtu lalu.
Bercakap kepada Sinar Harian, Nur Hakimah Rais Ahmad, 28, berkata, bayinya yang dinamakan Ainul Syahidah Syahmiezan meninggal dunia jam 10.45 pagi di Hospital Kemaman.
Nur Hakimah memberitahu, bayinya yang dilahirkan di rumah itu perlu menerima rawatan lanjut di hospital berikutan sejarah sindrom guillain-barre atau GBS yang dihidapinya ketika kandungan berusia 33 minggu.
"Ketika melahirkan Ainul Syahidah, saya tidak sempat ke hospital kerana mengalami kontraksi bersalin di rumah. Ketika itu saya seorang diri kerana suami sedang menghantar anak sulung ke rumah emak sebelum membawa saya ke hospital.
"Mujurlah urusan bersalin di rumah begitu mudah. Apabila suami pulang, dia terperanjat lihat saya sedang memangku bayi yang baru dilahirkan sebelum kami dikejarkan ke hospital," katanya.
Nur Hakimah yang tinggal di Kampung Paya Berenjut, di sini berkata, ketika di hospital bayinya memerlukan pemantauan rapi manakala dia dibenarkan pulang ke rumah.
Bagaimanapun, dia mendapat panggilan telefon dari pihak hospital jam 3 pagi pada Isnin memintanya datang ke situ kerana keadaan Ainul Syahidah tidak stabil.
"Bila sampai hospital doktor beritahu paru-paru anak saya sudah tidak boleh 'survive'. Sokongan mesin juga tidak boleh menstabilkan oksigen dan kami perlu bersedia terhadap sebarang kemungkinan," luah Nur Hakimah ketika dihubungi di sini, pada Khamis.
Katanya, selepas mendengar penjelasan doktor, dia dan suami, Syahmiezan Sahrom, 29, nekad menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Yang Maha Esa.
"Anak syurga kami yang ALLAH SWT pinjamkan sekejap. Lahir jam 8.25 pagi pada Sabtu dan ALLAH SWT ambil semula pinjaman Dia jam 10.45 pagi pada Isnin," katanya yang mengusahakan kedai roti dan kek serta menyediakan perkhidmatan penghantaran hadiah.
Jelas Nur Hakimah, dia sempat melihat bayinya menarik nafas sebanyak tiga kali sebelum menghembuskan nafas terakhir dipangkuannya.
ALLAH sudah beri saya banyak sangat nikmat salah satunya mudah melahirkan. Saya berpegang pada kata-kata, setiap yang Dia kurniakan pada hambaNya adalah yang terbaik.
"Hari ini kalau paksa dia 'survive' belum tentu itu yang terbaik untuk masa depan dia. Jadi kami serahkan yang terbaik di tanganNya," ujar Nur Hakimah.
Katanya, sepanjang kehamilan dia tidak mengalami masalah kesihatan yang serius.
"Doktor beritahu kematiannya berpunca daripada jangkitan kuman di paru-paru serta dipengaruhi faktor sekeliling, bukan hanya berpunca daripada penyakit GBS yang saya alami," katanya.
Jasad Ainul Syahidah disemadikan di tanah perkuburan dekat Kuala Kemaman jam 2 petang pada Isnin lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 13 2022
Nur Hakimah memangku bayinya di samping suami, Syahmiezan, selepas bayinya meninggal dunia. - Foto Ihsan keluarga
Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada jam 8.02 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.5000/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 di akhir urus niaga semalam.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 10 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 10 Januari 2025
Mari saksikan perkembangan terkini kedudukan ringgit berbanding dolar Singapura setakat pagi Selasa.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 10 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
JS-SEZ: Strategic Prospects for ASEAN Amid Global Shifts
Yun Liu, ASEAN Economist at HSBC, discusses the Johor-Singapore Special Economic Zone (JSSEZ) as a potential catalyst for regional growth. Explore insights on how the JSSEZ can attract global investors amid geopolitical tensions, China’s economic slowdown, and evolving trade dynamics.
AWANI Ringkas: Rasionalisasi subsidi diesel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Pasaran kargo udara global menyaksikan pertumbuhan permintaan yang kukuh pada November 2024 dengan jumlah kargo tan bagi setiap kilometer meningkat sebanyak 8.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Selepas Syahmi Safari, giliran Feroz Baharudin akhiri musim 2024/25 lebih awal bersama JDT
Feroz mengalami kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL), sekali gus mengakibatkan dirinya harus melupakan kancah bola sepak seketika.
Menilai prestasi awal tahun dan prospek terkini pasaran
Apa yang menjadi keutamaan dan kebimbangan pasaran pada prestasi awal tahun serta jangkaan semasa? Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, mengupas berkenaan prestasi pasaran saham minggu ini dan unjuran masa terdekat.
#AWANIRingkas 10 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 10 Januari 2025
1️⃣ Rasionalisasi subsidi diesel
2️⃣ Lawatan PM Jepun ke Malaysia
3️⃣ Keselamatan sempadan
#awaniringkas
1️⃣ Rasionalisasi subsidi diesel
2️⃣ Lawatan PM Jepun ke Malaysia
3️⃣ Keselamatan sempadan
#awaniringkas
Ibu reda, bayi 'pergi' selepas dua hari dilahirkan
Nur Hakimah berkata, bayinya yang dinamakan Ainul Syahidah Syahmiezan meninggal dunia jam 10.45 pagi di Hospital Kemaman.