Kemudahan Sistem Binaan Berindustri (IBS) Country Garden Pacific View di Johor dijangka menjadi kilang IBS terbesar di dunia dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.6 bilion dan mengguna pakai teknologi dari Jerman, Itali dan China.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata apabila siap kelak, ia akan membantu negara mengurangkan pergantungan kepada buruh asing, selain menjadi lebih produktif dan cekap, serta mengurangkan tempoh penyiapan sesuatu projek.
"Ketika ini, tiga barisan pengeluaran sedang beroperasi, manakala selebihnya sedang di tahap ujian dan menjelang Jun 2017, akan terdapat sejumlah 12 barisan pengeluaran beroperasi.
"Satu daripada manfaat utama adalah dari segi pindahan teknologi. Sebagai contoh, sekiranya sesuatu projek mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk disiapkan, dengan IBS, ia boleh dilakukan pada kadar yang lebih pantas.
" Kita juga akan mempunyai industri pembinaan yang lebih produktif, cekap, mampan dan selamat di Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat meja bulat dengan 12 pemain industri di Johor, di Forest City, di sini, pada Isnin.
Mustapa berkata pembangunan itu sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan mengguna pakai teknologi dan proses pintar termasuk automasi.
"Ia juga merupakan amalan yang amat digalakkan oleh kerajaan selain menyediakan insentif. Ia bukan suatu perkara baharu di sebahagian negara-negara lain di dunia, tetapi ia suatu yang baharu bagi Malaysia dan kita telah memberikan lesen pembuatan dan cuba untuk melihat bahagian mana yang kami boleh sumbang kepada mereka.
"Satu daripada syarat yang kami kenakan kepada mereka sebelum ini adalah mereka perlu menggunakan 100 peratus bahan mentah tempatan, tetapi mereka merayu kepada kami kerana ia adalah suatu yang mustahil atas alasan mesin-mesin datang dari Jerman, Itali dan China.
"Malaysia tidak mengeluarkan mesin-mesin ini jadi saya rasa ia adalah permintaan yang wajar," katanya.
Terdapat 63 projek IBS di seluruh negara sejak 1990 dengan pelaburan berjumlah RM1.9 bilion.
Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan sedang bekerjasama ketika ini untuk menghasilkan Direktori IBS dan Rantaian Bekalan Bahan Binaan 2017/ 2018 dan dilengkapkan lagi dengan insentif cukai daripada MIDA.
Sementara itu mengenai Forest City, projek mega usaha sama Malaysia dan China yang dibangunkan oleh Country Garden, Mustapa juga berkata, syarikat itu yakin dengan prospek pertumbuhannya dan akan melabur RM5 juta lagi tahun ini.
"Mereka sangat yakin dengan prospek di Malaysia. Setakat ini mereka telah melabur RM4.6 bilion di pulau pertama ini, dan saya faham yang tahun ini mereka melabur RM5 bilion lagi dan pada akhir tahun keseluruhan pelaburan Forest City akan berjumlah RM9.6 bilion.
"Mereka menerangkan kepada saya kesan sampingan daripada pelaburan itu dari segi pekerjaan dalam dalam tempoh 20 tahun akan datang. Mereka menjangka mewujudkan 240,000 peluang pekerjaan di pulau itu dan 20,000 pekerjaan pembinaan. Ketika ini, mereka memiliki 800 pekerja yang bekerja di sini di pejabat dan hotel," katanya.
Mustapa berkata 70 peratus daripada pekerjaan tetap di Forest City ditawarkan kepada rakyat Malaysia, yang sekaligus menyangkaan dakwaaan yang metropolis itu akan menjadi satu lagi bandar China atau pekerjaan dikhususkan hanya kepada orang asing.
Mengenai perkara yang dibincangkan di mesyuarat meja bulat itu, Mustapa berkata, Johor dijangka memperoleh pelaburan asing dan domestik bernilai lebih RM1 bilion daripada pelbagai industri seperti tekstil, elektrik dan industri makanan dalam masa dua tahun lagi.
Menurutnya, kerajaan persekutuan akan membantu mengurangkan apa juga kesukaran yang mungkin dihadapi Johor sambil menambah, "Itulah sebabnya mengapa MIDA, Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar dan Pusat Pelaburan Negeri Johor sedang bekerjasama rapat."
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2017
![Country Garden bina kilang IBS terbesar dunia di Johor Country Garden bina kilang IBS terbesar dunia di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/51494865964_DSMustapha.jpg)
Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah) bergambar selepas mengadakan pertemuan dengan wakil 12 syarikat yang beroperasi di negeri Johor di Forest City, Johor Bahru, 15 Mei, 2017. - fotoBERNAMA
![Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739199991_TBNaomiCampbell.jpg)
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang potensi industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda peragaan itu di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
![KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739189867_RampasanArakTirua.jpg)
KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.
![KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.
![PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737427598_AntonioGuterres.jpg)
PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.
![Presiden Romania umum letak jawatan Presiden Romania umum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739199540_TBKlausIohannis.jpg)
Presiden Romania umum letak jawatan
Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menyatakan bahawa beliau akan berundur pada Rabu, lapor Xinhua.
![Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739199255_TBazalina.jpg)
Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye: Kerjasama dua hala, manfaat serantau
Sejauh mana lawatan rasmi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia beri nilai tambah kerjasama saling untung buat Malaysia-Turkiye dan limpahan manfaat kepada ASEAN?
10 Berita Pilihan - (10 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 10 Feb 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
![Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739181445_TBDOSM.jpg)
Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
![Country Garden bina kilang IBS terbesar dunia di Johor Country Garden bina kilang IBS terbesar dunia di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/51494865964_DSMustapha.jpg)
Country Garden bina kilang IBS terbesar dunia di Johor
Apabila siap kelak, ia akan membantu negara mengurangkan pergantungan kepada buruh asing, selain menjadi lebih produktif dan cekap, serta mengurangkan tempoh penyiapan sesuatu projek.