Projek Perintis Kebenaran Bekerja untuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dari etnik Rohingya akan bermula secara rasmi 1 Mac ini, ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Jelasnya, projek perintis itu akan membolehkan 300 pemegang kad UNHCR etnik Rohingya yang melepasi tapisan keselamatan dan saringan kesihatan untuk bekerja.
"Kesemua mereka akan ditempatkan di syarikat-syarikat terpilih dalam sektor perladangan dan pengilangan bertujuan memberikan kemahiran dan sumber kewangan untuk membina kehidupan sebelum ditempatkan semula ke negara ketiga," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) Mengenai Isu-Isu Berkaitan UNHCR di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Perkara itu adalah antara empat usaha dilaksanakan kerajaan Malaysia dan UNHCR dalam mengendalikan pelarian di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu, kerajaan akan menyemak semula Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.23 bagi memastikan pengurusan pemegang kad UNHCR di Malaysia dapat dibuat dengan lebih kemas dan teratur.
"Pada masa sama, pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam menguruskan isu-isu pelarian dengan lebih berkesan melalui penubuhan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia," katanya lagi.
JTF berkenaan melibatkan kerjasama enam kementerian utama dengan pihak UNHCR untuk memastikan kesahihan pemegang kad UNHCR adalah mereka yang benar-benar telah sah diperakukan.
Malaysia dan UNHCR turut berusaha menangani isu-isu pemerdagangan orang.
"Secara tidak langsung, inisiatif membenarkan etnik Rohingya bekerja dapat menangani isu-isu pemerdagangan orang dengan lebih berkesan," tambahnya.
Mesyuarat berkenaan turut mengambil maklum seramai 149,474 pemegang kad UNHCR berada di Malaysia sehingga 31 Disember lalu.
Daripada jumlah itu, 133,517 orang adalah dari Myanmar termasuk 55,565 orang melibatkan etnik Rohingya.
Rahimah Abdullah
Thu Feb 02 2017
![Projek Benarkan Pemegang Kad UNHCR Rohingya Bekerja Bermula 1 Mac Projek Benarkan Pemegang Kad UNHCR Rohingya Bekerja Bermula 1 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/51466429741_UNCHR.jpg)
Kerajaan akan menyemak semula Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.23 bagi memastikan pengurusan pemegang kad UNHCR di Malaysia dapat dibuat dengan lebih kemas dan teratur. - Gambar fail
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723198135_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
![Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722336405_TBZahidhamidi.jpg)
Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kejayaan para atlet bukan sahaja diukur melalui pencapaian pingat, tetapi juga melalui semangat juang dan usaha keras yang telah ditunjukkan.
![Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722789674_TBZAHIDHAMIDI.jpg)
Malaysia kekal bersolidariti, tuntut pembebasan rakyat Palestin
Perjuangan menuntut pembebasan Palestin kini bukan hanya merupakan perjuangan orang Islam, sebaliknya membabitkan perjuangan sejagat.
![Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722772967_TBZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid sokong cadangan UMNO diberi kerusi di Parlimen Kota Raja
Ahmad Zahid berkata cadangan itu sesuai dengan realiti politik semasa yang dibina atas dasar kefahaman antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.
![Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722336405_TBZahidhamidi.jpg)
Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid
Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.
![PRK Nenggiri: Jentera BN akan perjelas isu subsidi diesel, elak fitnah pembangkang - Ahmad Zahid PRK Nenggiri: Jentera BN akan perjelas isu subsidi diesel, elak fitnah pembangkang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722336655_TBZahidhamidi.jpg)
PRK Nenggiri: Jentera BN akan perjelas isu subsidi diesel, elak fitnah pembangkang - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata bagi sebarang fitnah yang dibuat, penjelasan akan dibuat kembali oleh jentera parti, dan penerangan berhubung isu berkenaan akan diperhebatkan.
![200 pelajar India dihantar ke China belajar TVET - Ahmad Zahid 200 pelajar India dihantar ke China belajar TVET - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722164284_AhmadZahidHamidi.jpg)
200 pelajar India dihantar ke China belajar TVET - Ahmad Zahid
Kerajaan akan menghantar 200 pelajar kaum India mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke China, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Ahmad Zahid Hamidi.
![Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721738910_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pertemuan atau perbincangan rasmi antara parti itu dengan Pas, bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
![Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719303558_ZahidHamidi.jpg)
Manfaat tanah terbiar, tanam bahan dan ramuan untuk penghasilan produk halal - Ahmad Zahid
Majlis Halal Malaysia sedang mengkoordinasi usaha bersama pihak negeri dan agensi kerajaan agar tanah terbiar dapat digunakan untuk memperluas penanaman.
![Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - Ahmad Zahid Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222103_ZahidHamidi.jpg)
Sebanyak 1,038 tempat TVET yang ditawar oleh MCI sudah diisi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata inisiatif itu akan memberikan kemahiran dalam menggunakan peralatan teknologi tinggi kepada pelajar Malaysia.