PETALING JAYA: Hubungan baik dengan delegasi dan pemain industri utama dari China dilihat mampu membuka peluang kerjasama serta menarik pelaburan asing masuk ke dalam negara, sekali gus membantu memacu ekonomi Malaysia.
Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Bhd., Tan Sri Ir Lim Hock San berkata, lawatan delegasi dari China yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Fujian Provincial People’s Congress, Zhou Zuyi baru-baru ini adalah sangat signifikan dalam mewujudkan peluang pertukaran pendapat, maklumat dan pandangan.
LBS secara langsung terlibat dengan dua sesi perkongsian yang diadakan sempena lawatan timbal balik ke Malaysia berikutan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada April lalu.
“Pertemuan baru-baru ini berjalan dengan lancar dan kami yakin ia mampu meneroka peluang kolaborasi yang memberi manfaat kepada perkembangan ekonomi bagi kedua-dua buah negara.
“Malah, sekiranya Fujian berminat serta merancang untuk membuat pelaburan di Malaysia, ianya bakal membuka peluang pelaburan yang lebih besar di samping mewujudkan peluang pekerjaan dan pemerkasaan ekonomi negara.
“Kami juga percaya bahawa ia turut bakal memberi manfaat kepada China untuk memulakan pasaran dan peluang perdagangan dua hala,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di pejabat LBS Suite di sini pada Khamis.
Salah sebuah sesi perkongsian tersebut berlangsung semasa majlis minum petang di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, di mana Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat bercemar duli.
Dalam sesi perkongsian berasingan yang diadakan pada hari sama, LBS turut terlibat dengan mesyuarat delegasi Kerajaan Fujian yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, bertempat di hotel St. Regis Kuala Lumpur.
Menurut Hock San, perbincangan tersebut menyentuh tentang prospek kerjasama yang akan diterokai dengan tumpuan khusus kepada pembangunan Zon Ekonomi Tepi Laut Melaka (M-WEZ).
“Melalui anak syarikat LBS, Leaptec Engineering Sdn. Bhd. memeterai perjanjian dengan kerajaan Melaka untuk membangunkan 1,200 ekar tanah di M-WEZ. Ketua Menteri Melaka turut menyatakan kesediaan beliau dan kerajaan negeri untuk terus mempromosikan Melaka kepada pemimpin utama China bagi memacu kestabilan ekonomi.
“LBS positif bahawa China akan terus memainkan peranan besar dalam pembangunan dan kemajuan negara agar bergerak ke hadapan. Kami berharap dapat melihat peningkatan jumlah usaha sama dan kerjasama antara Malaysia dan China pada masa akan datang,” ujarnya.
Terdahulu pada April, semasa lawatan Anwar ke China, sebanyak 19 perjanjian persefahaman telah dimeterai di antara syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat-syarikat China dengan komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion dari China ke Malaysia.
Haikal Raman
Tue May 23 2023
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mencemar duli dalam menghadiri salah satu sesi perkongsian yang berlangsung semasa majlis minum petang di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru-baru ini.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Program "LBS Perks & Plusses" janji pengalaman pemilikan hartanah tiada tandingan
Dengan kolaborasi 26 rakan kongsi ternama, ahli program "LBS Perks and Plusses" dapat nikmati pelbagai produk dengan tawaran menarik.
Kerjasama LBS dan syarikat dari China, buka laluan pelaburan ke Malaysia
Hubungan baik dengan delegasi dan pemain industri utama dari China dilihat mampu membuka peluang kerjasama serta menarik pelaburan asing masuk ke dalam negara.
Galeri jualan LBS diiktiraf Malaysia Book of Records
LBS akan meneruskan konsep galeri jualan seperti ini pada masa hadapan yang mampu meningkatkan kecekapan dan kemampanan syarikat selain menawarkan pengalaman terbaik kepada bakal pembeli.
Country Garden bina kilang IBS terbesar dunia di Johor
Apabila siap kelak, ia akan membantu negara mengurangkan pergantungan kepada buruh asing, selain menjadi lebih produktif dan cekap, serta mengurangkan tempoh penyiapan sesuatu projek.