KUALA LUMPUR:
Pemaju perumahan terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) memperkenalkan Program Kesetiaan Pelanggan “LBS Perks and Plusses,” satu konsep direka khusus untuk memberi faedah dan ganjaran yang berterusan kepada pembeli hartanah LBS.

Dengan kolaborasi 26 rakan kongsi ternama, ahli program “LBS Perks and Plusses” dapat menikmati pelbagai produk jenama terkenal dengan tawaran menarik, dalam merealisasikan hasrat LBS untuk memberi pengalaman pemilikan hartanah yang tiada tandingan.

Antara jenama yang bersama dalam program ini adalah Acson, Brynton Hotel, Bright Empire Hotpot, Blanc Dental, Coway, Columbia Asia Hospital, D’Marina Marketing, Decathlon, Everybody Electrical, Gintell, Goodnite International, Hypergear, Hospital Mata Tun Hussein Onn, Kiddocare, Karangkraf, Lifecare, Mamee, Metroflex, M3 Mall, OMS Kitchen, Panama, Scapes Hotel, The Gigabit, Watsons, Perfect Companion dan ZUS Coffee.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir. Lim Hock San berkata, mereka memahami kepentingan kesetiaan pelanggan, dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan mendorong LBS mencipta bukan sahaja ruang kediaman yang meningkatkan gaya hidup, tetapi juga mengukuhkan hubungan antara pemaju dengan pemilik rumah.

“LBS beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang tiada bandingannya.

“Menerusi program ini, pelanggan setia LBS akan menerima pelbagai manfaat daripada saluran sokongan khusus untuk menangani pertanyaan dan persoalan dengan segera, mencerminkan komitmen kami untuk membina hubungan yang berkekalan dan menawarkan nilai hebat kepada mereka yang selama ini telah menyokong perjalanan kami,” katanya.

Keistimewaan lain untuk dinikmati ahli “LBS Perks and Plusses” adalah program rujukan, rebat tunai untuk pembelian rumah kedua, keutamaan akses kepada pelancaran projek baharu, penyenaraian hartanah eksklusif serta jemputan ke acara-acara berkaitan.

Selain itu, pembeli rumah juga berpeluang untuk menyertai kempen “LBS Fabulous Extra 2022-23” dengan hadiah menarik bernilai sehingga RM1.5 juta!

Keahlian “LBS Perks and Plusses” adalah percuma, pelengkap kepada mana-mana pembeli individu atau korporat yang telah membeli hartanah LBS dan anak-anak syarikatnya dengan harga pembelian minimum RM150,000.

Di samping itu, Program “LBS Perks and Plusses” turut dimantapkan dengan keahlian digital (e-Membership) di mana para ahli dapat menikmati pelbagai tawaran dan keistimewaan dengan lebih mudah tanpa memerlukan sebarang kad fizikal - segalanya di hujung jari pada peranti.

Tekad untuk mewujudkan penanda aras baharu dalam kepuasan pelanggan, cita-cita LBS adalah mudah tetapi mendalam, iaitu untuk membina hubungan jangka panjang dengan para pelanggan di samping menjamin perjalanan pembelian rumah mereka sebagai pengalaman yang luar biasa.

Untuk maklumat lanjut dan cara untuk memanfaatkan program eksklusif ini, sila layari laman web “LBS Perks and Plusses” rasmi di https://rewards.lbs.com.my/.