SHAH ALAM: Kerajaan akan memastikan pelaksanaan 5G di Malaysia berjalan mengikut rancangan walaupun dua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) mengambil keputusan untuk tidak mengambil kepentingan dalam Digital Nasional Bhd (DNB).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata susulan penarikan dua syarikat tersebut rundingan dengan empat lagi MNO akan diteruskan dan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu lagi kerana akan membabitkan pengubahsuaian dalam dokumen perjanjian yang akan ditandatangani.
"Dua MNO buat keputusan untuk tidak menyertai maka kita tidak memaksa (mereka), dan kita akan teruskan dengan yang setuju yang iaitu empat syarikat telco cuma ia sedikit menjejaskan proses menandatangani perjanjian kerana dalam dokumen kerajaan dan Kabinet memutuskan majoriti adalalah pihak swasta sedangkan empat syarikat tadi tidak cukup 50 peratus (pegangan)," katanya pada sidang media selepas pelancaran Jualan Murah Keluarga Malaysia@De Dagang di sini hari ini.
"Setiap syarikat juga kena kembali kepada Lembaga Pengarah kerana mereka bagi kelulusan berdasarkan lebih 11 peratus langganan, jadi kalau kita tawarkan lebih sampai 15 hingga 16 peratus mereka kena balik semua kepada Lembaga Pengarah, tak boleh jawab ya terus. Jadi kita terpaksa bagi masa," katanya.
Dalam masa yang sama katanya sebagaimana yang disebut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, tawaran turut terbuka kepada pemain industri lain yang berminat memperoleh kepentingan di DNB.
"Yang penting ialah pelaksanaan (roll-out) 5G mesti kekal lancar bagi memenuhi keutamaan untuk mencapai 80 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang 2024.
Annuar berkata jika perkara tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu atau dua minggu ini, syarikat-syarikat yang terkait boleh menawarkan perkhidmatan 5G bagi kawasan yang telah siap prasarananya tanpa perlu bertangguh.
"Kementerian kekalkan garis masa perancangan sedia ada yakni roll-out seboleh-bolehnya pada bulan ini, walaupun kemungkinan rundingan kalau sampai akhir September, maka awal Oktober kena ada roll-out.
"Saya tidak mahu bertangguh dan tidak mahu kerana satu dua syarikat mengubah pendirian rancangan kerajaan nak roll-out 5G tergendala, jadi kita perlu berjalan dengan lancar," katanya.
Difahamkan, Maxis Bhd dan U Mobile Sdn Bhd tidak bercadang untuk mengambil kepentingan dalam DNB. Empat MNO iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi.com Bhd, YTL Communications Sdn Bhd (YES) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) masih tetap dengan keputusan masing-masing untuk melanggan saham DNB.
Mengenai isu kerugian yang direkodkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak RM700,000 ekoran pokok hiasan yang rosak pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada Rabu, Annuar berkata perkara itu terjadi berikutan bilangan pengunjung luar biasa membanjiri Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut bagi menyaksikan perarakan tersebut.
"Cuma untuk panduan masa akan datang, bila ada program beramai-ramai, kita semua ambil tanggungjawab, kita jaga. Harta kerajaan tu harta kitalah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berucap pada Majlis Pelancaran Jualan Murah Keluarga Malaysia DE Dagang di Plaza Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket didalangi lima individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.