Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata program sama yang pernah dilaksanakan pada 2019 itu diadakan akan semula bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela bagi melaporkan pendapatan mereka tanpa sebarang penalti atau pada kadar sifar peratus.
"Bilangan dan anggaran pendapatan ini adalah berdasarkan kepada pengenalan pemakaian Nombor Pengenalan Cukai (TIN), iaitu pendaftaran kepada warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas," katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Ahmad turut berkata pelaksanaan program dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu selaras dengan Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas, yang menggalakkan rakyat menjalankan tanggungjawab sebagai pembayar cukai yang jujur, amanah dan telus.
Katanya LHDN melalui pendekatan "Awareness, Education and Services" atau A.E.S akan memberikan kerjasama dengan membantu pembayar cukai menjalankan tanggungjawab mereka dengan mudah.
AHMAD-LHDN (PROGRAM) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Saya juga ingin mengulangi bahawa LHDN akan sentiasa membantu dan mengajar pembayar cukai agar terus cakna dan celik berkenaan tanggungjawab percukaian. Ini berbeza dengan persepsi sebelum ini di mana HASiL dilihat memburu dan mengejar pembayar cukai," katanya.
Beliau turut memberi jaminan LHDN akan terus mengambil pendekatan menyediakan perkhidmatan percukaian yang profesional selari dengan hasrat menjadikan pematuhan cukai sukarela output kepada semua strategi dan inisiatif yang yang dilaksanakan.
Sehubungan itu Ahmad Maslan menyeru semua warganegara Malaysia untuk mengambil peluang terbaik ini untuk tampil bagi mengemas kini status pematuhan cukai masing-masing dan dinasihatkan agar tidak menunggu di saat akhir.
Katanya ia bagi mengelakkan mereka daripada terlepas peluang terbaik ini kerana aktiviti penguatkuasaan seperti audit dan siasatan akan berjalan seperti biasa.
-- BERNAMA