KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tidak mungkin Petrosaudi Oil Services (Venezuela) Limited (PSOS-VZ) dapat meneruskan projek eksplorasi minyak dengan kerajaan Venezuela, tanpa kebenaran pemindahan AS$185 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh syarikat induknya, Petrosaudi International Ltd (PSI).
Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun berkata Pengarah PSI Tarek Obaid, telah memudahkan pemindahan itu kerana beliau pada setiap masa, mempunyai kawalan ke atas semua akaun Petrosaudi termasuk pemindahan dana, memandangkan beliau adalah penandatangan yang dibenarkan untuk akaun-akaun tersebut.
Norinna berkata AS$185 juta itu adalah sebahagian daripada AS$1 bilion untuk usaha sama 1MDB-PSI dan anak syarikat PSI (PSOS-VZ) menerima wang itu pada 2010.
"Daripada AS$185 juta, sebahagian daripadanya dibayar untuk membeli kapal gerudi bagi projek eksplorasi minyak dengan kerajaan Venezuela.
“Ini tidak mungkin berlaku jika bukan kerana (dana daripada) 1MDB dan PSOS-VZ dapat membiayainya,“ kata beliau ketika berhujah dalam permohonan kerajaan untuk menghalang Obaid, PSI dan anak syarikatnya PSOS-VZ daripada menggunakan lebih AS$340 juta dikaitkan dengan 1MDB, yang disimpan dalam akaun eskrow di firma guaman United Kingdom, Clyde & Co di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.
Norinna berhujah bahawa pergerakan wang itu telah diselindung oleh Obaid dan beliau telah menyembunyikan punca dana yang sepatutnya untuk eksplorasi minyak di Turkmenistan serta Argentina, selain di Venezuela.
"Kami berhujah bahawa dana yang dipersoalkan, perkara utama perlu dihalang dan dilucuthakkan daripada sebarang urusan, kami telah menunjukkan kepada Yang Arif punca dana ini.
"Kami telah menunjukkan dalam penghujahan sebelum ini tentang bagaimana jejak wang telah masuk dan bagaimana ia masuk ke kontrak eksplorasi minyak," katanya.
Pada 16 Julai 2020, mahkamah membenarkan permohonan kerajaan untuk perintah interim bagi menghalang pihak-pihak terlibat daripada memindahkan wang yang dikaitkan dengan 1MDB dan menyimpannya dalam akaun anak guam di sebuah firma guaman yang berpangkalan di United Kingdom.
Perintah interim itu bagi mengekalkan status quo pihak-pihak terlibat sehingga selesai permohonan sekatan kerajaan yang memohon perintah untuk menyekat sebarang urusan mengenai wang milik PSI dan PetroSaudi Oil Services (Venezuela) Limited (PSOS-VZ) yang kini berada di akaun eskrow yang dipegang oleh Clyde & Co LLP di UK.
Selain AS$340 juta itu, kerajaan juga memohon wang yang tidak ditentukan yang disimpan di bawah nama akaun perantaraan, Temple Fiduciary Services Limited, di Barclays Bank, UK.
Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) yang menamakan Obaid, PSI, PSOS-VZ, Clyde & Co dan Temple Fiduciary, masing-masing sebagai responden pertama hingga kelima.
Mahkamah akan mendengar sambungan hujahan itu esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022

Pada 2020, mahkamah membenarkan permohonan kerajaan untuk perintah interim menghalang pihak terlibat daripada memindah wang dikaitkan dengan 1MDB dan menyimpannya dalam akaun anak guam di sebuah firma guaman berpangkalan di UK. - Gambar hiasan

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.
Pasaran saham AS naik berikutan data inflasi yang lebih rendah
Saham AS meningkat pada hari Rabu selepas data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan membantu menghentikan penjualan besar-besaran, walaupun perang tarif yang berterusan oleh Presiden Donald Trump mengekang kenaikan. S&P 500 dan Nasdaq ditutup dalam wilayah positif, manakala Dow Jones berakhir sedikit lebih rendah.
Trump ancam tarif tambahan apabila EU, Kanada bertindak balas tarif sedia ada
Presiden Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat, mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah dan Kanada. Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan jika EU melaksanakan tarif balas terhadap barangan AS. Kanada, pembekal utama keluli dan aluminium ke AS, mengumumkan tarif balas sebanyak 25% ke atas logam tersebut serta produk lain bernilai C$29.8 bilion.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.48 pagi ini untuk dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Mac 2025
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bimbang mengenai perang perdagangan yang semakin meningkat, yang menjejaskan sentimen risiko. Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain
Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4150/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4300 ketika ditutup semalam.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.