Pengenalan program perantis vokasional untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 diyakini mampu mengatasi kebergantungan industri terhadap tenaga kerja asing selain mengurangkan keciciran dalam kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beberapa ahli akademik yang dihubungi Bernama, berpandangan langkah positif itu memberi ruang kepada pelajar yang lemah dalam akademik tetapi berpotensi dalam bidang kemahiran mendapat pengiktirafan sebagai penyumbang utama kepada usaha memacu pertumbuhan negara pada masa depan.
Anggota Jawatankuasa Kluster Pendidikan dan Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata program berbentuk latihan industri itu boleh memberi pendedahan pembelajaran teori serta praktikal secara serentak.
"Ini suatu usaha berstrategi memberi fokus kepada pelajar untuk mendapat ilmu kemahiran dan kelayakan akademik. Saya pasti jumlah keciciran pelajar lepasan SPM akan dapat dikurangkan.
"Mereka aset negara dan melalui perancangan yang baik seumpama ini, negara juga mampu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing di masa depan," katanya.
Beliau mengulas laporan mengenai langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan program perantis vokasional kepada pelajar sekolah menengah harian yang lemah dalam aspek akademik.
Menerusi program itu, pelajar akan mengikuti latihan amali di industri selama tiga hari seminggu dan dua hari di sekolah.
Langkah itu juga memberi peluang kepada pelajar yang gagal mendapat tempat di Kolej Vokasional untuk menduduki SPM dan seterusnya menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) selepas tamat Tingkatan 5.
Hassan yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) juga menyifatkan langkah itu sebagai tindakan proaktif kerajaan bagi menambah baik sistem pendidikan negara ini.
"Pelajar berkualiti juga mampu dilahirkan walaupun mereka ini lemah dalam aspek akademik. Ini adalah strategi 'pewujudan kerja daripada mencari kerja," katanya.
Bekas Naib Canselor Universti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Ibrahim Abu Shah berkata langkah progresif kerajaan itu perlu dilaksanakan sebaik mungkin oleh sekolah bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memperkasakan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
"Kerajaan sebenarnya mahu memperbetulkan persepsi negatif kononnya bidang kemahiran hanya untuk golongan yang kurang berjaya dalam akademik. Ia sebenarnya mampu memberikan pulangan pendapatan yang tinggi," katanya.
Ibrahim yang juga pengerusi Biro Pendidikan Umno berkata program itu juga membantu memartabatkan bidang TVET dengan memberi pengiktirafan sepatutnya kepada mereka.
"Saya mahu lihat pelajar cemerlang kemahiran sebaris dengan pelajar cemerlang akdemik pada masa akan datang. Mereka akan sama-sama memacu negara ke peringkat lebih maju," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Destini Anak Bangsa Prof Tan Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata bidang TVET wajar diberi keutamaan kerana generasi muda kini lebih cenderung kepada bidang kemahiran.
Katanya skop kerjaya berkaitan kemahiran juga luas malah lebih ramai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat dilahirkan bagi merancakkan ekonomi negara.
"Apabila ada saluran betul, maka kita boleh asuh mereka ini dan gunakan kemahiran yang ada dengan betul. Kita tidak mahu mereka ini cicir dan menganggur malah ada yang terlibat dalam jenayah," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 20 2017
Bidang TVET wajar diberi keutamaan kerana generasi muda kini lebih cenderung kepada bidang kemahiran dan skop kerjaya berkaitan kemahiran juga luas. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Program perantis vokasional keperluan masa depan negara
Langkah positif itu memberi ruang kepada pelajar yang lemah dalam akademik tetapi berpotensi dalam bidang kemahiran mendapat pengiktirafan.